CLH 52 (NV)

27.6K 1K 178
                                    

SEBELUM tidur Aaira menunggu Luth di luar pintu bilik air, risau dia bila Luth menolak untuk di temani ke dalam bilik air.

Mundar mandir Aaira di depan pintu, sudah masuk 15 minit dia menunggu, nak ketuk pintu dia takut Luth rimas kerana sudah masuk 3 kali dia mengetuk dan Luth memberi respon

"tak apa Aaira tunggu lagi 5 minit kalau tak kau masuk je" dia sudah pesan pada Luth jangan kunci pintu bilik air, senang kalau apa apa berlaku.

3 minit kemudian Luth menarik pintu bilik air, bersusah payah lelaki itu membukanya dalam keadaan berkerusi roda, Aaira pantas membantu Luth dan membawa suaminya ke katil

"saya tolong awak naik ke katil ya" kata Aaira sebaik sahaja dia mengunci kerusi  roda daripada bergerak.

Dia membantu Luth naik ke atas katil, lampu tidur di buka sebelum menutup lampu bilik.

Aaira merebahkan badannya di sisi Luth, baru sahaja dia mahu memeluk suaminya. Luth memusingkan badan membelakanginya, dahi Aaira berkerut sebelum ini tak pernah Luth tidur membelakanginya.

Suaminya mesti akan berbual dan menatap wajahnya sebelum mereka berdua melelapkan mata, ada rasa kurang enak mula bertandang di hati namun pantas di tepis dan menganggap mungkin Luth selesa dengan posisi seperti itu. Tangan Aaira tetap naik memeluk pinggang Luth, dahinya melekap dengan belakang badan Luth.

Badan suaminya keras sahaja, biasanya bila dia memeluk Luth mesti lelaki itu akan membalas pelukannya, paling tidak tangannya yang memeluk Luth pasti akan di usap.

Dia agak terasa dengan sikap Luth tapi apa dia boleh buat, Luth sakit dan dia tak mahu memanjangkan perkara remeh seperti ini

"selamat malam suami kesayangan saya" ucap Aaira, tak tahu sama ada Luth dah tidur atau belum.











SUDAH 2 hari berlalu, sikap Luth makin lama makin merunsingkan fikiran Aaira, puas di fikirkan kesalahannya namun kosong. Jiwanya kacau dengan layanan dingin Luth

"Aaira" suara Syafiqah mengejutkannya

"kau ni buat air ke berangan, dah lima minit aku perhatikan kau, kau ada masalah ke?" Syafiqah seakan dapat membaca apa yang ada di fikirannya

"tak ada apa la, aku fikirkan nak masak apa untuk kau dengan Arshad" air anggur yang sudah siap di bancuh di letakkan ke atas dulang

"kenapa la kau tak bagitahu awal awal nak datang, kalau tak boleh aku masak. Ini setengah jam lagi nak sampai baru call" ini la namanya kawan suka buat kejutan

"alah aku dengan Arshad datang sini bukan nak makan, nak melawat suami kau je. Tak payah la nak masak bagai" kedatangan mereka ke sini pun tidak di rancang, tiba tiba sahaja pagi tadi Arshad menelefonnya kata sudah berada di hadapan rumah.

Jadi ini semua rancangan Arshad

"lupa aku nak tanya, apa reaksi Luth bila tahu kau mengandung? Mesti dia excited kan" jelas terpamer riak teruja di wajah Syafiqah.

Melihat senyum hambar Aaira buatkan bibirnya mematikan senyuman

"kenapa Aaira, Luth tak suka ke" bahu Aaira di sentuh. Dia menggeleng

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now