CLH 33

20K 893 76
                                    


MALAM itu, selepas Aaira selesai solat isyak, dia merebahkan badan ke atas katil untuk melepaskan penat, sedang leka dia berehat tiba tiba telefon bimbitnya berbunyi manandakan notifikasi masuk.

Malas malas dia bangun dan menuju ke meja solek untuk mengambil telefon

"ni mesti Syafiqah whatsapp, cakap dia dah sampai rumah" Aaira membuat andaian sendiri tapi lain yang dia terima sampai terbeliak biji mata bila melihat bukan Syafiqah yang mesej tapi Luth

cepat cepat dia buka aplikasi whatsapp

Fiance🌈


-macam mana harini?

-alhamdulillah semua berjalan lancar


Tersenyum senyum Aaira membalas whatsapp Luth, walaupun ringkas pertanyaan lelaki itu tapi sudah cukup buat dia gembira.

Siapa je tak suka bila dah berapa hari tak whatsapp tiba tiba muncul, tanya perjalanan majlis untuk harini

-macam mana perasaan awak lepas majlis selesai?

-lega, gembira semua bercampur

macam mana dengan awak?

-same goes with you gembira, lega bahagia sebab semuanya dah selesai

Aaira tersenyum lagi murah betul senyuman dia bila berkait dengan Luth.


-awak tak tidur lagi ke, mesti awak penat duty harini

-saya rasa berbanding dengan saya, awak lagi penat layan tetamu harini

-saya okay je biasa lah layan tetamu tak ada lah penat sangat, tegur tegur lepastu berborak sikit sikit

-maaf saya tak message awak beberapa hari, saya tak nak ganggu awak buat persiapan untuk majlis pertunangan kita

-tak apa saya faham, saya tak ambil hati


Aaira ni tadi bukan main marah Luth tak chat, ni dia cakap lain pula


-kalau macam tu awak berehat lah dulu esok awak kerja kan saya pon dah nak masuk tidur

-baiklah, saya tidur dulu, good night fiance mimpi saya tau, 143

-HAHAHAHA..tidur Aaira, selamat malam juga

Luth tersenyum senang membaca chat yang dihantar Aaira tapi dia masih tak faham nombor apa yang di hantar oleh wanita itu, dia andaikan mungkin Aaira terhantar tanpa sengaja.

Luth tanpa berfikir panjang terus memadamkan lampu dan membuka lampu tidur kemudian dia terus baring di atas katil.














AAIRA pula, sebaik saja Luth offline. Dia tersengih sendiri, dia yakin mesti Luth tak faham apa maksud 143.

Aaira saja hantar supaya Luth Haiyyan tak mengambil serius perihal itu, sedang dia sibuk tersengih sengih sendiri, masuk pula ringtone dari telefonnya.

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now