CLH 53 (NV)

21.8K 929 47
                                    

SUDAH hampir lima belas minit Aaira berdiri di depan pintu bilik dia dan Luth, hatinya berbelah bahagi sama ada mahu masuk atau tidak, tapi yang lain sudah tunggu di meja makan.

Tadi masa nak mandi dia beri alasan pada mama yang Luth sedang guna bilik air dan dia mandi di dalam biliknya yang berada di tingkat atas. Sekarang apa pula alasan dia nak bagi, takkan dia nak cakap yang Luth dah tidur.

Luth ni pun kalau marah sangat dengan dia jangan la sampai berkurung dalam bilik macam anak dara

"nak ketuk ke tak?" sudah berulang kali soalan ini keluar dari mulutnya namun sampai sekarang dia tiada jawapan

"ala ketuk je la nanti mama bising pula" belum sempat tangannya ingin mengetuk permukaan pintu, ia sudah terbuka dari dalam.

Figura Luth berkerusi roda membuatkannya bibirnya tersenyum 'cool Aaira, buat macam tak ada apa apa yang berlaku tadi'

"Luth, jom kita makan, mama dengan papa dah tunggu dekat meja makan" Aaira yang baru sahaja ingin menolak kerusi roda suaminya namun Luth lebih pantas bergerak sendiri tanpa mempedulikan Aaira

"sabar Aaira, sabar. Kau punca segalanya jadi kau kena tanggung perbuatan kau" dadanya di usap lembut, cuba menenangkan dirinya. Wajahnya di maniskan dan dia mengikut Luth di belakang

"papa ingatkan lama lagi kami berdua kena tunggu" perli dato Hairth namun papanya itu tetap tersenyum

"maaf pa, Luth ke tandas tadi itu yang lama sikit" ucap Luth

"tak ada apa la papa bergurau, dah jom kita makan" dato Harith menadah tangan untuk membaca doa diikuti ahli keluarga yang lain

"tadi aunty Dahra kirim salam pada Aaira,  dia ada tanya kenapa Aaira tak datang lepastu mama jawab Aaira jaga Luth" Aaira menjawab salam

"mana satu anak dia yang kahwin ma?" dia kenal puan Dahra dan suaminya, mereka merupakan kawan kepada mama dan papa

"Hazriq, cantik mama tengok isteri dia. Aunty Dhara kata menantu dia ada kacukan arab" tak sangka lelaki yang dahulu dia suka sewaktu umur lima tahun sudah bernikah, ingat lagi waktu dia meluahkan rasa cinta pada lelaki itu dan di tolak oleh Hazriq. Rasa nak tergelak bila mengingat kembali kejadian itu. Tipikal cinta monyet.

Dia pun kecil kecil dah pandai ada rasa suka pada anak orang  'Aaira, Aaira'

"dah kenapa kamu menggeleng sambil tersengih sengih ni" datin Haisyah menegur

"tak ada apa la ma" kepala yang tak gatal di garu

"dia teringat la tu zaman kanak kanak dia dengan Hazriq" papa memang dapat menebak apa yang ada dalam fikirannya.

Aaira ketawa seolah olah mengiyakan kata kata dato Harith namun renungan tajam yang di hadiahkan Luth padanya serta merta mematikan ketawanya

'dah kenapa pandang aku macam nak makan, takkan cemburu kot' Aaira buat tak tahu, nasi yang berbaki di dalam pinggan di habiskan






"SIAPA Hazriq?" tak ada angin tak ada ribut tiba tiba sahaja Luth menyoalnya

"kenapa tanya?" soalan berbalas dengan soalan. Itu memang sikap Aaira

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now