CLH 47 (NV)

21.7K 929 59
                                    


SESAMPAI sahaja Aaira dan team perubatan yang lain di lokasi gempa bumi, mereka di bawa terus menuju ke khemah perubatan yang berada di sebuah kawasan lapang. Mereka di beri taklimat ringkas oleh seorang pakar perubatan

"jika kalian udah ngerti, saya bawa kalian semua ke khemah pesakit" kata doktor Hartono yang dalam lingkungan pertengahan 30-an. Mereka membuntuti langkah jejak itu

"di sini juga ada beberapa orang doktor dari singapura dan brunei. Jadi kalian akan saya pecahkan dalam kumpulan" yang lain mengangguk

"pesakit di khemah ini tidak mengalami kecelakaan kritis, saya tempatkan doktor Raj dan Doktor Malik di sini, apa kalian okay?" dua orang doktor itu membalas "kami okay"

"kalau begitu mari saya bawa kalian ke khemah selanjutnya" selepas doktor Raj dan Malik masuk, mereka bergerak ke khemah yang lain

"di sini kondisi pesakit agak kritis, ada duah buah khemah yang menempatkan pesakit, saya akan hantarkan doktor Syafiqah dan doktor Hafiz di sebelah. Doktor Aaira dan doktor Darren akan bantu team di sini, okay?"

"baik, terima kasih ya doktor Hartono "ucap Aaira, doktor itu jatuhkan kepala 

"sama sama kalau begitu, ayo saya bawa kalian berdua ke khemah sebelah" Syafiqah sempat melabaikan tangan pada Aaira dan Darren.

Aaira dan Darren kemudian mendekati beberapa orang doktor yang sedang melihat keadaan seorang pesakit

"hai, ada apa apa yang kami boleh bantu?" Darren menegur, mereka memusingkan badan

"kalian doktor dari Malaysia?" mereka berdua jatuhkan kepala

"saya doktor Tiara, ini doktor Giano. Di sebelah saya doktor Devi dari Singapura dan doktor Sofi dari Brunei" mereka berbalas senyuman

"kalau gitu aku bakal terangin ke kalian kondisi pesakit di sini kemudian kalian boleh mulai rawat patien di sini" Aaira dan Darren tekun mendengar penerangan dari doktor Giano

"di bahagian ini pesakit pake tank oksigen, kalian harus memeriksa pesakit di bahagian sini dengan lebih teliti, tapi jangan khawatir para suster di sini bakal bantuin kita" di setiap khemah terdapat tiga orang jururawat yang akan membantu mereka

"ada berapa orang mangsa lagi yang belum di temui?"soal Aaira

"lebih 100 orang korban lagi yang masih dalam pencarian" jawab doktor Giano

"kalau gitu kalian boleh check patien di sini, aku ke sana dulu ya" doktor Giano  berlalu meninggalkan mereka bersama doktor Tiara

Aaira pergi ke salah seorang pesakit yang sedang terlantar di atas katil

"om, gimana kondisinya. Ada rasa kurang enak ngak di mana mana bahagian?" keluar sudah slang indonesia Aaira, nasib baik dulu dia rajin layan sinetron. Tahu la juga dia nak bertutur dalam bahasa indonesia

"ada rasa kurang enak doc, di bahagian rusuk kanan saya" adu pesakit tersebut

"saya tekan sedikit ya di bahagian ini" Aaira menekan perlahan di bahagian rusuk kanan lelaki itu.

Dia mengadu kesakitan "di sini sakitnya" lelaki itu mengangguk lemah

"kalau gitu, saya kasitahu ke suster untuk beri om ubat tahan sakit dan krim untuk reda-in sakit di bahagian rusuk om ya" ucap Aaira

"baiklah doc, terima kasih" Aaira membalas dengan senyuman.

Ketika dia ingin berlalu ke pesakit seterusnya, Aaira terdengar bunyi sesorang menolak stretcher ke dalam khemah mereka. Pantas Aaira membantu pasukan menyelamat untuk menolak masuk ke dalam

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now