-Nota-

451 17 0
                                    

Assalamualaikum, dan hai.

Apa bendalah cerita yang saya taip ni huhuhu... 😅

Semasa cari jalan untuk sambung cerita 'Trance' yang sedang tersangkut, saya terjumpa pula dengan 'AKU : Artistic Killer Unbend' karya Cikpuan Mizuki Anazuki (Mizuki_Anazuki). Jadi, saya bedal buat crossover. Ya, crossover cerita 'AKU' dengan 'Trance'.

Er... Rasanya 'Trance' lebih dominan dalam cerita ni, kot. Entahlah. Huhu.

Cuma, saya fast foward ke sewaktu duo Andi dan Salleh di Tahun Dua, Diploma Ukur Bahan, di Kolej Sains dan Teknologi (KST), sebab dalam 'Trance' mereka masih di sekolah lagi. Dan, dalam cerita ini juga, Syam, Bray dan Safuan baru sahaja selesai 'berperang' dengan STPM, dan Syam sibuk hasilkan draf novel baru selepas 'Dark Hunter' diterbitkan. Malah, ada juga beberapa watak baru, khas untuk cerita ini, di bawah tag #kstchronicles. (Maksudnya, mungkin ada lagi cerita berkenaan mereka pada masa hadapan)

Bila fikirkan balik, takut juga kalau-kalau habis jahanam perspektif orang dibuatnya nanti disebabkan novelet yang sedikit merapu ini.

Lagipun, saya sebenarnya tidak pasti patut letak dalam genre apa. Cerita ini adalah kombinasi mystery-thriller (disebabkan perihal Exotika itu sendiri dan juga 'hantu katana'), humor (kerana perangai duo dari 'Trance' itu sendiri), psychological (kerana... Er... 'masalah' Andi dan Syam... Kot?) dan adventure (sebab cerita ini dalam timeframe lawatan tapak wajib yang dibuat setiap semester). Siap berkira-kira mahu letak label 'random' lagi pada awalnya. Yalah, sebab... Er... Merapu sikit.

Minta maaf sangat-sangat, cikpuan penulis 'AKU', kalau novelet ini tidak menepati apa yang cikpuan bayangkan.

Ahahaha...

Haha...

Ha.

😅

#kenapiak

Mula: 1 Oktober 2017

Exotika : Haru BiruWhere stories live. Discover now