Malam Sebelum (2)

132 11 1
                                    

"Lepaslah woi!"

Teriakan seorang budak perempuan memecahkan kesunyian hutan yang gelap, basah dan sedikit lembap udaranya dek hujan yang baru berhenti. Kelihatan seorang lelaki berbadan besar seperti ahli gusti memikul seorang budak perempuan yang sedang meronta-ronta dengan mata ditutup dan kaki serta tangannya diikat. Langkah lelaki itu berhenti di hadapan sebuah pondok kecil di tengah hutan itu.

"Turunkan aku!" Ainul menjerit lagi. Sid terus mencampakkan kanak-kanak itu ke atas tanah. Menangis dia dibuatnya disebabkan belakangnya yang terhempas di atas tanah itu terasa sakit yang amat.

Zack keluar dari pondok, menghampiri kanak-kanak yang sedang dalam ketakutan itu lalu mencangkung di hadapannya. Namun Ainul tidak menyedari kehadiran lelaki itu. Yalah, matanya masih bertutup.

"Adik, adik jangan harap adik dapat lepas. Putus asa sajalah, ya," kata Zack dengan bersahaja. "Lagipun, di sini hutan tebal. Tiada sesiapa yang dengar jeritan adik tu, tak kira bertapa kuat pun."

Ainul menggeleng. Giginya diketap kuat. Dia tak sangka perkara yang diketahuinya tanpa sengaja itu menyebabkan dia terperangkap di situ. Exotika.

"Apa... Apa yang kau nak buat pada aku hah?"

Lelaki kurus itu mula senyum sinis. "Adik yang comel ni dah tahu satu rahsia. Adik tahu apa itu 'Exotika', dan kenapa benda itu rahsia?"

Ainul menggeletar apabila dia merasakan sesuatu yang tajam dimain-mainkan di antara leher dan abdomennya. Macam pisau belati, sebab terasa tajam dan bergerigi pada masa yang sama. Rasa panik menyelubunginya.

"Kalau namanya rahsia, tiada sesiapa pun boleh tahu," kata lelaki itu sambil ketawa.

"Ya ALLAH, tolong selamatkan aku," gumamnya perlahan. Nafasnya kencang.

Entah kenapa dia terdengar bunyi libasan sesuatu dan terasa ada cecair suam dan pekat terpercik pada badannya. Bunyi sesuatu yang berat jatuh ke tanah pula kedengaran selepas itu. Ikatan matanya dibuka seseorang seketika kemudian. Matanya terkedip-kedip, cuba membiasakan matanya dengan persekitarannya yang memang sedia gelap.

Dia tergamam apabila menyedari seseorang berjubah hitam dengan hud dan topeng muka menutupi wajahnya, sedang berdiri di hadapannya dengan sebilah pedang samurai yang berlumuran darah terhunus di tangan kanannya. Dua orang lelaki berhampirannya masing-masing sudah terbaring, dibasahi darah dan... Hilang kepala.

Dek terlalu terperanjat, pandangan Ainul terus gelap. Pitam.

(...)

Naufal yang menyaksikan dua rakannya dipancung seseorang  bersenjatakan pedang samurai dari kejauhan terus buka langkah seribu. Panik menguasai mindanya. Van yang diparkir di tepi jalan berhampiran hutan itu terus dihidupkan, dan terus memecut meninggalkan tempat itu.

"Macam mana orang itu boleh ada kat sana pula? Dia ke yang bunuh Datuk Fareez sebelum ni?" Naufal membebel, tangannya di stereng menggeletar kuat.

Sampai sahaja di bilik, dia terus masuk tidur. Nazmi yang masih duduk di hadapan tingkap kehairanan dengan sikap abangnya itu.

Exotika : Haru BiruWhere stories live. Discover now