Malam Sebelum (1)

156 11 1
                                    

"Puan jangan risau. Kalau puan risau, saya lagilah risau," kata En. Azri berseloroh. Dia berada di ruang tamu rumah Puan Zu yang berada dalam kawasan kolej KST itu juga. Almaklumlah, Puan Zu juga felo perempuan untuk asrama Kediaman Semarak Api (KSA).

Tiba-tiba sahaja Puan Zu menjemput pensyarah muda itu makan malam di rumahnya. Tidak pernah sekali pun pensyarah yang pernah mengajarnya sewaktu diploma itu menjemputnya datang ke rumah. Rupa-rupanya jemputannya itu ada kaitan dengan salah seorang dari pelajar mereka juga.

"Mana tak risau. Kamu tahu kan, apa jadi kalau dia hilang kawalan lagi. Dia tu mana sedar apa yang dia buat bila personalitinya bertukar," kata Puan Zu.

"Saya ada baca sikit-sikit berkenaan masalah Andi tu. Saya juga ada rujuk doktor psikologi yang merawat dia. Jadi, puan tak perlulah risau. Saya tahu apa nak buat kalau ada perkara yang tidak diingini berlaku. Lagipun, site visit kali ni tak bagi dia stress punyalah. InsyaALLAH dia boleh kawal diri."

Puan Zu mengangguk. "Oh ya, boleh saya tahu jadualnya bagaimana? Saya tahu mereka gerak ke lokasi site visit pagi esok dan balik semula ke sini Isnin nanti, tapi saya tidak tahu apa yang dibuat sepanjang tempoh site visit itu."

"Sekejap," kata En. Azri, mengeluarkan telefon bimbitnya, membuka apps WPS Office dan mencari sesuatu. Selepas itu, telefon itu dihulurkan kepada Puan Zu. Puan Zu meneliti tentatif yang terpapar di skrin kecil itu. Dahinya berkerut seketika sebelum membetulkan kedudukan cermin matanya.

"Siapa yang buat tentatif ni?"

"Er... Alif. Kenapa?"

"Saya nak tolak 5 markah. Perginya berhari-hari, tapak lawatannya satu je," bebel Puan Zu. En. Azri hanya tersengih.

(...)

Nazmi duduk menghadap tingkap, merenung bulan yang main sembunyi-sembunyi di celah-celah awan. Dia kemudian pandang Naufal yang sedang bersiap-siap.

"Abang nak ke mana pakai serba hitam ni?" Nazmi bertanya hairan. Belum pernah lagi mereka tidak keluar bersama. Lagipun, Tuan Azazil sendiri suruh kurangkan 'aktiviti' mereka.

"Abang nak keluar kejap. Nak uruskan sesuatu," kata Naufal.

"Ni... Sebab Ainulkah?"

Naufal hanya diam.

"Abang jangan lupa, kita nak ke hospital esok," pesan Nazmi.

Naufal sekadar mengangguk lalu keluar dari bilik itu. Nazmi kembali merenung ke arah bulan.

"Kenapa rasa macam ada sesuatu yang akan berlaku?"

Exotika : Haru BiruWhere stories live. Discover now