Hari Ketiga (8)

125 9 0
                                    

"Okey, kami dah hubungi pihak bomba. Mereka dalam perjalanan sekarang. Jadi, encik tak perlu risau," kata renjer hutan yang bertugas.

"Baiklah. Terima kasih," kata Raz sambil mengangguk faham. Kanak-kanak perempuan yang dijumpainya tadi telah dihantar ke klinik berhampiran oleh seorang lagi renjer hutan.

Dia keluar dari pejabat renjer hutan itu, berjalan ke arah Safuan yang duduk di bangku panjang yang disediakan.

"Macam mana?"

"Em... Bomba dalam perjalanan. Nanti mereka yang akan jalankan misi mencari nanti."

"Kalau nak join, boleh tak?"

Raz angkat kening. Wajah Safuan kelihatan kesal. Disebabkan tindakannya yang 'terlebih pandai' itu, semua ini terjadi. Kalaulah dia tidak baling batu ke belukar tadi...

"Nanti, bila bomba sampai, tanya sendiri. Yang ini, aku pun tak tahu nak jawab apa."

Safuan mengangguk.

Dari kejauhan, muncul tiga orang lelaki, sedang berjalan laju ke arah pejabat renjer hutan. Mereka melintasi Raz dan Safuan yang masih duduk di bangku, dan masuk ke dalam pejabat. Beberapa minit kemudian, mereka keluar semula. Salah seorang dari mereka, seorang lelaki berkemeja T berkolar warna biru laut dengan logo KST disulam di dada dan bercermin mata menghampiri Raz.

"Renjer hutan beritahu, empat pelajar saya ada dengan kamu sebelum mereka hilang. Betulkah?"

Raz sedikit hairan dengan pertanyaan lelaki bercermin mata itu. Soalan lelaki itu langsung tidak dijawab.

"Oh, maaf. Lupa mahu kenalkan diri. Saya Azri Hassan, pensyarah Kolej Sains dan Teknologi. Masa jungle trekking tadi, empat orang pelajar saya hilang," katanya lagi sambil senyum tawar.

"Oh, ya! Memang ada. Dua lelaki, dua perempuan, kan?"

En. Azri mengangguk.

"Er... Mereka berempat ada bersama saya untuk seketika. Lepas tu, kami dikejar babi hutan, dan terus berpecah. Adik saya dan kawannya pun hilang dalam hutan tu."

En. Azri mengangguk. "Jadi... Sekarang ni, kita kena tunggu bantuan sampailah ni. Harapnya mereka baik-baik saja."

"InsyaALLAH."

(...)

"Dia tak nak cakaplah."

"Aku tahu."

"Habis, nak buat apa dengan dia ni?"

Malik membisu, berfikir dalam-dalam. Dia sedang duduk di atas badan lelaki yang menyerangnya dengan pedang tadi, kini tertiarap di atas tanah. Kedua tangan dan kakinya diikat dengan akar kayu. Sesekali dia pandang sekilas kepada Salleh yang berdiri di hadapan kepala lelaki itu, dan Syam yang duduk di atas tanah, tangannya memegang pedang yang digunakan lelaki itu tadi.

"Dia bisu kot," duga Syam. Salleh angkat bahu.

Malik bangun, berjalan ke kawasan sekitar. Setiap batang pokok diteliti. Tentu ada sesuatu yang boleh digunakan dalam hutan yang kaya dengan khazanah alam ini. Sesuatu yang bersifat... Semulajadi.

"Oh!"

Lama Malik berdiri di hadapan sebatang pokok ara tidak jauh dari situ. Senyuman jahat terukir di bibir. Dia patah balik, menghampiri lelaki itu. Senyuman itu masih tidak lekang dari wajahnya.

"Salleh, tali ada lagi tak?"

"Tak ada. Tapi boleh je buat lagi."

"Buat panjang sikit. Aku dah jumpa jalan nak buat dia bercakap."

Salleh mengangguk lalu berjalan menghampiri pokok-pokok beringin yang berada dekat dengan mereka. Pisau lipat dikeluarkan. Setiap akar yang bergantungan dikerat.

"Nak saya tolong?"

Salleh toleh belakang. Syam berada di situ, tangannya masih memegang pedang milik lelaki itu.

"Boleh. Tapi awak reti ke guna benda tu?" Salleh tunding pedang di tangan Syam.

"Tak," balas Syam sambil sengih. "Belasah sajalah jawabnya. Asal boleh kerat, jadilah."

(...)

"Aku ada salah di mana-mana ke?"

Dahi Malik berkerut melihat gelagat Syam yang membantu Salleh mengerat akar-akar itu. Pedang itu dihayun sesuka hati macam orang bodoh yang tidak pernah jumpa pedang langsung. Tiada tanda langsung yang menunjukkan dia tahu cara menggunakan pedang.

"Tapi... Banyak sangat kebetulan..." gumam Malik perlahan. Dia duduk semula di belakang lelaki itu. Dia dapat rasa lelaki itu meronta, jadi dia melompat kecil di belakang lelaki itu untuk paksa dia berhenti. Tersedak-sedak lelaki itu dibuatnya.

(...)

"Salleh, boleh saya tanya sesuatu?"

Salleh pandang Syam yang hanya memerhatikan dia menyambung akar-akar yang mereka kerat tadi untuk dijadikan tali.

"Nak tanya apa?" Salleh sambung memberi tumpuan kepada akar-akar tersebut.

"Malam tadi... Apa yang dah jadi pada kawan awak malam tadi?"

Tangan Salleh tiba-tiba terhenti. Salleh diam, membiarkan soalan Syam tidak terjawab.

"Maaf. Saya... Cuma nak tahu saja. Kenapa?"

Salleh tarik nafas dalam-dalam lalu menceritakan secara ringkas apa yang berlaku kepada dia dan Malik malam tadi. Syam kelihatan sangat terkejut mendengarnya.

(...)

"Nah. Nak buat apa tali panjang ni?" Salleh hulurkan segulung tali yang dibuat dari akar pokok beringin kepada Malik.

Malik berbisik ke telinga Salleh. Habis saja mendengar, Salleh terus tertawa kecil. "Apasal klasik sangat idea kau ni?"

"Apa salahnya?" Malik terus senyum jahat sambil matanya mengerling ke arah lelaki yang masih mengunci mulut itu.

(...)

"AAARGH! TOLONG LEPASKAN AKU! SAKIT!"

Malik hanya senyum sinis melihat lelaki itu meronta-ronta menahan kesakitan digigit puluhan ekor kerengga yang banyak merayap di pokok ara tempat Malik mengikatnya. Salleh tahan tawa, manakala rahang Syam jatuh seketika.

Tak boleh belah langsung idea Malik ni. Namun, ia efektif. Sangat-sangat efektif. Habis segala maklumat terkeluar dari mulut lelaki itu. Berkenaan laluan keluar hutan, rakan-rakannya yang lain, lokasi mereka berkumpul, dan serba sedikit berkenaan Exotika.

"Kalau kau beritahu awal-awal, kan senang. Tak payah kena gigit," kata Malik selamba sambil peluk tubuh.

"Aku dah cerita semua. Tolong lepaskan aku," rayu lelaki itu, mula menangis teresak-esak.

"Nak lepaskan?" Salleh tanya. Malik menggeleng laju. Mereka terus berjalan meninggalkan lelaki yang sedang menangis itu. Terjerit-jerit lelaki itu apabila mereka bertiga meninggalkan dia dalam keadaan begitu.

"Oh ya, hampir terlupa pula," kata Malik seketika kemudian. Dia menghampiri Syam, mengambil pedang di tangannya itu lalu menyerahkan kepada Salleh. Syam terpinga-pinga seketika.

"Aku masih tak dapat percayakan kau, lagi," kata Malik. Syam sekadar membisu, bagaikan mengerti.

Exotika : Haru BiruWhere stories live. Discover now