Hari Ketiga (16)

128 9 2
                                    

"Lepaslah!"

"Tak mahu! Nanti entah apa lagi benda gila kau pergi buat!"

"Aku serang dia ada sebablah!"

"Says the one yang serang aku dengan Salleh malam tadi! Kau serang kami buat apa, hah? Siap nak rematch lagi!"

Dua lelaki itu berguling di atas lantai. Malik cuba mengunci pergerakan badan Erzen, sementara Erzen meronta mahu lepaskan diri, sambil diperhatikan Hana, Zel, Bray dan Salleh dari jauh. Nazmi mencangkung di satu sudut di bilik itu, menggeletar kuat, ketakutan membungkus dirinya. Kumpulan kanak-kanak di dalam sangkar itu pula buat tidak peduli langsung dengan 'drama hindustan' yang sedang berlaku di situ.

Salleh yang masih di pintu pandang semula Hana dan Zel. Baru dia perasan kewujudan Bray di situ. Wajah Bray kelihatan pucat.

"Er... Syam kena rasuk hantu tentera Jepun. Tu yang ganas semacam tu," kata Salleh, berjalan menghampiri Hana.

"Woi!" Suara Erzen kedengaran, tidak puas hati, masih bergomol dengan Malik.

Hana toleh ke belakang, merenung mata Bray, sebelum pandang Salleh.

"Salleh."

"Ya?"

"Dia dah tahu."

"Huh?" Salleh kehairanan. "Tahu apa?"

"Pasal Erzen Laiss."

Salleh ketap gigi. "Jangan sebut nama tu!" katanya dengan nada kecewa.

"Kenapa? Sebab nama dia familiar bagi awak ke, atau sebab awak kalah bertaruh dengan Malik?"

"Dua-dua!" Suara Salleh bagaikan hendak menangis.

Hana tenung wajah Salleh, lama. Kening Hana terangkat sedikit. Dia terus peluk tubuh.

"Dia bertaruh apa?" Zel tiba-tiba tanya.

"Jangan ca..."

"Penulis novel yang dia minat tiada kaitan dengan 'hantu katana'," kata Hana selamba, menjawab pertanyaan Zel.

"Kenapa cakap?" Salleh terus tunduk, kecewa. Zel pula tersengih mendengarnya.

Salleh renung sangkar-sangkar di dalam bilik itu tanpa perasaan. "Oh, ini la ye apa yang orang tu cerita pasal Exotika tadi. Awalnya nak pergi laporkan pada polis dulu bila dapat keluar dari hutan. Tak sangka boleh terpergi sini pula."

"Orang tu?" Zel bertanya.

"Hm... Tadi kami kena serang tiga... Eh tak, empat orang lelaki. Salah seorang daripada mereka cerita pasal Exotika," kata Salleh selamba. "Dahlah, aku malas nak cerita panjang. Hana dengan Malik nampak apa yang aku nampak, pergi tanya mereka."

Zel pandang Hana. Hana mencebik. Mentang-mentanglah dia boleh nampak fikiran orang, tak pasal-pasal dia pula dijadikan kaunter pertanyaan.

"Kenapa... Kau macam tak ada rasa apa-apa?" Zel kehairanan melihat Salleh yang kekal tiada reaksi.

"Aku dah penat terkejut, Zel," kata Salleh, terus duduk di atas lantai. Kepalanya ditopang sebelah tangan. Bray yang memerhati sejak tadi menghampiri Salleh lalu menepuk lembut bahunya.

(...)

Raz rapatkan kedua telapak tangannya ke bibir. Dahinya berkerut. Lama dia berfikir. Orang mati dipancung dalam hutan, huh?

"Erzen Laiss?" Nama itu terkeluar dari mulut Raz. Dia kemudian geleng kepala. "Takkanlah. Mana pula dia dapat pedang? Kan pedang tu kena tinggal kat rumah?"

Dia pandang ke langit. Cerah. Namun berawan. Nafasnya dihela lemah. Risaunya semakin membuak memikirkan kemungkinan yang akan berlaku.

"Susah benar nak khusyuk solat tadi," kata En. Azri, baru sahaja keluar dari surau berhampiran pejabat renjer hutan. Raz yang duduk di tangga surau hanya pandang saja En. Azri yang mengambil tempat di sebelahnya.

"Saya pun. Fikiran terus ke laut. Lagi-lagi bila dapat tahu mereka jumpa mayat dalam hutan tu," kata Raz, senyum tawar. "Encik nampak muda, tu yang saya macam susah sikit nak percaya yang encik ni pensyarah diorang tu tadi."

En. Azri senyum. "Saya ni, habis Master, terus apply jadi pensyarah. Mereka tu batch pertama yang saya ajar. Jadi, mereka tu, saya dah anggap macam adik-adik saya," katanya sambil pandang ke langit. "Lagi-lagi empat orang yang hilang dalam hutan tu."

Raz angguk.

"Awak dan adik awak tu, mesti rapat, kan?" En. Azri pandang Raz. Raz angguk.

"Adik saya tu, perangai dia lain sikit. Suka duduk dalam dunianya sendiri. Jadi, selalu jugalah dia kena pulau dan buli. Sebagai abang, saya kenalah lindungi adik saya tu," kata Raz. En. Azri mengangguk faham.

"Sebenarnya, ini kali pertama kami masuk hutan bersama. Tak sangka pula boleh jadi macam ni." Raz hela nafas berat.

(...)

"AKU SURUH KAU BERDUA BUAT APA, HAH?"

"Adoi! Maaf, Chief!"

Naufal berdiri sambil bercekak pinggang, baru sahaja melepaskan amarahnya pada dua lelaki yang pergi curi-curi tidur itu. Sebaik sahaja babi hutan itu beredar, dia terus turun dari pokok dan smackdown kedua-dua lelaki itu dek geram yang dipendam sejak dia nampak mereka dari atas pokok 15 minit lepas.

"Dah. Mari balik rumah. Aku tak mahu Nazmi buat benda bukan-bukan lagi," kata Naufal tegas.

"Baik, Chief!" Kedua-dua lelaki itu tabik hormat lalu mula bergerak ke arah rumah usang tempat operasi Exotika. Naufal berjalan di belakang mereka sambil tepuk dahi.

"Kalau Sid dengan Zack ada lagi, tentu mereka tak main-main macam sekarang," gumamnya perlahan.

(...)

"Dah siap. Nasib baik ada bawa listerine dengan plaster besar dalam beg ni," kata Hana, baru sahaja selesai merawat luka di lengan kiri Salleh itu.

"Terima kasih," kata Salleh perlahan. Dia toleh ke arah Nazmi yang sudah mula tenang, dipujuk Zel dan Bray dengan coklat Cloud9. Dia seolah-olah jadi kanak-kanak apabila takut, jadi coklat yang dibawa Salleh berjaya membantu mengurangkan ketakutannya secara tidak langsung.

"Dia... Dia pun terlibat juga dengan Exotika ni?"

Hana angguk. "Tapi, dia setuju nak 'tiup wisel'. Senang cerita, jadi saksilah."

Zel berjalan menghampiri Salleh sambil bercekak pinggang. Matanya masih merenung dua manusia yang tidak habis-habis bergelut di atas lantai sejak hampir 10 minit lepas.

"Kita nak biar saja ke mereka macam tu?" Zel garu kepala. "Dah macam tenggiling pula menengoknya."

"Penat nanti, berhentilah... Kot?" Hana membalas, memasukkan barang yang dikeluarkan tadi ke dalam begnya semula.

Tiba-tiba sahaja, Erzen berjaya lepas dari pautan Malik. Pedang di atas lantai disambar, lalu berlari pantas ke arah Bray dan Nazmi. Tahu-tahu saja, mata pedang itu berada seinci dari muka Nazmi. Mereka berdua terkedu.

"Bray, ke tepi," katanya dingin. Bray menggeleng, cuba bendung rasa takut yang membuak.

"AKU KATA, KE TEPI!"

Pedang di tangan itu tiba-tiba ditolak seseorang ke bawah.

"Kau tu yang patut berhenti," kata Salleh dingin, tangan kirinya memegang bahagian belakang pedang Erzen.

Exotika : Haru BiruWhere stories live. Discover now