Hari Keempat (2)

131 10 1
                                    

Tuan Azazil merenung akhbar di hadapannya. Foto berukuran passport wajah enam belia dan rumah usang tempat operasi Exotika yang separuh terbakar terpampang di muka hadapan. Perasaannya bercampur baur. Segalanya langsung tidak masuk akal baginya.

"Exotika... Musnah... Hanya disebabkan... Enam orang budak yang sesat dalam hutan?"

Dia mula ketawa. Semakin lama semakin kuat tawanya. Akhbar itu direnyukkan sepuas hati lalu dibaling ke dinding. Nafasnya kencang. Telinganya memerah.

Pintu pejabatnya diketuk. Pembantunya muncul di pintu.

"Tuan, pegawai polis yang tuan jumpa semalam tu datang."

(...)

"Terima kasih, kak Hajar."

Hajar memandang Ainul yang duduk bersandar di sebelahnya. Kepala Ainul diusap lembut.

"Pak Ali masih susah nak percaya cerita kamu berdua," kata warden asrama Wirda Kejora, sedang memandu kereta pulang ke asrama anak yatim itu dari hospital. "Tak sangka Abah Aza sanggup buat macam tu. Dia... Dia baik sangat dengan Pak Ali, dengan budak-budak tu..."

"Hajar pun susah nak percaya, Pak Ali," kata Hajar. "Kalau bukan sebab si Ainul ni bagi pendrive tu kat Hajar, sampai ke sudah Hajar tak tahu."

Kereta itu berhenti di hadapan pintu pagar. Kereta polis dengan siren terpasang bergerak keluar meninggalkan Wirda Kejora, lalu betul-betul di hadapan kereta itu. Kelihatan Tuan Azazil di tempat duduk belakang, tunduk, wajahnya sugul.

(...)

Rumah contoh adalah lokasi yang paling sesuai untuk berswafoto di tapak pembinaan. Memanglah, kerana rumah contoh bukan sekadar rumah sahaja. Ia serba-serbi lengkap. Malah, siap didekorasi lagi. Misalnya, tema minimalis untuk ruang tamu, romantis bagi bilik tidur utama dan fantasi bagi bilik tidur kedua. Namun, amaran 'jangan duduk' dan 'jangan sentuh' berada di sekitar kawasan rumah contoh itu.

Cuma, tandas dan sinki tidak boleh digunakan langsung, kerana saluran perpaipan dan pembentungan belum siap disambung. Mahu ke tandas, terpaksalah berlari ke pejabat pengurusan tapak berhampiran pintu masuk tapak bina itu.

"Encik, adakah rumah contoh ni akan dikekalkan sehingga semua unit dijual?" Zel bertanya pengurus tapak di sebelahnya.

"Rumah contoh ini pun akan dijual nanti. Tapi harganya pun lainlah, sebab dah sedia lengkap dengan perabot. Tinggal nak angkut baju saja," kata pengurus tapak itu. Zel mengangguk faham.

Ada beberapa peserta mengeluarkan kamera, terus mengambil foto dan berswafoto di bilik-bilik itu. Konon masuk hotel lima bintanglah gitu. Macam-macam gaya dilakukan. Gaya model ada, gaya tuan rumah ada, gaya orang gila pun ada.

"Bukan main lagi kamu semua ya?" En. Azri geleng kepala apabila sesi swafoto masih berterusan walaupun masa lawatan hampir tamat. Pengurus tapak itu hanya tersengih.

"Biarlah. Mereka pun baru pertama kali pergi tengok rumah contoh, kan?"

"Alah, masa nak beli rumah nanti, pergi tengok rumah contoh juga," bebel En. Azri. Pengurus tapak itu hanya tersenyum meleret.

(...)

Tengah hari itu, mereka singgah di sebuah restoran nasi berlauk yang terletak betul-betul di sebelah sebuah masjid. Selepas Zohor, mereka akan terus bergerak pulang ke KST.

Telefon bimbit En. Azri berdering. Dia menjawab panggilan telefon itu, kemudian pergi ke arah Andi, Salleh, Hana dan Zel, masing-masing baru sahaja selesai makan.

Exotika : Haru BiruWhere stories live. Discover now