Extra : Dua Minggu Kemudian (1.5)

209 9 13
                                    

Ini sebenarnya bab reject. Sebab rasa macam tak relevan dengan cerita. Tapi, saja nak letak sini huhuhuhu.

--- 📣 ---

Dewan Besar tidak sesesak tadi. Pengunjung di dewan itu sudah berkurangan. Hana memandang sekeliling sambil bercekak pinggang. Mana perginya Alif ni? Kata nak pergi stor, ambil megafon. Ambil megafon ke, buat megafon?

"Zel, awak jaga kejap. Saya nak pergi studio, cari Alif. Lama sangat ni," kata Hana kepada Zel yang duduk di kerusi. Sebelah earbud yang terpasang di telinga ditanggalkan.

"Noted!"

Hana terus keluar dari dewan. Zel meregangkan tubuhnya, lalu berjalan ke arah bekas leaflet maklumat dan barang-barang jualan. Biskut cip coklat air tangan Puan Zu sudah habis, jadi dia pergi ke belakang, mengambil stok baru. Sambil menyusun stok biskut, Zel menyanyi, mengikut rentak lagu yang dimainkan di music player telefon bimbitnya.

"🎼 Aku takkan pergi
Kerana ku masih menanti
Aku takkan pergi
Kerana ku perlukanmu~🎵 "

"Wah, sedap sungguh nyanyian you."

Zel angkat kepala, terkejut mendengar teguran itu. Dia pandang ke arah lelaki yang sedang melihat-lihat ruang hadapan reruai QSbina, tidak memandang ke arahnya.

"Er... Boleh saya bantu?" Zel bertanya lelaki itu. Lelaki itu pandang Zel, senyum menggoda.

"Eh? Awak ni..."

(...)

"Dah kenapa terbaring atas lantai ni?"

Alif yang baru sahaja sedar dari pengsan pandang Hana yang merenjiskan air ke wajahnya. Wajahnya dipegang. Masih terasa sakit.

"Moral of the story. Jangan buat prank dekat Andi. Nanti kena tinju." Alif mengaduh kesakitan. Dengan perlahan dia bangun, duduk di atas lantai studio.

"Lah. Siapa suruh buat prank? Padan muka," kata Hana, tersengih. Barulah dia faham apa yang telah terjadi. Nak kenakan Andi, Malik pula yang terkeluar. Memang mendapatlah.

"Dah. Jom. Zel sorang-sorang kat booth tu. Kalau ada foreigner datang karang, tergagap-gagap dia nak speaking," kata Hana, megafon di atas lantai diambil. Sempat dia menguji megafon itu sebelum keluar dari studio, diikuti Alif di belakang.

(...)

Sesampainya Alif dan Hana di hadapan reruai QSbina, mereka ternampak Zel, sedang bercakap dengan seseorang. Dari riak wajahnya, mereka dapat kesan yang Zel akan 'meletup' bila-bila masa.

Hana terus berjalan menghampiri lelaki itu, menarik lengan bajunya, mengarahkan dia mengikutnya secara non-verbal. Lelaki itu menurut, mereka terus keluar dari dewan. Alif pula menghampiri Zel.

"Zel, duduklah. Biar aku take over," kata Alif. "Tarik nafas, hembus. Tarik nafas, hembus..."

Zel ikut saja arahan Alif. Wajahnya semakin kurang merahnya, seiring dengan ketenangan yang hadir dalam dirinya.

"Okey?" Alif tanya.

"Alright," jawab Zel, sudah tenang.

(...)

Hana melepaskan pegangan pada lengan baju lelaki itu. Matanya direnung. Seketika kemudian, dia pegang kepala. Nafasnya dihela.

"Mana Syam?" Hana bertanya, tangannya terus disilangkan di hadapan lelaki itu.

Exotika : Haru BiruWhere stories live. Discover now