Hari Ketiga (18)

124 8 2
                                    

Troli itu meluncur laju ke arah pintu keluar, ditolak Zel dan diekori Bray dan Nazmi dari belakang. Di atasnya ada empat orang kanak-kanak yang dicederakan wajah mereka, semuanya dari sangkar kedua. Mereka nampak teruja dengan apa yang mereka sedang lalui sekarang.

"Amboi, budak-budak ni! Tengah cemas begini pun boleh ketawa?" Bray berkata. Sesekali dia terbatuk-batuk dek asap yang menyelubungi rumah itu.

"Yalah. Bila masa lagi mereka nak enjoy, kan?" kata Nazmi pula.

Sampai sahaja di luar, Zel dan Bray terus membawa mereka duduk bersembunyi di belukar berhampiran sementara Nazmi mengawasi kawasan sekitar. Manalah tahu kalau-kalau Naufal datang semula.

"Cepat! Pass balik troli tu ke sini," kata Hana dari tangga menuju ke ruang bawah tanah.

"Noted!" Zel melaung. Selesai mengalihkan semua kanak-kanak itu, Bray bawa semula troli itu ke tangga.

"Okey! Round two!" Laung Hana di tangga. Kelihatan Malik menggelongsor sepanjang koridor menggunakan kerusi beroda, di pangkuannya ada dua orang kanak-kanak yang hilang sebelah kaki. Mereka turut kelihatan teruja bermain 'jurus kerusi terbang'.

Kanak-kanak di sangkar pertama, yang mendengar tawa keseronokan dari mereka yang dibawa keluar, mula berjalan keluar dari sangkar dengan rela hati. Di wajah mereka terpamer riak ingin tahu. Wajah mereka terus berubah teruja apabila melihat Malik berpatah balik ke pintu bilik kurungan, mahu mengambil dua orang lagi kanak-kanak yang kali ini, masing-masing kudung sebelah tangan sampai ke bahu.

"Kau... Boleh lagi ke ni?" Salleh tanya, menurunkan seorang lagi kanak-kanak yang berbalut sebelah matanya - kanak-kanak terakhir dalam sangkar kedua - ke atas lantai. Penat juga dukung semua kanak-kanak ini sambil berlari, walaupun ringan.

"Boleh. Letak je budak tu kat aku."

"Nak letak mana?" Salleh tanya semula. "Dah penuhlah."

"Adik," kata Malik kepada kanak-kanak itu. "Adik paut belakang abang, boleh?"

Kanak-kanak itu mengangguk, lalu memaut belakang Malik dengan kuat.

"Okey, semua dah sedia?"

Ketiga-tiga kanak-kanak itu mengangguk. Salleh terus tolak kerusi itu ke hadapan sekuat hatinya. Tawa keterujaan bergema lagi sepanjang koridor itu.

Erzen hanya berdiri di hadapan pintu, memerhatikan sahaja mereka jalankan 'misi menyelamat' yang agak unik itu. Dia langsung tidak sedar yang kesemua kanak-kanak dari sangkar pertama berkumpul di belakangnya.

Salah seorang dari mereka menarik lengan jaket windbreaker yang dikenakan Erzen. Dia menoleh ke arah kanak-kanak itu, terkejut.

"Eh? Bila masa..."

"Abang, nak main jugak," katanya dengan wajah comel.

(...)

Naufal menikus di salah satu bilik yang tersembunyi di rumah agam itu. Sayup-sayup kedengaran tawa di koridor menghala pintu keluar. Takutnya masih bersisa. Dia langsung tidak menyangka yang perempuan berambut pendek itu tahu guna senapang, siap tembak dia dengan wajah selamba lagi.

Telefon bimbit dibawa keluar, nombor telefon Tuan Azazil didail berulang kali. Tidak diangkat. Dahinya berkerut. Dia cuba dail sekali lagi.

"Nombor yang anda dail..." Suara cikpuan operator bergema di corong telefon. Naufal terus mencampak telefonnya ke atas lantai.

"Tuan Azazil nak tinggalkan aku, ya? Baik, aku uruskan semuanya sendiri!"

(...)

Tuan Azazil mengerling ke arah telefon bimbit di atas meja, yang diletakkan dalam mod senyap. Pegawai polis berpangkat Inspektor duduk bertentangan dengannya, menyedari telefon Tuan Azazil bergetar di atas meja di satu sudut kafe hospital itu.

"Kenapa tuan tak angkat panggilan tu?"

"Oh, ia... Tak penting pun." Tuan Azazil mengambil telefon bimbitnya lalu memadamkannya. Dia kemudian memandang pegawai polis tersebut. "Ada apa-apa lagi yang tuan mahu tahu?"

(...)

"Aduh. Penatlah," rungut Salleh sambil bercekak pinggang. Peluh yang merenik di dahi dikesat sebelah tangan. Dia toleh ke arah pintu bilik kurungan bawah tanah itu. "Eh?"

"Hana, sini kejap," panggil Salleh.

"Apa?" Hana turun ke bawah, mengisyaratkan Malik untuk perhatikan keadaan di atas. Malik yang mengerti terus berlari menaiki tangga.

Salleh tunding ke arah pintu. Kesemua kanak-kanak dari sangkar pertama - yang pada awalnya tidak menghiraukan langsung apa yang sedang terjadi - sedang berkumpul di hadapan pintu.

"Macam mana..." Hana tertanya-tanya. Serentak dengan itu, Erzen keluar dari bilik itu. Ada riak serba salah di wajahnya.

"Mereka... Kata nak main." Erzen tunding ke arah kumpulan kanak-kanak itu.

"Main? Main 'jurus kerusi terbang' tu?" Salleh tanya dengan nada tidak percaya.

"Hmm..."

Hana menghampiri salah seorang dari kanak-kanak itu lalu mengusap kepalanya, merenung dalam-dalam mata kanak-kanak itu. Senyuman kelegaan terukir di bibirnya. Dia kemudian bangun, berjalan ke tangga dan ambil kerusi beroda tadi.

"Ha, apa kata kau pula yang buat?" Cadang Salleh.

"Setuju," kata Hana pula. "Mereka nak awak."

"Aku? Buat tu?" Erzen tunding kerusi di tangan Hana.

(...)

Bray berlari masuk ke arah tangga yang menghala ke ruang bawah tanah apabila ternampak Malik memekup mulut sejak tadi.

"Kenapa?"

Malik tunding ke bawah. Mata Bray membulat, tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Kerusi itu menggelongsor sepanjang koridor ke tangga. Apabila ternampak siapa gerangan yang berada di atas kerusi itu, Bray terus tekup mulut, tahan tawa dari terhambur.

"Siap kau kalau kau gelak!" Suara Erzen bergema dari bawah. Serentak dengan itu, dua orang kanak-kanak berlari naik ke atas. Bahu Bray terjungkit seketika, terkesan dengan ugutan itu.

"Kau tu," tanya Malik, "buat apa di sini?"

Bray tarik nafas dalam-dalam. Cuba seboleh mungkin untuk tidak ketawa. "Ha. Tayar troli tercabut. Jadi tak boleh guna dah."

"Tak apa. Kami boleh jalan sendiri," kata salah seorang dari kanak-kanak itu secara tiba-tiba. Dia dan rakannya berpegangan tangan, terus berlari menuju ke pintu keluar rumah itu. Namun, larian mereka terhenti dek bunyi tembakan senapang dari luar.

"Kamu berdua! Pergi masuk balik!" Zel menjerit dari luar.

Exotika : Haru BiruWhere stories live. Discover now