Malam Kedua (4)

113 10 0
                                    

Tangan Salleh yang menggeletar itu terus menekan butang dail pada nombor En. Azri yang terpapar di skrin telefon. Serius, dia sedang panik. Terlampau panik. Sesekali dia memerhatikan pertarungan antara Malik dan lelaki berhud yang baru sahaja kehilangan senjatanya itu dari tempat dia berada. Agak lama selepas itu, panggilan Salleh diangkat.

"Helo, En. Azri!" Salleh berkata cemas.

"Em... Kenapa ni, Salleh?" Suara En. Azri yang kedengaran serak dan mamai kerana baru bangun tidur kedengaran dari hujung talian.

"Tolong kami! Kami kena serang hantu! Dia bawak katana nak bunuh kami!"

"Serang... Hantu?"

"Ya, En. Azri. Tolong!"

"Hmm... Awak ngigau agaknya. Banyak sangat tengok anime ni. Pergilah tidur." Talian terputus.

"En. Azri?"

Hanya bunyi talian ditutup didengari dari hujung talian. Salleh ketap gigi. Kecewa sungguh rasa hatinya. Tetapi, bila fikirkan balik, siapa yang nak percaya bila diberitahu yang dia diserang 'hantu katana' pada waktu begini?

Sikunya yang berdarah diperiksa. Boleh tahan besar juga calar yang mula berdarah itu. Tiba-tiba, sesuatu bergolek ke tangannya dari tong sampah, mengenai tangannya. Salleh tunduk, melihat benda apa yang bergolek itu.

Sebiji tin penyembur rambut aerosol bersaiz kecil berada betul-betul di sebelah tangannya. Dia mengambilnya. Terasa berat. Diteliti bahagian bawah tin. Sudah lepas tarikh luput.

Salleh terus senyum.

(...)

"Patutnya aku buang sekali benda tu," gumam Malik perlahan. Lelaki berhud itu memegang sarung pedangnya, seolah-olah itu pedang yang dicampak ke tong sampah tadi. Dia tidak terfikir pula yang lelaki itu akan gunakan sarung pedang itu sebagai senjata.

Lelaki itu menghayunkan sarung pedangnya ke arah Malik. Malik menahan dengan tangan kirinya, dan melepaskan tumbukan padu tepat di abdomennya. Dia tertunduk senak. Dengan segera, belakang lelaki itu dihentak keras. Terus jatuh terduduk lelaki itu dibuatnya.

Malik melemparkan senyum sinis kepada lelaki itu sebelum berpaling. Dia berjalan menghampiri Salleh yang sudah berdiri. Riak wajah Salleh tiba-tiba berubah cemas. Telinganya dapat menangkap derap kaki seseorang sedang berlari di belakangnya.

Lelaki berhud itu mengangkat sarung pedangnya tinggi di udara, mahu menghentak kepala Malik. Malik cuba mengelak, namun sarung pedang itu terkena bahu kirinya. Serentak dengan itu, Salleh menghalakan muncung tin aerosol yang dijumpainya tadi tepat ke arah wajah lelaki berhud itu.

Semburan berbau tengik menyelubungi wajah lelaki berhud itu. Dia berundur ke belakang, mengelap matanya yang terasa pedih. Tanpa membuang masa, Salleh dan Malik terus meninggalkan lorong itu dengan segera.

Lelaki berhud itu pandang sekeliling setelah pedih di matanya reda. Marahnya semakin membuak apabila mendapati dua lelaki tadi sudah mengghaibkan diri.

"TAK GUNA!" Jeritnya geram, memecahkan kesunyian malam. Pedang samurai di tong sampah diambil dan dimasukkan ke dalam sarung sebelum menghilang dalam kegelapan malam.

(...)

Raz menghentikan kereta yang dipandunya di sebuah kawasan lot kedai Taman Dahlia. Mindanya buntu. Merata-rata dia cari Syam. Mana perginya budak ni?

Telefonnya berdering. Raz lihat skrin telefon bimbitnya. Nama Ash terpapar di skrin. Terus diangkat panggilan itu.

"Helo, ada apa, Ash?"

"Ni ha, Syam dah balik. Baru je," kata Ash di hujung talian.

"Oh, yakah? Baguslah kalau begitu. Abang balik sekarang," kata Raz sambil tarik nafas lega. "Dia okey tak?"

"Huh. Bila ditanya, dia diam je. Buat pekak. Entahlah, Ash sendiri tak faham."

"Tak apalah. Yang penting, dia dah selamat sampai rumah. Hm... abang dah nak gerak ni."

"Okey."

Talian terputus. Raz memusing stereng kereta. Kereta itu keluar dari kawasan lot kedai lalu bergerak pulang ke rumah. Dalam perjalanan, Raz berfikir panjang.

(...)

Hana yang baru sahaja balik dari tandas, melihat mesej yang baru sahaja diterima dari Salleh. Dahinya berkerut seribu.

"Apahal, Hana?" Zel yang masih belum tidur menegur. Hana membisu, terus mencari kit pertolongan cemas.

"Hei. Cari ni ke?"

Hana memandang Zel. Zel mengangkat kit pertolongan cemas yang diambil di dalam lokarnya.

"Macam mana..."

"Kan saya minta panadol tadi, sebab senggugut. Lupalah tu."

Hana hela nafas. Sebelah tangannya memegang kepala. Bagaimanalah dia boleh terlupa. Padahal Zel minta panadol sebelum dia ke tandas tadi.

"Malik, huh?"

Hana mengangguk, wajahnya terpamer rasa risau.

Exotika : Haru BiruWhere stories live. Discover now