Extra : Sebulan Kemudian (3.5)

82 7 13
                                    

Jarum jam menginjak ke angka satu. Suasana gelap, langit dilitupi awan. Seluruh kawasan asrama itu juga gelap, biasan cahaya lampu koridor sahaja yang menerangi. Malik pula sudah menghilang usai memeriksa tingkap tadi secara tiba-tiba.

Tingkap bilik TV perlahan-lahan terkuak. Semakin lama semakin besar bukaannya. Sang lembaga putih itu bertenggek di tingkap, sebelah tangannnya menyelak tirai tebal yang menutupi pandangannya.

Matanya tiba-tiba terbeliak.

Seseorang sedang bersandar di dinding, betul-betul di sebelah tingkap, Tippmann TiPX diacu tepat ke arah kepala lembaga putih itu.

"Hello, bebeh!"

Sebiji bebola paintball tepat mengenai veil yang menutupi kepala lembaga itu. Veil itu tertolak ke tepi lalu jatuh ke atas lantai, menampakkan wajah seseorang yang masih tidak dapat dicam dek gelap malam. Dengan segera dia terjun dari tingkap.

"Woi! Tunggu!" Zel menembak dua das lagi, kedua-duanya tepat mengenai belakang lembaga putih yang melarikan diri itu.

Hana, yang bersiaga di pintu Bilik TV sejak tadi, terus masuk ke dalam bilik itu. "Dah agak, dia dah lari. Dahlah gelap ni," gumamnya perlahan.

"Tak apa," kata Zel selamba. Dia segera keluar dari bilik TV, menuju ke arah pintu belakang blok. Hana mengikuti dari belakang. Dengan segera selak dibuka, lalu mereka berlari keluar selepas menyarung selipar masing-masing.

"Tak apa? Kenapa?" Hana bertanya sambil memasang lampu suluh yang dibawa bersama, untuk menerangi jalan.

"Paintball tu versi 'glow in the dark'. Cepat kering pula tu. Confrim boleh nampak badan dia dalam gelap."

Hana mengangguk sekali. Baru dia mengerti tujuan Zel gunakan bebola hijau neon itu, dan bukannya bebola hitam seperti biasa.

(...)

Lembaga itu terus berlari, melalui pagar dawai yang separa roboh di jalan menghala ke arah dusun. Tiba-tiba dia tersungkur, terus tertiarap di atas tanah.

"Aku dah agak kau lalu sini."

Lembaga itu angkat kepala. Kelihatan seseorang berpakaian serba hitam berdiri dengan sebelah kakinya diangkat tinggi, berada tidak jauh di tempat dia tertiarap. Seluruh tubuhnya tersembunyi dalam gelap malam dan pokok-pokok di kawasan itu. Lembaga itu kemudian bangun perlahan-lahan, sambil memegang pergelangan kaki kanannya yang terasa perit, mungkin kerana tersandung tadi. Sebahagian ikatan rambutnya terburai, menutupi sebahagian wajahnya.

Hana dan Zel yang mengejar lembaga itu tadi memperlahankan larian mereka. Cahaya lampu suluh Hana dihala ke arah si serba hitam itu.

"Aku ingat kau dah balik tadi, Malik," kata Zel sambil mengambil nafas.

Malik sekadar mendecit. Malas mahu menjawab soalan Zel itu.

"Mana pula pak guard ni? Tak nampak pun dari tadi. Takkan tidur pula. Baru pukul satu," bebel Malik kemudiannya, sambil bercekak pinggang.

Zel menoleh ke arah lembaga yang tertiarap itu, telefon bimbit dibawa keluar dar saku seluar treknya. Lampu flash dinyalakan.

"Nak tengok muka ke?" Hana bertanya. Zel angguk.

Namun belum sempat Zel berbuat apa-apa, lembaga itu terus melemparkan sesuatu ke arah mereka. Asap putih tiba-tiba muncul, membungkus suasana seketika. Lembaga itu segera bangun lalu berpatah balik, masuk semula ke dalam kawasan KSA.

"Apa ni?" Zel terbatuk-batuk.

"Bedak!" Hana berkata pula. "Dia letak bedak dalam telur, buat bom asap."

"Cis!" Malik pula, bagaikan tidak terkesan dengan debu bedak tadi, terus mengejar lembaga putih yamg menjauh itu. Hana dan Zel mengikut tidak jauh dari belakang.

(...)

Lembaga putih itu terus berlari dalam gelap, merentasi kawasan KSA, langsung tidak menyedari tompokan hijau yang berkilau di belakangnya itu. Malik masih mengejar dari belakang, diikuti Hana dan Zel.

Mujur juga kilauan itu jelas kelihatan, mudah mereka mengecam ke mana pencuri itu berlari walau dalam gelap.

Hana kemudian menyedari sesuatu. Lembaga itu berlari terus ke arah pokok rendang berhampiran Pejabat KSA. Dengan segera dia memintas Malik, lalu berhenti beberapa langkah di hadapan.

"Stop! Stop! Patah balik!"

Malik dan Zel terus berhenti mengejar. Hairan mereka dengan amaran Hana itu.

"Kenapa? Nak biar pencuri tu terlepas?"

"Bukanlah! Sana..." Hana termengah-mengah mengambil nafas, tangannya menunding ke arah Pejabat KSA yang hanya beberapa meter sahaja di hadapan mereka. Tangan Hana beralih sedikit ke tepi, ke arah pokok di mana sarang lebah itu berada. "Sana ada... Lebah!"

SRAK!

"AAARGH! TOLONG!"

Bunyi berdengung kedengaran sayup-sayup di bawah pokok itu. Mereka bertiga saling berpandangan lalu buka langkah seribu, selaju mungkin.

(...)

Masing-masing terus terduduk di atas jalan tar menghala ke arah dusun selepas kira-kira 500 meter berlari bagai dikejar hantu. Nafas masing-masing tidak teratur dek kemungkinan dikejar lebah yang marah kerana sarang mereka dirosakkan sang kelibat putih yang melarikan diri tadi.

"Gilalah! Macam mana boleh ada sarang lebah kat sana? Kau tak report ke siang tadi?" Malik terus bertanya Hana. Jelas sungguh berangnya itu.

"Dah report la. Ada beberapa orang pakcik tu tak bagi call bomba. Katanya lebah ni haram dibunuh. Siap main ayat Al-Quran lagi. Kata dia lagi, kalau tak kacau, lebah-lebah tu takkan serang. Kononnya. Tu yang last-last setakat letak tape merah putih keliling pokok tu je. Malas nak bertekak dengan pakcik-pakcik tu punya pasal," jelas Hana.

"Kalau tak kacau lebah, dia takkan serang? Dia tak merasa ada sarang lebah di belakang rumah lagi. Selagi tak bakar sarang dia tu, tiap-tiap Subuh ada je menyemak dalam tandas," bebel Malik, masih geram.

"Apa kamu bertiga buat di sini? Dah lepas masa curfew ni."

Malik, Hana dan Zel menoleh ke arah suara itu. En. Rossa muncul dalam kegelapan, diikuti pengawal keselamatan yang menemani En. Rossa ke blok angker tadi. Masing-masing dibasahi peluh, wajah masing-masing pula pucat tak berdarah.

"Lebah." Zel berkata sepatah dek terkejut melihat keadaan mereka itu.

"Lebah?" En. Rossa kabur dengan ayat Zel itu.

"Er... Tolong panggil bomba dengan ambulans. Ada orang kena serang dengan lebah dekat pejabat KSA," jelas Hana pula.

"Huh? Tengah-tengah malam ni?"

Hana angguk. "Pencuri TV semalam tu... Di sana. Langgar sarang."

Riak wajah En. Rossa terus berubah khuatir. Pengawal keselamatan itu pula terus membawa keluar walkie talkie yang terselit di pinggangnya.

Exotika : Haru BiruWhere stories live. Discover now