Hari Kedua (4)

140 11 0
                                    

Putra muncung panjang, tidak puas hati. Zel duduk bertentangan dengannya, matanya tajam memandang Putra yang baru sahaja diheretnya keluar dari kedai buku untuk ke medan selera di tingkat bawah.

"Memang kaulah yang curi pam tandas asrama kitorang semalam, kan?"

Putra tampak terpinga-pinga. "Curi pam tandas?"

Hana yang duduk di sebelah Zel terus tepuk dahi. Tak habis-habis lagi dengan isu pam tandas semalam. Dia memang sudah menduga soalan itu yang akan keluar dari mulut Zel walaupun sudah ada bukti sejelas Izhar Halqi yang budak Putra ni tidak terlibat langsung.

"Macam mana rupa dia ya?" Putra tanya Zel semula, ingin tahu. Ada riak teruja dikesan pada wajahnya.

"Hish, budak ni. Macam pam tandas biasalah."

"Yang bentuk segi empat tepat, warna putih, lepas tu tarik pakai tuli bersambung dengan tali tu ke?"

"Dah tu?" Zel bertanya, tidak puas hati.

"Kalau pam tandas macam tu, baik tak payah. Ingatkan macam tandas Jepun tu, ada macam-macam butang, macam-macam fungsi, ada keluar bunyi, ada air pancut automatik..." Putra membebel panjang dan laju, sampaikan butir bicaranya ada yang tidak dapat difahami. Nampak sangat dia tidak puas hati. Zel pula yang terpinga-pinga mendengar bebelan Putra itu.

"Kan dah cakap semalam, bukan dia punya kerja. Kamu tak percaya," bisik Hana perlahan. Zel yang mendengar kata-kata Hana itu mengangguk perlahan, hampa.

"Kamu ni, macam mana boleh keluar? Rasanya tak ada benda di sini yang boleh buat Andi terkejut besar," tanya Hana pula. Ke, ada mural hantu dalam tandas macam kes vandalisme di tandas dusun KST beberapa bulan lepas tu? Eh, takkanlah.

"Entah. Buka mata saja, kita ada kat kedai hardware. Tu, kedai tu," kata Putra sambil menunding ke kedai Mr. DIY yang berada tidak jauh dari medan selera itu. Hana angguk perlahan, walaupun masih keliru. Serentak dengan itu, Salleh muncul membawa dulang berisi dua cawan teh tarik. Satu daripada dua cawan itu diletakkan betul-betul di hadapan Putra.

"Ni... Kita punya?"

"Ha-ah," kata Salleh sambil mengangguk.

"Yeay! Terima kasih!" Putra berkata teruja, terus minum teh itu. Beberapa saat kemudian, cawan itu diletakkan semula di atas meja. "Panas..."

Hana dan Zel tersenyum-senyum melihat Putra terjelir-jelir lidah dek kepanasan teh itu. Salleh pula, rasa macam nak hantuk kepala ke meja melihat gelagat Putra. Memalukan betul.

"Hei. Minumlah pelan-pelan. Air tu kan panas, siap berwap lagi. Gelojoh sungguh," bebel Salleh perlahan.

"Kita ada pergi mana-mana ke lepas ni?" Putra bertanya selepas pedih di lidahnya reda, sambil pandang sekeliling.

"Tak ada. Terus balik tidur. Esok ada tempat lain nak pergi," kata Zel yang topang dagu, menghirup saki baki Chocolate Blog yang dibelinya tadi.

"Ala..." Putra memberi reaksi kecewa. "Tak adventure langsung kalau takat pergi shopping mall je."

"Adventure? Kau tak tahu macam-macam tempat kita dah pergi sebelum ke sini, tahu? Nak adventure macam mana lagi?" Zel berkata, geram. Hana tiba-tiba teringat Ainul yang kelihatan runsing semasa menumpang van untuk ke bengkel semalam. Apa khabar agaknya budak itu?

"Tak apa. Esok kita pergi masuk hutan," kata Salleh. Mata Putra membulat tanda teruja. "Itupun, kalau kau ada lagi esok," sambung Salleh selamba. Putra kembali muram.

Hana melihat jam di telefon bimbitnya. Tinggal lima minit sebelum masa untuk berkumpul semula di dataran depan pusat membeli belah ini.

"Jom gerak. Kejap lagi dah sampai masa," kata Hana sambil menunjukkan masa yang terpapar di skrin telefon bimbitnya. Menyedari masa yang tertera, Salleh dan Putra habiskan teh tarik mereka dengan segera. Mereka berempat kemudian terus bangun dan keluar dari bangunan StarMall.

(...)

Bray dan Safuan duduk di bangku berhampiran medan selera, sedang memerhatikan si polan yang dihempuk Safuan tanpa sengaja semasa di Mr DIY tadi.

"Aku tengok macam dah okey je dia tu, Bray," kata Safuan.

"Tapi kita tetap kena minta maaf, kan?" Bray berkata, matanya tidak lepas dari gelagat lelaki itu. Terasa ada sesuatu yang tidak kena. Apa dia, ya?

"Hei. Maaf lambat. Toilet ramai oranglah pula," tegur Syam yang muncul entah dari mana. Terperanjat Bray dibuatnya. Safuan pula tidak lepas dari memerhatikan lelaki itu.

"Nanti. Kau berdua tengok apa?" Syam bertanya, baru perasan yang dua orang kawannya itu sedang memerhatikan seorang lelaki yang baru sahaja selesai minum dan mahu beredar bersama kumpulannya.

"Ini semua sebab budak Safuan ni ha," kata Bray selamba.

"Woi. Aku tak sengajalah!" Safuan mendesis.

Syam diam, tidak mengerti apa yang sedang berlaku.

Exotika : Haru BiruWhere stories live. Discover now