Hari Ketiga (6)

113 9 1
                                    

"Wei, kenapa binatang ni kejar kita lagi?" Zel melaung, babi hutan yang kepalanya sedang berdarah itu masih mengejar mereka dari belakang. Di hadapannya cuma Hana dan seorang lelaki dari kumpulan satu lagi itu. Malik dan Salleh serta yang lain-lain, sudah hilang kelibatnya.

Dari kejauhan, kelihatan sebuah rumah batu yang besar dan agak usang di celah-celah pohon-pohon merimbun di hadapan mereka. Pokok-pokok itu lebih tinggi daripada rumah itu, menyebabkan rumah itu bagaikan tersembunyi. Pintunya terbuka luas.

"Mari, kita masuk ke dalam sana!" Hana menunding ke arah rumah itu. Mereka bertiga terus masuk ke dalam rumah itu dan menutup pintunya dengan segera. Siap bersandar lagi di belakang pintu supaya dapat menahan impak perlanggaran yang akan datang.

Pintu bergegar. Namun, mereka bertiga tidak berganjak. Ada daya yang kuat menghentak pintu kayu keras itu beberapa kali. Rasa macam nak tercabut pintu itu dibuatnya.

"Pergilah. Tolonglah pergi. Bukan kami yang cederakan awak. Tolonglah," kata Hana perlahan.

Selepas beberapa minit, pintu itu berhenti bergegar.

"Eh, babi hutan tu dah pergi ke?" Zel bertanya dengan nada berbisik.

"Biar aku periksa," kata lelaki yang bersama mereka itu. Dia berjalan ke tingkap yang paling hampir dengan pintu itu dan mengintai ke luar.

"Alamak."

"Kenapa?"

"Ada lagilah. Dia duduk depan pintu ni ha."

"Alahai. Pergilah dikau si babi hutan. Pergi laaaaaaaaa," kata Hana, perlahan, bagaikan merayu.

Seketika kemudian, babi hutan itu mula berjalan, meninggalkan kawasan pintu rumah itu. Namun, ia masih berlegar-legar di halaman rumah usang itu.

"Sekarang, macam mana?" Lelaki itu bertanya Hana, masih mengintai babi hutan yang masih kelihatan di luar rumah itu.

Hana tarik nafas, cuba menghilangkan mengah. "Kita cari pintu belakanglah. Dari situ, kita cari balik denai yang kita lalu sebelum ini. Harapnya kita tak jauh sangat."

"Ah ya, apa nama kau? Lupa pula nak tanya," kata Zel pula.

"Badri Ramlee. Panggi saja aku Bray."

"Okey. Nama aku Zel, dan ini sepupu aku, Hana," kata Zel sambil sebelah tangannya menunding ke arah Hana.

(...)

Cahaya lampu dari telefon bimbit masing-masing menyinari kawasan dalam rumah yang samar-samar itu. Bray menawarkan diri untuk berada di hadapan. Setiap pintu dibuka. Namun, apa yang boleh dijangka dari sebuah rumah usang, bukan? Takkanlah bahagian dalam masih berupa rumah lagi.

Sesampainya mereka di satu pintu, dahi Bray berkerut seketika. Ada sejalur cahaya kelihatan di bahagian bawah pintu. Tombol pintunya juga berbeza rekaannya dengan tombol-tombol pintu yang mereka pulas sebelum ini.

"Tombol ni... Nampak baru," kata Bray perlahan. Tangannya menyentuh tombol yang berkilat itu.

"Agaknya ini pintu belakang tak?" Zel tanya. Bray membisu. Tombol itu dipulas dan pintu dibuka. Dahi masing-masing terus berkerut seribu.

"Itu... Set kamera video, kan?" Jari Zel menunding ke arah kamera video yang diletakkan di hadapan sebuah kerusi besi yang kelihatan usang namun tidak berkarat, terletak betul-betul di tengah-tengah bilik. Di atasnya tergantung mentol filamen yang menyala, cahayanya bersinar jingga. Berhampiran kerusi itu ada sebiji katil tanpa tilam, dibuat sepenuhnya daripada besi. Lapik katil itu hanya sekadar kepingan besi yang dikimpalkan terus ke katil. Sebuah meja besi yang nampak seperti meja besi di bilik pembedahan terletak bertentangan dengan katil itu.

"Bilik apa ni?"

"Bilik yang kamu bertiga tidak patut jumpa."

Hana, Zel dan Bray segera menoleh ke belakang. Seorang lelaki berdiri betul-betul di belakang mereka, sedang mengacukan pistol. Hana terus cam wajah lelaki itu.

"Kamu pemandu van tu kan? Naufal!"

"Oh?" Naufal sedikit terkejut. "Tak sangka memori kau kuat, gadis manis. Tapi sekarang, ikut saja cakap aku kalau mahu hidup lama." Senyuman sinis terukir di bibir.

(...)

Bray, Hana dan Zel ditolak masuk ke dalam bilik berpintu besi yang samar-samar cahayanya itu. Naufal hanya melihat mereka memandangnya sambil senyum sinis, pistol di tangan masih diacu ke arah mereka. Telefon bimbit mereka dirampas.

"Dua orang perempuan, satu orang lelaki. Banyak untung ni," kata Naufal.

"Hei, apa kau nak buat pada kami, hah?" Zel menengking. Naufal kekalkan senyuman sinisnya. Hana pandang muka Naufal.

"Semua ini ada kaitan dengan Exotika?"

Naufal sedikit tersentak. Lantas dia pandang wajah Hana.

"Kau tahu pasal Exotika?"

Hana membisu, matanya tajam merenung anak mata Naufal. Lama.

"Ini kali terakhir kau dengar perkataan itu. Heh, kau tak patut tahu pun," kata Naufal sebelum keluar lalu mengunci pintu besi itu.

Hana tiba-tiba terduduk. Nafasnya tercungap-cungap. Zel yang menyedari reaksi Hana terus menghampirinya.

"Hana, kamu okey?" Zel tanya. Hana mula menangis semahu-mahunya. Bray yang berada berhampiran mereka berdua tercengang-cengang.

"Hei, kenapa?" Zel mula panik.

"Ya ALLAH! Astagfirullah! Astagfirullah!" Hana beristigfar dengan nafas yang tidak teratur, cuba menenangkan diri. Dia langsung tidak menduga Exotika itu sesuatu yang dahsyat.

Sangat dahsyat.

Dan kini, mereka juga terperangkap.

Exotika : Haru BiruWhere stories live. Discover now