Hari Kedua (1)

130 9 2
                                    

Syam garu kepalanya, kehairanan melihat komputer ribanya dalam sleep mode. Dia baru perasan komputernya itu dalam keadaan itu apabila mahu mencari idea untuk menyambung draf novelnya di internet. Itu belum lagi hal pintu bilik tiba-tiba berkunci. Pelik bila abangnya bising-bising di pintu kerana menyangka dia sudah bangun tidur.

Terima kasih kepada abangnya itu jugalah dia tidak terlajak Subuh pagi tadi. Dan sekarang... Berapa lama komputer ni dalam sleep mode?

"Bukan ke aku dah padam komputer ni? Ke, aku ngigau je malam tadi?" bebelnya perlahan.

Telefon bimbit Syam yang berada di atas katil tiba-tiba berbunyi menandakan mesej masuk. Syam mengambil telefonnya itu dan melihat nama penghantar mesej. Bray.

(...)

Taman Rama-Rama

Wajah Zel berkerut. Dia hanya berdiri di pintu masuk taman itu, membiarkan rakan-rakannya masuk. Hana geleng kepala melihat keadaan sepupunya itu.

"Hei. Tak ada apa-apalah," kata Hana sambil tepuk bahu Zel.

"Dia terbang. Dia besar," kata Zel perlahan.

"Rama-rama tak bahayalah. Jomlah masuk."

Zel hanya membiarkan Hana menarik tangannya masuk ke dalam taman itu.

(...)

Zel berdiri kaku. Seluruh tubuhnya terasa seram. Rakan-rakan di sekelilingnya melihat sesuatu yang berada di atas kepala Zel dengan takjub.

Zel cuba melihat makhluk itu. Seekor rama-rama iswara, dengan sepasang sayap hitam dengan kilatan kebiruan yang besar itu dikembangkan, sedang elok bertenggek di atas cekak rambut di kepala Zel. Wajahnya mengerenyit. Nampak benar dia tidak selesa.

"Nampak lawa pula rama-rama tu duduk atas kepala kau, Zel," kata Salleh sambil tersengih, matanya tidak lepas dari melihat rama-rama itu.

"Kau..." Zel cuba berjalan menghampiri Salleh, namun berhenti beberapa langkah apabila rama-rama itu bergerak sedikit dari kedudukan asalnya. Dia kembali membatu. Takut kalau-kalau rama-rama itu merayap ke seluruh badannya.

"Zel, itu bukan lipas," kata Hana. Dari riak wajahnya, nampak benar dia sedang tahan tawa.

"Tak kira! Dia serangga yang boleh terbang! Besar pulak tu! Rama-rama ni pun satu. Punyalah banyak tempat nak bertenggek, atas kepala ni la dia nak duduk!" Suara Zel bagaikan hendak menangis. Dia amat gelikan serangga besar yang boleh terbang.

Tawa Hana meletus.

(...)

Muzium Lata Tombak

Andi menjenguk ke satu sudut di dalam muzium itu. Diorama lombong bawah tanah itu dilihat dengan penuh minat. Segalanya lengkap dengan keadaan dinding berbatu, pelbagai peralatan melombong tersusun di satu sudut diorama itu dan sebiji gerabak kecil di atas rel kereta api.

"Boleh tahan rumit juga nak melombong bijih timah ni rupanya," kata Andi, usai membaca papan maklumat yang disediakan. Foto diorama itu diambil, begitu juga papan maklumat yang berada berhampirannya.

Wah! Seronoknya! Banyaknya benda nak buat main!

Kepala Andi tertoleh-toleh mendengar suara yang agak kebudak-budakan itu. Tiada sesiapa kelihatan berhampirannya. Air liurnya ditelan. Dia kenal dengan suara itu. Itu bukan ke...

"Macam wild-wild west pula," satu suara berkata di belakang Andi. Bahu Andi terjungkit seketika dek terkejut. Alif tiba-tiba muncul dari belakang, memakai topi koboi yang entah dari mana diambilnya. Telefon bimbitnya dikeluarkan.

"Jom wefie!" Topi koboi itu ditanggalkan dan diletakkan di atas kepala Andi.

Andi terpinga-pinga. Sempat dia buat tanda 'peace' dengan penuh janggal apabila mereka berswafoto. Pelbagai gaya dibuat Alif di kawasan diorama itu. Sudahnya, Andi jadi jurufoto tanpa tauliah untuk seketika.

"Dahlah. Kita nak pergi tempat lain ni. Jom," kata Alif selepas puas berswafoto dengan Andi. Topi koboi itu diambil semula.

"Aaa... Okay," kata Andi sambil tersengih.

Di saat mereka berdua melangkah keluar dari muzium itu, rasa cemas menerpa. Bas KST bergerak keluar dari kawasan muzium, dan sudah melepasi pintu pagar.

"HEI! TUNGGU KAMI!"

(...)

Wajah Alif merah padam, nafas termengah-mengah, tubuhnya terlentang di atas lantai bas. Kalau diikutkan, masuk kali ini sudah empat kali Alif nyaris tertinggal bas.

"Er... Nak air?"

Alif pandang tuan empunya suara. Andi yang sudah hilang mengah dek mengejar bas tadi menghulurkan sekotak jus epal kepadanya. Alif duduk, terima pemberian Andi itu lalu minum dengan rakus. Habis sahaja minum, dia terus berdiri. Direnyukkan kotak itu di hadapan semua orang di dalam bas itu. Nampak benar dia marah.

"Siapa mangkuk yang memandai-mandai pergi beritahu driver, semua ada? Mengaku cepat!"

Suasana sepi. Tiada sesiapa yang berani jawab soalan Alif yang jelasnya sudah nak meletup.

(...)

Syam melangkah keluar dari rumah, menghampiri Bray yang sedang menunggu di luar pintu pagar. Raz mengikuti dari belakang.

"Syam kata kau nak jumpa aku. Ada apa?" Raz bertanya Bray yang masih berdiri di luar pagar. Bray garu kepala seketika.

"Begini, Syam ada cakap yang abang nak join kami pergi jungle trekking esok."

"Kenapa? Tak bolehkah?"

"Boleh," kata Bray sambil senyum penuh makna. "Tapi, ada satu syarat. Itupun, kalau abang tak kisah"

Exotika : Haru BiruWhere stories live. Discover now