Hari Ketiga (14)

123 11 4
                                    

Naufal tercungap-cungap. Dia berada di atas sebatang pokok, babi hutan yang mengejarnya tadi menyondol pokok yang dipanjatnya itu. Dia toleh kawasan sekitar. Mana perginya dua orang yang patutnya jaga kawasan ni?

Dari celahan daun, dia dapat nampak dua lelaki itu baring di atas rumput di bawah sebatang pokok yang agak jauh dari tempat dia berada, sedang lena. Matanya membulat, amarahnya membuak.

"Tak guna. Aku suruh jaga kawasan, mereka pergi membuta???"

(...)

Erzen berjalan di belakang Malik dan Salleh sambil berpeluk tubuh. Terlalu banyak sangat perkara terjadi hari ini.

Pertama, ini pertama kali dia keluar tanpa Tou Yami, pedang kesayangannya. Jadi, dia terpaksa bawa sekali pedang tentera Jepun yang dia guna tadi. Kualitinya tidak sebagus Tou Yami. Maklumlah, pedang mass-production.

Kedua, ini pertama kali dia kalah dalam perlawanan. Dua kali. Dengan orang yang sama.

Dan, ketiga...

"Memang dia tak percaya langsung yang nama aku Erzen Laiss?" Dia berkata perlahan, hairan, merenung Salleh yang tidak habis-habis membebel tentang ketidak munasabahan maklumat yang cuba dihadamnya itu.

"Boleh ke 'alter' seseorang tu watak fiksyen, hah? Bukan 'alter' tu fragmen minda seseorang individu ke?" Salleh membebel lagi, sesekali mencuri pandang ke arah Erzen di belakang.

"Boleh la," kata Malik perlahan. "Ada je kes yang 'alter' seseorang tu bukan manusia. Pari-pari, ikan duyung, dewa, syaitan..."

"Macam mana kau tahu?"

"Aku kan pergi terapi setiap bulan dengan Dr Fitri. Lupa?" Malik pandang Salleh. "Muka kau... Pucat."

Salleh picit kepala. "Haih... Mesti aku demam esok ni..."

Langkah tiga lelaki itu terhenti di hadapan sebuah rumah batu usang dilitupi pokok-pokok besar. Asap masih lagi kelihatan di salah satu tingkap di bangunan itu.

"Memang patut ada rumah ke di sini?" Salleh garu kepala. Malik pandang lengan kiri Salleh. Baru dia teringat kecederaan Salleh itu. Tapi... Boleh digerakkan?

"Meh sini lengan kau tu, aku nak tengok."

Salleh menyinsing lengan baju kemeja T yang dipakainya sampai tempat luka terdedah. Ada kesan calar yang sedikit terbakar di situ. Darah di kawasan itu sudah mula membeku.

"Calar je. Tak payah ke hospital," kata Malik, lega kerana peluru itu hanya bergesel pada lengan Salleh, langsung tidak terkena pada sasaran. Salleh angkat kening mendengar kata-kata itu.

"Sayang juga kau kat aku rupanya," sakat Salleh. Malik mencebik, pandang tempat lain, tempat berhampiran luka itu dipicit.

"Oit! Sakitlah!"

Malik buat pekak. Tangan Malik di lengan Salleh ditepis.

"Bangunan ini..."

Malik dan Salleh terus menoleh ke arah tuan empunya suara. Macam mana boleh terlupa pula dengan 'hantu katana' seorang ni?

"Kenapa?"

Erzen diam, terus melangkah masuk, meninggalkan Malik dan Salleh di luar.

(...)

"Biar betul. Tiup wisel?" Bray bertanya hairan. Begitu juga dengan Nazmi yang tampak keliru. "Mana nak cari wisel?"

Hana diam, terus tepuk dahi. Bukan tiup wisel betul-betullah, pandai!

Zel tiba-tiba tepuk tangan sekali. "Ah ya! 'Tiup wisel'! En. Wahyudi baru saja bincangkan pasal ni minggu lepas, masa kelas Etika Profesional!"

"Bingo!" Hana senyum. Ada yang dapat tangkap akhirnya.

"Apa benda tu?" Bray bertanya.

"Satu terma dalam etika profesional, merujuk kepada pemberitahuan rahsia sesuatu organisasi oleh orang yang berkhidmat dalam organisasi itu sendiri. Selalunya untuk mendedahkan penyelewengan organisasi, dan disertakan bukti yang kukuh. Dan... Ia hanya dilakukan sebagai cara terakhir, jika pelbagai cara sudah dibuat namun penyelewengan tetap berlaku," terang Zel panjang lebar.

"10 markah untuk awak, Zel," kata Hana sambil tersenyum. Bray dan Nazmi mengangguk faham.

"Tapi, ada yang akan dengar ke? Aku ni kan bekas banduan. Mana ada orang percaya? Kalau ada jenayah berlaku dan aku ada di situ, mesti aku jadi suspek," kata Nazmi kemudiannya.

"Itulah sebabnya kita perlu bukti. Awak mesti ada akses kepada bukti-bukti itu semua, sebab awak bekerja dengan dia, kan? Dan... Kalau awak jadi suspek sekalipun, awak belum dikira bersalah lagi," kata Hana.

"Masyarakat berkata sebaliknya," kata Nazmi.

"Jadi, kau nak kata lebih baik Tuan apakebendanamanya tu nampak baik bak malaikat walaupun hakikatnya dia syaitan bertopengkan manusia?" Zel tanya tegas.

"Apakebendanamanya? Azazil, Zel," kata Hana, tertawa kecil. "Panjang benar gelaran awak bagi."

"Itu pun aku tak nak, sebenarnya..." Nazmi berkata perlahan. "Tapi pengaruh dia kuat. Aku ni seorang saja..."

"Cuba. Tolonglah. Demi mereka," kata Hana, menunding ke arah kanak-kanak di dalam sangkar itu. "Kami jadi saksi. Mereka juga. Jadi, jangan takut. Lagipun... ALLAH ada."

Nazmi diam. Lama. Kepalanya tunduk. Berfikir.

"Pasal Nadya, adik awak... Kita akan cari jalan," kata Zel, cuba meyakinkan Nazmi.

Nazmi angkat muka. Bibirnya mengukir senyum tawar. Dia mengangguk perlahan.

"Bagus!" Bray bersorak tiba-tiba. "Sekarang... Macam mana nak keluarkan budak-budak ni pula?"

Lama mereka berempat membisu. Cuba cari jalan untuk menggerakkan mereka keluar dari kurungan itu dengan rela hati.

Tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kaki seseorang sedang berlari di koridor ruang bawah tanah. Nazmi berjalan laju ke pintu masuk bilik itu.

"Abang Naufal ke?" Nazmi berbisik ketakutan, kepalanya menjengah ke luar bilik.

Tiba-tiba satu kelibat merempuh Nazmi. Nazmi terdorong ke belakang lalu jatuh terlentang di atas lantai. Hana, Zel dan Bray ternganga.

Seseorang berjaket windbreaker kelabu gelap dengan hud ternaik berjalan menghampiri Nazmi, pedangnya yang terikat di pinggang dihunus keluar dan diacu ke arah Nazmi.

"Syam?" Bray berbisik. "Eh, bukan! Tu... Erzen?"

"I found you, Nazmi," kata Erzen sambil tersenyum sinis. Pedang di tangan diangkat tinggi.

"JANGAN!" Jerit Hana, Zel dan Bray serentak.

Exotika : Haru BiruWhere stories live. Discover now