Hari Ketiga (10)

118 9 0
                                    

Tiga lelaki itu berjalan, merentasi hutan yang tebal itu. Salleh berada di hadapan sekali, memandu arah. Menurut lelaki yang mereka tinggalkan di pokok ara itu, mereka akan jumpa jalan keluar jika terus berjalan ke arah tenggara.

"Kau pasti ke kompas tu betul?" Malik tiba-tiba bersuara. "Kenapa aku rasa macam kita berpusing di tempat yang sama dari tadi?"

"Aku pakai apps kompas dalam telefon ni. Takkanlah salah pula," kata Salleh. Dijulang telefon bimbitnya ke udara. Malik mencebik. Perlu ke buat begitu?

"Ah ya. Pasal benda alah Exotika tu pula, macam mana?" Salleh tanya, tiba-tiba teringat maklumat yang terasa tidak relevan itu.

"Nanti kita laporkan pada polis," kata Malik perlahan. Serius, dia rasa kurang senang memikirkan perihal Exotika itu.

Syam yang berada di belakang membisu sejak tadi. Sesekali dia merenung dua manusia di hadapannya. Apa yang diceritakan Salleh semasa membuat tali dari akar pokok beringin tadi buat dia berfikir panjang.

"Eh, rimaslah pedang ni. Buat semak je," kata Salleh kemudiannya. Pedang panjang itu menyebabkan dia tersangkut apabila melalui celahan pokok-pokok di dalam hutan itu. Pedang yang diikat di bahagian atas beg sandangnya ditanggalkan. Dia berkira-kira mahu menyerahkan pedang itu kepada Syam. Syam yang bagaikan mengerti menghulurkan tangannya, mahu mengambil pedang itu.

"Bak sini," kata Malik. Tangan Syam ditepis.

"Biarlah dia pegang," betah Salleh.

"Aku tak percayakan dia."

"Eh, kenapa? Apa yang buat kau tak percayakan dia? Sebab kau baru kenal dia untuk beberapa jam?"

Bertekak pula dah dua orang ni, fikir Syam.

"Bukanlah!" Suara Malik ternaik satu oktaf.

"Jadi, kenapa?"

Malik menghampiri Salleh. Dia hela nafas, cuba mengurangkan rasa baran dalam hati.

"Ingat 'hantu katana' yang serang kita malam tadi?" tanya Malik. Suaranya diperlahankan, tidak mahu Syam dengar.

"Ingatlah. Mana boleh lupa?"

"Ingat tak pakaiannya macam mana?"

"Jadi?" Salleh kabur dengan soalan itu.

"Padan tak pakaian 'hantu katana' tu dengan deskripsi pakaian yang selalu watak utama novel yang kau beli semalam tu pakai?"

Salleh terdiam. Baru dia perasan. Deskripsi pakaian Erzen Laiss, watak utama novel 'Dark Hunter' sepadan dengan 'hantu katana' itu. Begitu juga dengan novel-novel sebelumnya. Jubah hitam panjang berhud, topeng muka, pedang bernama 'Tou Yami' tersisip di pinggang. Semuanya sama padan.

"Lagi satu, siapa yang tulis novel tu?" Malik tanya lagi. "Dia, kan?" Bibirnya dijuih ke arah Syam di belakang.

"Ish. Kebetulan je kot..." gumam Salleh perlahan.

(...)

Syam hanya memerhatikan sahaja dua orang di hadapannya itu. Mindanya serabut memikirkan cerita Salleh. Kalau cerita itu benar, memang patutlah bahu kanannya ada calar misteri itu.

"Okey, kita bertaruh!" Kata Salleh tiba-tiba. "Kalau aku betul, kau kena makan setiap menu yang ada tempoyak di kafe Embun."

"Fine! Kalau aku betul, kau kena terjun kolam renang KST dari platform 10 meter. Ada berani?"

Syam kerut dahi. Apa entah yang dipertaruhkan, dia sendiri tidak tahu. Tumpuannya melayang, tidak fokus kepada mereka.

"Patut ke aku beritahu mereka? Supaya mereka bersedia?" gumam Syam perlahan. Sungguh, dia keliru dan risau pada masa yang sama. Kenapa 'dia' serang mereka? Apa salah mereka?

Beritahu saja, Syam. Nak juga tengok apa reaksi mereka tu.

Langkah Syam terhenti. Matanya membulat. Suara itu tertawa sinis. Dia menoleh sekeliling. Peluh dingin merenik di dahi.

"K... Kau... Kau ada lagi?" Syam berbisik kepada suara itu.

Aku sentiasa ada, Syam. Kau saja yang tak sedar. Tawa sinis kedengaran lagi.

Badan Syam menggeletar. Itu suara 'dia'. Suara milik manusia yang menyerang Salleh malam tadi.

Tak, 'dia' bukan manusia.

Sebab suara itu bergema dalam otaknya.

(...)

Malik toleh ke belakang. Hairan dia melihat Syam yang tiba-tiba berhenti berjalan. Pedang yang dipegang tadi ditolak ke tangan Salleh, lalu berjalan menghampirinya.

"Hei. Kau kenapa?"

Syam membisu, bagaikan tidak menyedari Malik berada di hadapannya. Wajahnya pucat, tubuhnya menggeletar. Malik kerut dahi. Kenapa pula budak ni?

"Hei!" Dia gerakkan tangannya di hadapan mata Syam. Tiada reaksi. Macam patung.

Salleh yang perhatikan Malik dan Syam sejak tadi terus kerut dahi. Entah kenapa kelakuan dan pandangan mata Syam itu mengingatkan dia dengan pertama kali dia bertemu Andi sewaktu di bangku sekolah dahulu.

"Kenapa aku rasa tak sedap hati?" kata Salleh perlahan.

(...)

Dua pasang mata sedang merenung mereka bertiga dari celahan pokok-pokok yang merimbun. Budak perempuan yang melarikan diri itu langsung tidak dapat mereka jejaki. Begitu juga dengan rakan mereka yang handal pedang itu. Gatal sangat nak berjalan seorang diri.

"Tengok. Itu pedang dia, kan?" Salah seorang dari mereka menunding ke arah pedang di tangan Salleh. Rakannya mengangguk.

Jadi, bagaimana?"

"Kita serang mereka." Penumbuk dikepal.

(...)

"Hei, nak kena tinggal ke?" Malik menegur Syam, cuba menyedarkan dia dari khayalannya. Syam masih kekal begitu.

"Okey." Malik berjalan ke hadapan, menarik Salleh bersamanya.

"Hei! Takkanlah nak tinggalkan dia macam tu?" Salleh mendesis marah.

"Dah tu, kenapa dia diam je bila ditegur? Macam cakap dengan dinding," kata Malik, sedikit geram.

"Aku tak tahu kenapa, tapi tiba-tiba aku teringat Andi..."

Bunyi belukar bergoncang kuat menyebabkan mereka berdua menoleh ke belakang. Syam, terkebil-kebil, bagaikan tersedar dari khayalannya, dipaut kuat lehernya oleh seorang lelaki yang tubuhnya lebih besar dari Malik. Sebelah tangannya menghunus kerambit.

"Wah! Apa ni? Tolong!" Syam menjerit.

Baru sekarang kau sedar? Malik mengeluh. Penumbuknya dikepal, bersedia mahu menyerang.

"Kalau kau serang aku, dia mati!" Ugut lelaki yang memaut leher Syam itu.

"Oh, yakah?"

Serentak dengan itu, Malik berlari laju ke arah tangan lelaki yang menghunus kerambit itu lalu mengilasnya ke belakang. Belakang kakinya disepak kuat. Lelaki itu terus jatuh melutut. Kerambitnya dan Syam sama-sama terlepas dari tangan lelaki itu.

"CEPAT LARI!" Malik menjerit. Tanpa membuang masa, Syam dan Salleh sama-sama berlari, namun larian mereka terhenti apabila seorang lagi lelaki bersenjatakan pisau belati muncul tidak jauh di hadapan mereka.

"Mana kau nak pergi?" katanya sinis.

Exotika : Haru BiruWhere stories live. Discover now