Hari Ketiga (3)

128 8 1
                                    

"Selesai sudah!" Salleh berkata ceria sambil menjulang novel yang habis dibacanya dengan sebelah tangannya. "Memang best! Memang mendebarkan! Agak-agak ada sambungan ke?"

Malik di sebelah hanya buat muka menyampah. Habis baca novel je pun, tapi lagaknya macam menang marathon. Beberapa orang lalu-lalang di hadapan mereka berdua, namun dia langsung buat tidak peduli.

"Kau tanya siapa?" Malik tanya Salleh, bunyinya seakan menyindir. Salleh tersengih janggal. Siapa pula nak jawab soalannya di tengah-tengah hutan itu?

"Eh, awak?" Tegur seseorang yang tiba-tiba berhenti berhampiran Salleh. Salleh pandang orang berjaket windbreaker kelabu gelap itu.

"Eh, tak sangka jumpa kat sini pula!" Salleh berkata dengan nada teruja. Malik pandang dua manusia itu, hairan.

"Siapa ni?" Malik tanya.

"Haaa... Inilah penulis novel ni!" Salleh tunjuk novel di tangannya dan menunding ke arah Syam pada masa yang sama. Malik hanya membisu, berfikir.

"Lupa mahu kenalkan diri. Saya Rahmat Sallehudeen. Panggil Salleh je," kata Salleh sambil hulurkan tangan ke hadapan Syam.

"Syam Syahrul Azmi. Panggil Syam sajalah," kata Syam pula, menyambut salam Salleh, sambil tersenyum.

(...)

"Okey semua, ingat. Kawasan hutan bukan tempat yang boleh dibuat main. Jangan cakap besar, dan jangan ambil apa-apa yang bukan hak kita. Kena sentiasa alert dengan kawasan sekeliling," kata seorang lelaki tua yang menjadi penunjuk jalan kepada para pelajar KST itu.

"Er... Pak cik, dalam hutan tu ada binatang berbisa ke?" Hana bertanya.

"Binatang berbisa ya... Kalau ikut denai yang ditetapkan, InsyaALLAH takkan jumpa. Tapi, di sini banyak babi hutan. Jadi, hati-hatilah, ya. Denai tu nanti, ada sebahagian yang licin dan curam," kata pak cik penunjuk jalan itu.

"Betul," kata Alif, tiba-tiba menyampuk. "Atuk saya dulu kata, sebelum masuk hutan, kena minta izin."

Pak cik itu ketawa. "Memanglah kena minta izin. Mana boleh main redah saja."

"Bukan, maksud saya, kena minta izin dengan penunggu hutan. Macam ni. 'Tok, cucu nak tumpang lalu'," kata Alif lagi, mengekalkan muka yakinnya itu.

"Siapa 'Tok' tu? Hantu?" Pak cik itu terus tanya Alif.

"Er..." Alif terkesima.

"Dah tu, kamu tu, cucu hantu ke?" Pak cik itu tanya lagi. Alif terus termagu-magu. Terasa bagaikan seketul bata terhempas tepat di atas kepala. Orang di sekeliling ketawa mendengar soalan pak cik itu.

"Jangan minta izin dengan penunggu hutan. Boleh jatuh syirik nanti. Sebaliknya, minta izin dengan pencipta alam ini. Yakni, ALLAH yang Maha Esa. Faham?"

Alif angguk, memahami. Begitu juga mereka yang mendengar kata-kata pak cik itu.

Malik pandang sekilas ke arah kumpulan empat orang berhampiran mereka, yang mana Syam salah seorang ahlinya. Dahinya berkerut. Syam asyik memegang bahu kanannya beberapa kali.

"Malik, kenapa?" Salleh yang berada di sebelahnya bertanya dengan nada berbisik, perasan akan kelakuan Malik itu sejak tadi.

"Tak ada apa-apa," kata Malik perlahan. Biar aku perhatikan dia dulu.

(...)

Bray dan Safuan merenung lelaki yang asyik perhatikan Syam sejak tadi. Pada awalnya mereka berkira-kira mahu minta maaf atas hal petang semalam, namun niat mereka dibatalkan apabila melihat lelaki itu berangin lain macam. Silap-silap kena tumbuk pula nanti.

Bray pandang pula Syam. Dahinya berkerut seketika. Sudah beberapa kali Syam mengalihkan tali beg sandang sebelah kanannya. Sesekali bahu kanannya dipegang. Seolah-olah bahunya itu cedera.

"Eh, kenapa dengan bahu kau tu?" Bray bertanya, perasan yang Syam asyik memegang bahu kanannya itu.

"Tak ada apa-apalah. Ada luka sikit di bahu ni je," kata Syam sambil senyum.

"Betul tak ada apa-apa ni?"

Syam angguk.

(...)

Ainul meronta-ronta melepaskan diri dari ikatan di kedua lengan dan kakinya di dalam bilik berpintu besi itu. Seboleh mungkin dia berusaha melepaskan diri. Namun, ikatan tali yang membelenggu kaki dan tangannya itu sangat kuat.

Pintu itu tiba-tiba terkuak. Nazmi masuk sambil pandang sekeliling. Setelah yakin tiada sesiapa nampak, dia segera masuk dan membantu meleraikan ikatan tali pada tangan dan kaki Ainul itu.

"Cepat pergi. Sementara tak ada orang nampak," kata Nazmi perlahan, selepas ikatan pada Ainul sudah dilepaskan. Ainul memandangnya, ragu-ragu.

"Kenapa abang Nazmi lepaskan Ainul? Kan abang pun orang Exotika juga?"

"Aish. Budak ni. Jangan banyak tanyalah. Pergi je. Cepat!" kata Nazmi perlahan, namun tegas. Ainul mengangguk lalu berlari keluar dari rumah batu usang yang berada di tengah-tengah hutan itu.

Exotika : Haru BiruWhere stories live. Discover now