Hari Ketiga (7)

110 8 0
                                    

Salleh topang badannya pada pokok berhampiran dengan sebelah tangan, mengambil nafas. Sesekali dia menoleh sekeliling. Pokok-pokok sahaja yang kelihatan.

"Nasib baik babi hutan tu dah hilang. Tapi, sekarang, kita di mana?"

Tiada jawapan diterima Salleh dari dua orang lagi yang berada berhampirannya. Pasti mereka masih keletihan. Telefon bimbit dikeluarkan. Skrin telefon dilihat. Tiada talian.

Malik yang berdiri sambil bercekak pinggang memerhatikan Syam yang duduk di perdu pokok di hadapannya, sedang tercungap-cungap sambil mengusap bahu kanannya. Matanya dikecilkan. Rasa syaknya membuak.

Segera dia menghampiri Syam dan menarik sedikit bahagian bahu kanan bajunya ke bawah dengan kasar. Hampir terkoyak kolar kemeja T yang dipakainya. Sebahagian plaster yang ditampal di situ terdedah. Syam terkejut dengan tindakan Malik itu.

"Hei, apa ni?" Syam bertanya, sedikit marah.

"Macam mana kau dapat luka ni?"

Syam terdiam, mula takut. Mata Malik merenung dalam-dalam anak mata Syam.

"Kau ada ke mana-mana malam tadi?"

Syam menggeleng. Seingatnya dia terus masuk tidur awal selepas mengemaskan barang-barang untuk jungle trekking malam tadi. Apa maksud dia?

Salleh yang ternampak insiden itu berjalan laju ke arah mereka dan terus menepis tangan Malik. "Apa yang kau nak buat ni?"

Malik mendengus lalu berjalan menjauh. Matanya masih merenung tajam ke arah Syam. Nampak sangat dia syak sesuatu. Salleh pandang Syam yang masih membisu.

"Maaflah, ya. Kawan saya tu tengah bad mood sikit," kata Salleh, sedikit kesal.

"Tak apa," balas Syam perlahan.

(...)

Belukar berhampiran Malik tiba-tiba bergoyang kuat. Malik genggam kuat penumbuknya, bersiap siaga. Matanya memgerling ke arah pokok tempat Syam melepaskan lelah. Dia sudah hilang, menyorok di balik pokok yang besarnya dua pemeluk di sebelah pokok tempat dia duduk tadi, bersama Salleh.

"Aik? Menyorok?"

Seorang lelaki muncul secara tiba-tiba dari situ, sebilah pedang samurai yang tersisip di pinggang dihunus keluar. Dahi Malik berkerut.

"Haih, katana lagi?" Malik membebel perlahan. "Pakai senjata lain tak boleh ke?"

Lelaki itu menerjah ke arah Malik, pedang yang terhunus diangkat tinggi. Belum sempat pedang itu dilibas ke bawah, Malik menumbuk kuat abdomen lelaki itu. Sebelah tangannya pula menolak tangan yang masih memegang pedang terus ke belakang, dan dengan pantasnya dia berpusing ke belakang lelaki itu sambil memaut lehernya dengan kuat. Pedang di tangan lelaki itu terlepas dan jatuh ke tanah.

"Salleh, bawa tali!" Malik melaung, masih memaut leher lelaki yang mula meronta itu.

"Mana ada tali?" Salleh membalas dari sebalik pokok tempat dia dan Syam menyorok. Naik geram Malik dibuatnya.

"Aish. Bawa je la apa-apa yang boleh buat ikat! Kata pernah jadi ketua pengakap masa sekolah!"

"Ah, yalah!" Salleh tepuk dahi lalu bawa keluar pisau lipat dari begnya. Akar pokok beringin yang bergantungan di dahan berhampiran mereka dipotong sebatang dua. Dengan segera, seutas tali terhasil.

"Woi, cepatlah!"

"Kejap," Salleh membalas laungan Malik sambil menggulungkan tali yang dibuatnya itu. "Jom," ajak Salleh kepada Syam yang sedikit takut dengan semua ini. Mereka berdua berlari mendekati Malik yang kini separuh terbaring di atas tanah, masih berpaut pada batang leher lelaki itu. Lelaki itu pula kelihatan sukar bernafas dek pautan kuat Malik itu.

"Cepat, ikat dia. Pengsan karang, habuk pun tak dapat," kata Malik lagi. Salleh menyilangkan kedua tangan lelaki itu ke belakang dan mengikatnya dengan kuat. Sarung pedang yang diikat di pinggang ditanggalkan. Malik terus terlentang di sebelah lelaki itu, termengah-mengah.

Syam ambil pedang yang berada di tanah lalu menelitinya. Dahinya berkerut seketika.

"Ini pedang tentera Jepun masa zaman Perang Dunia Kedua! Mana dia dapat ni?" Syam tidak dapat bendung rasa terkejutnya. Pedang itu dibelek-belek. "Nampak benar dijaga dengan baik. Matanya pun masih tajam."

Syam mengambil sarung pedang yang berada tidak jauh daripadanya, lalu memasukkan pedang itu pada sarungnya. Dia sambung membelek pedang itu dengan penuh minat dan hanya berhenti apabila menyedari yang Malik sudah duduk, sedang merenung tajam ke arahnya.

"Dia ni, macam mana?" Salleh tanya sambil menunding manusia yang diikatnya tadi.

"Kita tanya dia, kenapa dia nak serang kita tanpa sebab."

(...)

"Patutlah..." Hana gumam perlahan, sudah bertenang namun masih tersedu-sedu. Zel dan Bray masih kabur dengan kata-kata Hana itu.

"Sebenarnya, kenapa?" Zel bertanya, belakang Hana ditepuk lembut.

"Ingat tak bilik yang kita jumpa tadi?" Hana tanya dengan nada separa berbisik.

"Ingat. Kenapa?"

"Bilik itu boleh jadi salah satu jawapan kepada kes kanak-kanak hilang yang tidak dijumpai langsung sejak akhir-akhir ini," kata Hana, masih tersedu.

"Bilik tu? Yang cuma ada set kamera video, katil besi tanpa tilam dengan kerusi besi tu?" Bray bertanya. Hana angguk.

"Mereka ni penculik ke?" Zel tanya pula.

"Lagi dahsyat dari penculik. Pernah jumpa penculik yang tak minta wang tebusan? Lagipun, penculik akan sasarkan anak orang kaya dan berpangkat, bukan anak-anak yatim."

Bray dan Zel terdiam. Betul juga, ya.

"Dan... Kanak-kanak yang diculik itu, semuanya ada di sini. Kita kena selamatkan mereka," kata Hana. "Kalau tidak..." Hana hanya menggeleng, tidak mampu menghabiskan ayatnya.

"Er... Boleh saya tanya?" Bray tiba-tiba bersuara. Hana pandang Bray, lama.

"Awak nak tanya, macam mana saya tahu semua ini, kan?" Hana tanya Bray semula. Bray sedikit terkejut, kemudian dia mengangguk.

"Itu tak penting. Sekarang ni, kita kena cari jalan keluar dari sini. By hook, or by crook."

Bray pandang sekeliling bilik. Ada selonggok surat khabar lama dan sebatang kayu panjang di satu sudut berhampiran tingkap yang ditutupi papan, berada tidak jauh dari mereka.

"Nampak tak apa yang aku nampak?"

"Nampak," balas Zel.

"Ada lighter tak?"

"Tak ada."

Bray hela nafas.

"Tapi, mancis adalah." Zel bawa keluar kotak kecil yang dibelinya di StarMall semalam dari dalam begnya.

Exotika : Haru BiruWhere stories live. Discover now