Hari Kedua (3)

155 9 3
                                    

Salleh berjalan sendirian ke kedai buku Popular di aras 2 pusat membeli belah itu. Masuk sahaja ke kedai itu, dia terus ke arah rak berlabel 'Novel Melayu'. Matanya melilau di rak tersebut, mencari sesuatu.

"Ha, ada pun," kata Salleh perlahan. Tangannya segera menarik keluar novel 'Dark Hunter' dari rak itu. Dia membelek-belek novel itu seketika. Dia kemudian pergi ke rak 'Bacaan Am' di sebelah dan terus mengambil  buku 'Perang Melawan Mitos' yang kelihatan di rak itu.

"Awak... Baca novel tu?" Satu suara menegur dari sisi kanan Salleh. Dengan segera Salleh menoleh ke arah tuan empunya suara. Seorang lelaki yang kelihatan sebaya dengannya melihat novel di tangan Salleh dengan penuh minat.

"Er... Ha-ah. Saya dah baca 'First Stage' dengan 'Next Stage'. Yang ni baru nak baca," kata Salleh sambil sengih. Lelaki itu angguk kepalanya perlahan.

"Macam mana? Menarik tak ceritanya?"

Salleh diam sebentar. "Secara peribadi, saya sukakannya. Memang saya minat genre thriller ni. Cara penulis bercerita tentang Erzen Laiss, watak utama cerita ni... Uish, terasa macam diri sendiri termasuk dalam cerita pula. Cuma, kadang-kadang ayatnya macam baca buku teks. Tapi, saya tak kisah pun. Kenapa tanya?"

"Saja. Tengok macam best, saya terfikir nak beli," kata lelaki itu sambil garu belakang kepalanya. Salleh mengangguk.

"Saya pergi dulu, ya," kata Salleh lalu berjalan ke kaunter. Lelaki itu tidak berganjak dari depan rak, bibirnya mengukir senyum nipis.

(...)

Selesai membayar, Salleh keluar dari kedai buku Popular, menanggalkan balutan plastik yang melindungi novel 'Dark Hunter'. Sambil berjalan, isi kandungannya dibaca sekilas. Manalah tahu ada kesalahan cetakan. Sempatlah kalau nak minta tukar yang lain.

"Awak, tunggu kejap."

Salleh toleh ke belakang. Lelaki yang menegurnya tadi sedang berjalan laju ke arahnya. Di tangannya ada sesuatu yang kelihatan seperti sebuah penanda buku.

"Nah. Penanda buku ni tercicir tadi. Rasanya awak punya," katanya sambil menghulurkan penanda buku yang mempunyai rekaan grafik yang sama dengan kulit novel di tangan Salleh itu.

"Orait. Terima kasih, ya!"

Lelaki itu senyum lalu beredar. Sekejap sahaja dia hilang dari pandangan, tersembunyi di celahan orang ramai. Salleh membelek-belek penanda buku itu sebelum menyedari sesuatu di bahagian belakangnya. Bahagian yang sepatutnya kosong tanpa kesan tinta.

Terima kasih kerana menyokong!
-Syam Syahrul Azmi-

"Say what? Mamat tadi tu penulis novel ni?" Nada suara Salleh ternaik satu oktaf tanpa sengaja.

Suasana terasa hening untuk seketika. Perasaan Salleh bercampur baur antara terkejut dengan teruja. Tiba-tiba sahaja, muncul kelibat seseorang yang cukup dia kenal, berlari menghampirinya.

"Andi, apahal lari-lari ni? Kan aku dah cakap aku nak ke kedai buku kejap? Ke, En. Azri dah panggil?"

Andi tenung wajah Salleh dengan wajah innocent, tersengih lebar dan mata terkedip-kedip. Apahal lain macam saja budak ni, fikir Salleh.

"Awak ni kan, bagitahulah kita kalau nak pergi beli buku. Penat kita cari, tau."

Barulah Salleh perasan, lelaki di hadapannya kini bukan lagi Andi. Ini...

Kata ganti nama, 'kita', bukan 'saya'. Check.

Muka innocent, siap tersengih-sengih lagi. Check.

Nada suara macam budak-budak. Check.

Ah sudah. Bala sudah datang!

"Adoi la. Macam mana kau boleh keluar, Putra?" Salleh tepuk dahi. Putra sengih sebelum berlari masuk ke kedai buku Popular.

(...)

"Nah."

Zel menghulurkan Green Tea Lemon kepada Hana yang entah ke mana fikirannya melayang. Dia sedang duduk di bangku kayu panjang berhampiran CoolBlog, menunggu pesanan Zel siap.

"Dah sampai planet mana tu?" Zel menyakat Hana lagi.

"Planet Pluto," balas Hana bersahaja.

"Eh, bukan Pluto dah terkeluar dari senarai planet sistem suria ke?"

"Kalau macam tu, planet Kripton."

Zel tersengih. Bunyi buzzer kedengaran menandakan pesanan Chocolate Blog milik Zel sudah sedia. Zel terus berjalan ke arah kaunter.

Hana yang baru sahaja mencucuk straw ke Green Tea Lemon yang dibelinya terdengar bunyi mesej masuk. Telefon bimbitnya dibawa keluar, mesej dari Salleh terpapar di skrin. Dahi Hana terus berkerut melihat mesej yang terpapar itu.

"Siapa mesej?" Zel menegur Hana yang baru sahaja mengambil Chocolate Blog dari kaunter.

"Salleh. Dia cakap Putra keluar."

"Siapa?" Zel tanya semula.

"Putra."

"Bagus. Saya memang nak tanya dia something," kata Zel.

"Zel, kan saya dah cakap..."

"Ala, nak tanya sendiri pun tak boleh ke?"

Hana hela nafas. Degil benar Zel ni.

Exotika : Haru BiruWhere stories live. Discover now