Bab 2:Bayang-bayang

23.4K 1.5K 35
                                    

ANNABELLA menyalin pakaian di dalam bilik salin yang dikhaskan kepada pekerja perempuan. Dia menyarungkan vest yang mempunyai logo Story Cafe sebagai pakaian rasmi pekerja di kafe tersebut. Rambutnya yang berwarna kuning keemasan disanggul kemas supaya tidak terlepas. Pen dan buku nota dicapai lalu diselitkan di dalam poket vest. Dia melangkah keluar dari bilik tersebut.

"Hai, Anna!" tegur Samantha. Gadis itu merupakan rakan sekerja Annabella yang berusia 21. Sepatutnya gadis itu melanjutkan pelajarannya ke peringkat universiti tetapi Samantha enggan meneruskan pelajarannya. Anak orang kaya boleh buat apa sahaja yang dia suka.

"Hai, Sam! Lambatnya datang. Kau tidur sampai tengah malam sebab bergaduh dengan teman lelaki kau ke?" usik Annabella.

"Ya... Kami bergaduh."

"Lagi?"

"Dia buat aku gila. Cemburu berhantu," bagitahu Samantha tentang teman lelakinya.

"Kau putus sajalah dengan dia. Aku tengok dia macam king control."

"Hari ini... Dengan rasminya kami putus!" kata Samantha dengan ceria.

"Betulkah? Tapi kenapa muka kau tak seperti muka putus cinta pun?"

"Babe, hidup mesti diteruskan," kata Samantha yang diiringi ketawa.

"Suka hati kaulah, Sam! Asalkan kau bahagia," balas Annabella. Loker pakaiannya ditutup dan dikunci. Dia telah pun siap menukar pakaian.

"Terima kasih, adikku sayang. Eh, kau rapat dengan Burn, kan?" tanya Samantha.

"Kau nak test market dengan Burn pula?" teka Annabella.

"Come on, Anna! He's kinda hot. Perempuan yang datang sini setiap hujung minggu sebab mahu melihat muka dia saja. Where else you can find a hot barista like him?" ujar Samantha. Matanya sudah terbayangkan Burn sedang membancuh kopi.

Annabella menjulingkan mata ke atas. Puji melambung si mamat terbakar tu. Kalau Burn dengar, mesti sudah kembang tidak kuncup-kuncup hidung mancung Burn.

"Kau sukakan Burn?"

"Tumpang lalu sikit. Dia sudah seperti abang aku tidak lebih dari itu. Aku pergi dulu. Bercakap dengan kau esok pun belum tentu habis."

Annabella berlalu pergi. Kalau bercakap dengan Samantha asyik berkisar tentang lelaki sahaja. Kerja yang ada boleh tertunggak sebulan apabila dengar dia bercerita pasal teman lelakinya tak pun tentang lelaki kacak yang dia terserempak. Arif sangat dengan perangai rakan sekerjanya.

Pelanggan yang datang hari ini tidak ramai. Apabila masuk waktu tengah hari barulah ramai pelanggan yang datang untuk menikmati makan tengah hari. Selepas waktu puncak, pelanggan yang datang mula berkurangan. Kalau yang datang pun hanya mahu menikmati secawan kopi di Story Cafe yang popular dengan kopi yang sangat sedap.

Annabella mengelap meja untuk menghilangkan rasa bosan. Kalau duduk di kaunter bersama Samantha mesti dia perlu dengar gadis itu bercerita tentang lelaki. Setelah mengelap meja, dia mengelap dinding kaca yang agak berhabuk. Pemandangan di luar dijenguk. Cuaca di luar nampak teduh. Hujan... desis hatinya. Entah kenapa perkataan tersebut terlintas di fikirannya.

"Anna, pelanggan datang tu," beritahu Samantha yang berada di kaunter.

Kerjanya diberhentikan seketika. Nota dan pen dikeluarkan dari poket. Dia melangkah menujuk ke pelanggan tersebut. Pesanan pelanggan dicatit pada nota. Setelah itu, dia menuju ke dapur. Nota diletakkan pada papan kenyataan yang terdapat di situ.

"Seorang?" tanya Chef Dean.

"Ya..."

"Tidak ramai orang datang hari ini."

"Biasalah, chef... Pelanggan ni ada pasang surutnya juga."

"Betul."

Mereka berbual sementara itu Chef Dean memasak pesanan dari pelanggan. Setelah siap, Annabella menatang dulang ke luar. Dia meletakkan makanan yang dipesan tadi. Kemudian, dia kembali menyambung kerjanya mengelap dinding kaca tadi.

Cuaca yang panas terik tadi sudah berubah. Hujan mula membasahi bumi. Semakin lama, semakin lebat. Tidak sangka apa yang terlintas di fikirannya tadi beerlaku. Kerja mengelap dinding kaca diteruskan. Tiba-tiba tangannya terhenti. Dia ternampak bayang-bayang di luar sana. Bentuk bayang-bayang tersebut sangat ganjil. Ia seperti benda yang bernyawa tetapi tidak menyerupai bentuk fizikal seorang manusia. Sekali lagi dia ternampak bayang-bayang yang melintasi di hadapan matanya tetapi kali ini berbentuk seorang manusia.

Hujan... Macam-macam boleh lihat. Kadang-kadang nampak pokok pun macam raksasa.

"Boo!"

"Arghh!" jerit Annabella terkejut.

"Hahaha..."

Annabella mengetap bibir apabila melihat Burn sedang ketawa terbahak-bahak di luar kafe. Dia merenung Burn yang sedang gelak sakan. Annabella letakkan tangannya di leher seakan-akan mahu mencekik. Amaran kepada Burn kalau lelaki itu masuk ke dalam kafe.

"Hai, semua!" sapa Burn sebaik sahaja masuk ke dalam kafe. Renungan membunuh Annabella tidak dihiraukan.

"Burn! Kau menyelam di mana, hah?" tanya Will, salah seorang pelayan di situ.

"Menyelam apanya? Hujan lebat di luar."

"Pergi tukar. Nanti banjir pula kat sini."

"Baiklah."

Dia lalu di depan kaunter. "Hai, Sam!"

"Hai, Hensem."

"Hari-hari aku kacak. Baru sekarang kau perasan."

"Aku perasan lepas aku putus dengan teman lelaki aku."

"Patutlah... Apa kena dengan Anna tu? Bad mood saja," bisik Burn.

"Kau ni banyak makan semut. Kau sergah dia tadi dengan muka tak siap kau. Sebab itu dia bad mood. Macamlah kau tidak tahu adik kita tu jenis tidak suka kena prank."

"Lupa pulak aku. Anna! Muka kau macam ikan todak," kata Burn.

"Muka kau macam rumah tidak siap," balas Annabella geram.

Burn ketawa. Seronok melihat muka Annabella yang sudah merah. Dia terus berlalu ke bilik salinan untuk menukar baju. Annabella meneruskan kerjanya yang tertunggak tetapi dia masih berfikir tentang bayang-bayang yang dia nampak. Hanya bayangan sahaja.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now