Bab 42: Luahan hati

16.6K 1K 66
                                    

TANGAN kecil Zen mengeluarkan cahaya. Anak matanya bertukar ke biru. Cahaya yang timbul meresap ke dalam tubuh Eidan yang sedang tenat. Warna biru keunguan perlahan-lahan hilang tapi tidak semuanya. Cahaya yang menerangi pula hilang apabila anak matanya bertukar hijau kembali.

“Macam mana, Zen?” tanya Pengetua Erald. Dia sangat risau tentang keadaan Eidan.

“Abang Eidan tidak apa-apa. Nasib baik Kak Anna hentikan pengaliran racun dalam badan Abang Eidan tapi racun masih ada dalam badan Abang Eidan,” beritahu Zen.

“Kenapa tidak keluarkan kesemuanya?” tanya Hariel.

“Kalau Zen keluarkan semuanya nanti fungsi tubuh Abang Eidan akan terhenti. Zen akan keluarkan racun itu peringkat demi peringkat setiap setengah jam. Lepas tu, Abang Eidan akan sihat seperti biasa,” terang Zen.

“Wah! Kamu memang hebatlah, Zen! Siapa yang ajar kamu, hah?” kata Freya . Dia mengusutkan rambut merah Zen.

“Draco, Drake dan Draky yang ajar! Zen tahu banyak benda tentang perubatan” Zen sengih.

“Kamu bukan saja boleh jadi pahlawan yang hebat tapi boleh jadi Healer yang hebat,” puji Karyle.

Zen hanya sengih malu-malu apabila dipuji. Tidak menyangka pengetahuan dia selama ini dapat membantu pada saat gentir begini. Dalam masa yang sama, dia sangat risau tentang keadaan Annabella. Dia sudah menganggap Annabella seperti kakaknya sendiri.

“Auww!!!”

“Auww!!!”

“Auww!!!”

Bunyi salakan serigala tiga kali berturut-turut membingitkan telinga sehingga memaksa mereka menutup telinga.

“Bunyi apa tu?” rungut Serena.

“Itu adalah Cerberus,” bagitahu Prof. Lordes.

“Cerberus? Bukan ke Cerberus tenggelam dalam kegelapan? Macam mana boleh ada di sini?” soal Hariel kehairanan.

“Kemungkinan Arae yang menyerunya,” ujar Prof. Lordes.

“Kalau Eidan ada di sini, bermakna Anna keseorangan. Eh? Kita perlu menolong Anna!” simpul Freya.

“Jom! Jom! Lagipun, bosan berada sini,” kata Haziel dengan bersemangat.

“Kenapa semua orang kisahkan Anna? Dia bukan sesiapa pun! Hebat sangatkah dia ?” rengus Clara. Dia bosan mendengar semua orang bercakap tentang Annabella dari tadi. Dia meninggalkan House of Healing.

“Apa kena dengan dia tu?” tanya Hariel.

“Apa-apa jelah! Jom kita ke colosseum,” kata Haziel.

“Nanti dulu kamu berdua... Jangan terburu-buru dalam membuat keputusan. Cerberus bukan tandingan kamu semua. Kamu boleh bertahan tapi tiada jaminan yang kamu boleh hidup. Cerberus merupakan Ancient Beast yang telah dirasuk oleh Demonic Spirit, ia akan menyerang kamu tanpa belas kasihan. Kita serahkan sahaja kepada Anna,” terang Pengetua Erald.

“Lagipun, hanya Anna sahaja yang boleh mengembalikan Cerberus kepada asal,” ujar Prof. Lordes pula.

“Kenapa?”

“Anna satu-satunya pengguna kuasa cahaya.”

“Hah?” jerit semua orang kecuali  Karyle, Frielan dan Zen yang sudah mengetahuinya.

“Mana ada pengguna kuasa cahaya, Prof! Prof tipu kami ye?” ujar Haziel.

“Sebenarnya... Pengguna kuasa cahaya sudah wujud seribu tahun dahulu. Salah seorangnya Fryswellendine dan Wallenstein. Selepas penaklukan Tralgar, semua pengguna kuasa cahaya diarahkan dibunuh kerana Tralgar mendapat tahu ada ramalan yang mengatakan seorang pengguna kuasa cahaya akan menghalang penguasaannya. Tiada lagi pengguna kuasa cahaya yang tinggal selepas itu. Tapi, Tralgar tetap risau kerana ramalan itu tidak berubah biarpun semua pengguna kuasa cahaya dibunuh,” beritahu Prof.Lordes.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now