Bab 36: HK1 Kembali!

16.3K 1K 47
                                    

RAMBUTNYA yang panjang paras pinggang diikat toncang satu. Jaket kuning putih disarungkan pada badannya. Buku dan alat tulis sudah diletakkan di dalam beg sekolah. Dia membuka medan magik masa untuk melihat waktu sekarang. Matanya terbeliak apabila menyedari yang dirinya sudah terlambat.

"Alamak!" jeritnya.

Dia terus mencapai beg berisi buku dan bergegas keluar dari bilik. Dia berlari sekuat hati untuk sampai ke kelas dengan harapan profesor yang akan masuk tidak datang lagi. Apabila sampai ke kelas, dia menarik nafas lega kerana profesor tidak masuk lagi.

"Nasib baik..." gumamnya.

"Nasib baik apa, Wilda?" tanya seseorang yang berdiri di belakang gadis itu.

Wilda menoleh ke belakang. Dia menayang giginya yang putih. Prof. Lordes sedang berdiri di hadapannya dengan wajah yang serius.

"Denda macam biasa!" ujar Prof. Lordes. Dia melangkah masuk ke dalam kelas.

Wilda mengeluh. Dari Underlevel sehingga level 1, gred 4, dia asyik bertemu dengan Prof. Lordes sebagai pengajar mata pelajaran Sejarah.
Hanya seorang ke pengajar mata pelajaran Sejarah dalam akademi ni?
Bukan itu sahaja, setiap kali masa Sejarah mesti diadakan pada waktu pagi. Dia mengambil tempat duduk di belakang sekali seperti biasa sejak tiga tahun lepas. Tempat paling belakang memang tidak asing baginya lagi. Buku sejarah dibuka untuk mengikuti pembelajaran hari ini.

Sejak kehilangan Annabella, dia selalu berseorangan, kesunyian dan kesepian. Dia seperti disisihkan oleh pelajar akademi yang lain seolah-olah dirinya tidak wujud. Tapi dia tidak mempedulikan semua itu dan terus bertahan.

Pelajar akademi bergaul berdasarkan pangkat keluarga masing-masing. Golongan bangsawan hanya berkawan dengan golongan sama dengan mereka. Golongan marhean pula disisihkan. Keluhan dilepaskan.
Tiada lagi orang yang boleh digelar sahabat baginya. Dia rindukan Annabella. Gadis itu satu-satunya sahabat yang dia ada. Gelang kayu di pergelangan tangan yang diberi oleh Annabela tiga tahun lepas direnung. Sekalipun dia tidak pernah menanggalkannya.

Kau apa khabar? Sampai hati kau pergi tanpa bawa aku sekali. Kau memang pentingkan diri sendiri. Sejak kau pergi, aku cuba belajar untuk lupakan kau. Tapi tak boleh...
Kau tetap sahabat aku. Satu-satunya sahabat aku. Sepanjang tiga tahun pemergian kau, aku mula belajar meningkatkan kemahiran dan keupayaan aku dalam menguasai kuasa aku supaya dapat mengalahkan Heroic Knight yang menjadi penyebab kau mati. Aku janji, Anna...
Aku akan balas dendam untuk kau.

Selepas tamat sesi pembelajaran, Wilda terus bergegas ke perpustakaan untuk melaksanakan denda Prof. Lordes iaitu menyusun buku. Dari dulu sampai sekarang, denda itu juga yang selalu dikenakan.

"Maafkan saya, Prof! Saya terlewat," ujar Wilda. Dia tayang gigi yang putih.

"Kamu pernah datang awal?
Sudahlah... Pergi susun buku," kata Prof Lordes.

"Prof... Tidak ada denda lain untuk saya? Asyik kena susun buku je." rungut Wilda.

"Kamu mahu bersihkan semua longkang dalam akademi ni?"

"Saya pergi susun buku sekarang!"

Wilda terus menghilangkan diri di sebalik rak buku. Buku yang bertimbun yang tidak disimpan dengan betul diambil. Dia mengasingkan setiap buku mengikut kategori masing-masing. Kemudian, menyusun di rak kategori berkenan. Dia mengangkat sejumlah buku sejarah untuk disimpan kembali pada rak. Satu-persatu buku disusun dengan kemas.

Dia terpandang satu buku yang nampak tersorok di hujung rak. Ia kelihatan seperti tiada orang menyentuh buku tersebut kerana habuk yang semakin menebal. The Secret of Heroic Knight. Itulah tajuk yang terdapat di kulit buku tersebut. Rahsia? Disebabkan perasaan ingin tahu yang menggunung dalam diri untuk mengetahui kandungan buku tersebut, Wilda menarik buku tersebut.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now