Bab 14: Anna Vs Clara

16.9K 1.2K 49
                                    

BAJU yang tergantung pada dinding diambil lalu disarungkan pada badannya yang langsing. Satu beg kecil diikat pada bahagian pinggang. Kotak yang tertera tulisan 'selamat hari lahir' dibuka. Hadiah hari jadi yang terakhir diterima dari ayahnya pada tahun lepas.

Dia mengambil hadiah tersebut dan membelek dengan penuh minat. Ringan! Sangat cantik. Kain baldu berwarna emas diguna sebagai lapisan luaran. Dia mula mengibas pada wajahnya. Kipas baldu panjang dua tapak tangan disimpan di dalam poket seluar. Buat kibas jika kepanasan semasa perlawanan nanti. Rambutnya yang panjang mengurai diikat dengan reben seperti ekor kuda. Dia sudah bersedia untuk berlawan dengan Clara.

"Ini pakaian kau?" soal Wilda yang memerhati lagak Annabella.

"Haah. Kenapa?"

"Senanglah Clara mahu belasah kau nanti."

"Aku tidak peduli asalkan aku selesa. Kalau aku pakai baju besi, aku cedera. Lebih baik aku pakai begini sebab senang nak lari. Hehe..." Annabella ketawa dengan kata-katanya sendiri.

"Jom! Lord Andrew sudah seperti cacing kepanasan tunggu kau."

Mereka melangkah menuju ke colosseum di mana perlawanan antara Annabella dan Clara berlangsung. Bunyi sorakan membingitkan suasana. Hadirin yang hadir sudah tidak sabar mahu melihat pertarungan Heroic Knight Keempat dengan manusia biasa. Ada yang buat taruhan semasa sendiri. Kebanyakkan orang yakin yang Clara akan menang. Tiada siapa yang berharap Annabella akan menang malah Wilda sahaja berharap yang Annabella tidak cedera teruk.

Annabella melangkah masuk ke gelanggang dengan langkah bersaja. Tiada riak risau terukir di wajahnya. Pedang di tangan di pusing seolah-olah itu hanya permainan yang selalu dia main. Dia melihat Clara yang memakai pakaian bersahaja tetapi nampak mewah dan bergaya dari Annabella. Terdapat sebilah pedang yang panjang, lebar dan tajam di tangan Clara.

Di tempat penonton...

"Aku harap dia tidak apa-apa," kata Andrew dengan wajah yang risau.

"Anna bukan seperti yang kau sangka. Perlawanan tempoh hari membuktikan yang Anna bukan 'kosong' orangnya. Kemahirannya bermain pedang membuktikan yang dia sangat berkemahiran tinggi." Erena menenangkan Andrew.

"Aku tahu tentang itu. Sebab itu aku semakin curiga tentang dirinya yang sebenar." Matanya merenung tepat pada Annabella. Hatinya mengatakan bahawa terdapat sesuatu yang tersembunyi dalam diri gadis itu. Seawal usia tujuh tahun sudah mampu menguasai kemahiran mempertahankan diri.

"Clara! Kerjakan budak tu cukup-cukup!" sorak gadis berambut merah jambu. Dia melambai-lambai ke arah rakannya itu.

"Tidak, Freya! Orang cantik seperti Gadis Manusia tidak patut tercedera, kan Haziel?"

"Betul tu, Hariel." Haziel menyokong kembarnya.

"Aku tertanya-tanya... Bagaimana perlawanan ini akan berakhir?" soal seorang lelaki.

"Sudah semestinya Clara yang menang. She's one of Heroic Knight," balas seorang gadis berambut hijau.

"Base on my observation, Clara have a lot of chance to win. But that girl... I respect her bravery," ujar Frielan. Cermin mata ditolak sedikit.

"Frielan! Berhenti dengan teori kau tu!" bangkah Freya.

"As loud as always. Whats your opinion, Eidan?" Pertanyaannya tidak dibalas oleh lelaki itu. Jadi, dia kembali fokus pada perlawanan yang baru sahaja berlangsung.

Pada masa yang sama, Clara dan Annabella menyerang secara serentak. Bunyi dentingan kedengaran saat pedang mereka berlaga antara satu sama lain.
Annabella melompat ke belakang apabila tidak dapat menahan asakan pedang Clara. Dia mengelak apabila Clara melibas pedang ke arahnya. Postur badannya tetap berdiri teguh. Clara menyerangnya sekali lagi tetapi Annabella masih mampu bertahan.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now