Bab 7: Welcome to Sylvania

17.9K 1.2K 28
                                    

ANNABELLA membuka matanya perlahan-lahan apabila terkena pancaran sinar matahari. Matanya dipejamkan semula kerana silau. Dia menggeliatkan tubuhnya untuk merenggangkan urat dan otot badan. Dah pukul berapa ni? Malasnya bangun untuk pergi kerja hari ini. Dahinya berkerut apabila hidungnya tercium bau hapak bantal. Seingat aku... Baruminggu lepas aku basuh sarung bantal. Matanya terpejam dibuka.

“Aku berada di mana ni? Tempat apa ni? Aku diculik ke?” jerit Annabella.

Dia menyedari yang dia bukan berada di dalam rumahnya. Dia sudah bangun berdiri dari katil.
Dinding diperbuat daripada bata merah tanpa dicat. Bukan itu sahaja, malah terdapat pokok menjalar dari lubang udara. Satu-satunya punca sumber cahaya untuk menerangi bilik yang dihuninya. Sebuah katil bujang dan cermin sahaja yang terdapat di dalam bilik tersebut.

Badannya ditilik melalui cermin. Baju kapas berwarna putih kekuningan. Bentuknya tidak seperti baju t-shirt yang selalu dipakainya. Saiznya pula dua puluh kali ganda dari badannya yang kurus.

“Aku pakai baju kepunyaan gajah ke?”

Seluar juga lebih besar dari saiznya. Tidak seperti jeans, tidak seperti legging, tak macam seluar trek... Ianya seperti kain sarung yang dijahit di tengah-tengah. Besar gedabak!

“What the hell-o? Ikat dengan tali je? Bahaya ni! Bahaya! Kalau tidak ikat kemas, memang hell-o kitty la jawabnya.” Annabella cuba mengikat kembali tali seluarnya.

“Eh? Tidak ada pintu? Apa ke bangang penjahat yang culik aku ni?” bebel Annabella seorang diri.

Kakinya melangkah ke arah muka pintu yang terbuka luas. Engsel pun tidak ada! Sah! Memang sah! Penjahat yang menculiknya ni bangang! Ah, tidak kisahlah! Apa yang penting dia boleh menyelamatkan diri. Annabella sudah bersedia untuk berlari keluar.

BUKK!

Annabella jatuh terlentang di atas lantai.

“Aduh! Sakitnya!” Dia mengadu kesakitan apabila tubuhnya seperti dihempap pada dinding yang keras. Dia bangun. Tangannya menyapu baju dan seluar yang terlekat habuk.

“Aik? Kenapa aku boleh berada di sini lagi? Bukan sepatutnya aku sudah keluar ke?”

Tangannya menggaru kepala yang tidak gatal. Pelik apabila dia masih berada di tempat yang sama. Dia mencuba sekali lagi tetapi hasilnya tetap sama.

“Macam mana aku tidak boleh keluar sedangkan tidak ada pintu?” marah Annabella. Dia menyepak dengan kaki.

“Auch! Sakitnya kaki aku.” Dia sudah terjengket-jengket kerana kakinya yang sakit. Ibu jari kakinya digosok untuk menghilangkan kesakitan. Dia mendekati ruang yang terbuka luas itu. Jari manisnya mengetuk dagu bagai memikirkan sesuatu.

“Pada mata kasar aku, tidak ada apa-apa pun di depan ini. Tapi kenapa aku tidak boleh keluar dari sini? Kenapa kaki aku sakit bila sepak? Kenapa? Kenapa dan kenapa? Arghh!!! Tertekannya aku!”

Annabella melekapkan wajahnya pada dinding yang dikira lutsinar. Rasa seperti patung pantomin pun ada. Inilah yang dikatakan mata terlepas tetapi badan masih terkurung. Dia memerhati kalau-kalau ada orang lalu boleh menolongnya.

“Seseorang! Tolong saya!” jeritnya.
Tidak berapa lama kemudian, seorang lelaki memakai mantel dengan pakaian yang agak pelik sambil memegang sejenis alat seperti tombak yang diperbuat daripada besi datang menghampirinya.

“Awak ni penjahat yang culik saya ke?” tanya Annabella apabila lelaki tersebut berdiri di hadapannya. Tetapi soalannya tidak dijawab oleh lelaki itu.

Dia nampak mulut lelaki itu terkumat-kamit membaca sesuatu yang dia tidak faham dan dengar. Muncul satu bulatan merah di dalam bilik yang dihuni oleh Annabella.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now