Bab 39: Illusion

16K 1K 34
                                    

“ZEN, kamu mahu pergi ke mana?” tanya Karyle. Dia terserempak dengan kanak-kanak itu ketika mahu menuruni tangga. Dia melihat Zen lengkap dengan membawa Pedang Drakons yang disangkut pada belakang badan.

“Zen mahu pergi jumpa Kak Anna, Tuanku,” balas Zen.

Karyle mendekati budak berusia lapan tahun itu. Rambut merah Zen digosok sehingga menjadi kusut. Senyuman mesra dilemparkan kepada Zen.

“Tidak usah formal. Panggil saja Abang Karyle. Kita sudah menjadi keluarga.”

“Baiklah!”

“Zen mahu berjumpa dengan Anna di mana? Biar Abang Karyle temankan.”
“Di belakang akademi.”

“Jom!”

Mereka mula melangkah keluar dari kediaman Heroic Knight dan menuju ke pintu keluar akademi. Sambil berjalan, sambil berbual.

“Seronoknya... Zen dapat ramai abang dan kakak!” ujar Zen dengan gembira.

“Kenapa?” tanya Karyle.

“Masa ibu dan ayah meninggal dunia, Zen tinggal seorang diri di rumah. Semua tidak mahu berkawan dengan Zen. Mereka kata Zen bunuh ibu dan ayah Zen, tapi Zen tidak akan berbuat begitu pada ibu dan ayah. Zen sangat sayang ibu dan ayah. Nasib baik ada Pak Cik Kedai Roti. Dia baik, Zen selalu makan roti percuma. Bila Zen jumpa Kak Anna, Zen tidak tinggal seorang diri lagi. Zen jaga Kak Anna sampai Kak Anna bangun. Kak Anna ajar Zen banyak perkara. Tapi Kak Anna garang! Abang Karyle jangan bagitahu Kak Anna ye?” beritahu Zen.

“Ya... Abang tidak akan bagitahu Kak Anna. Apa yang Kak Anna ajar?” Karyle ketawa.

“Banyak... Kak Anna ajar Zen guna senjata, ajar Zen berlawan tanpa senjata, ajar buat pelbagai jenis medan magik, Kak Anna paksa Zen lawan Draco, Drake dan Draky, ajar buka portal dunia lain dan banyak lagilah. Sekarang ini, Zen perlu berlatih lagi...” kata Zen bersemangat.

“Kamu pasti jadi seorang kuat suatu hari nanti.” Karyle yakin dengan kesungguhan budak lelaki itu.

“Zen mahu menjadi seperti Kak Anna. Kak Anna kuat.”

“Kamu boleh jadi kuat lebih dari sesiapa pun.”

Zen mengangguk gembira. Karyle juga hanya tersenyum melihat kegembiraan budak lelaki itu. Dia teringatkan adik-adik perempuannya yang seusia dengan Zen.

“Abang Karyle?”

“Ya?”

“Abang Karyle boleh marah, boleh sedih, boleh ketawa, boleh kecewa, dan boleh mengamuk. Kita ada hati dan perasaan. Kita boleh meluahkan perasaan kita itu. Kalau tidak, boleh jadi buruk. Abang Karyle mahu marah atau mahu menangis... Jangan pendamkannya. Tidak ada siapa yang marah bila abang luahkan semua perasaan itu,” ujar Zen.

Karyle menguntumkan senyuman. Ini kali kedua dia menerima nasihat yang sama. Satu dari Wilda yang tiba-tiba saja jumpanya dan beritahu seperti Zen katakan tadi. Sampai bila dia boleh menunjukkan riak wajah yang tenang? Lama-kelamaan dia juga akan bosan.

“Abang Karyle janji. Bila mahu marah, abang marah.”

“Macam itulah.”

Tiba-tiba sahaja Karyle menarik tubuh Zen supaya berdiri di belakangnya. Dari jauh dia nampak sebilah pedang tercacak pada tanah. Nasib baik dia dapat rasa sesuatu yang datang menyerang mereka kalau tidak sudah tentu dia dan Zen akan tercedera. Dia memerhati keadaan sekeliling untuk berwaspada apabila mereka diserang hendap sekali lagi. Kawasan belakang akademi dekat dengan hutan, tidak mustahil ada yang menceroboh masuk ke dalam kawasan akademi.

“Zen, berdiri di belakang abang,” arah Karyle dengan serius.

Zen hanya mengikut arahan Karyle. Tiba-tiba seseorang melompat dari pokok yang berada di situ. Peluh dan darah yang membasahi orang itu bercampur menjadi satu. Terdapat satu bilah pedang dalam genggamannya yang menyala dengan api dan petir. Nafasnya kedengaran berat tetap masih boleh berdiri dengan baik. Orang itu mendekati Karyle dan Zen tetapi Karyle sudah bersedia mahu menyerang bila orang tersebut bertindak.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now