Bab 52: The Awaken of The Unsleeping Dragon

14.1K 1K 113
                                    

“PIERCE,” gumam Annabella. Dahinya disandarkan pada dahi naga itu. Dia dapat dengar bunyi nafas berat Pierce. Hatinya sakit apabila mendengarnya. Dia dapat rasa kesakitan naga itu kerana mereka mempunyai satu hubungan jiwa secara tidak langsung.

“Tengok apa yang kau buat? Aku kata jangan muncul. Tapi kau...” kata-kata Annabella mati di situ. Dia menahan sebak di dada. Air matanya bila-bila masa akan tumpah membasahi pipi.

“Anna, selepas ini... Kau tidak perlu meninggalkan Eidan, Aydan dan Isabelle.” balas Pierce lemah.

“Ia tetap terjadi. Aku telah bermimpikannya. Aku akan tinggalkan mereka jua.”

“Stubborn girl.”

“Stubborn dragon.”

“Stone-headed girl.”

“Stone-headed dragon.”

“Grumpy girl.”

“Grumpy dragon.”

“Hot-tempered girl.”

“Hot-tempered dragon.”

“You copy me, Anna,” kata Pierce dengan perlahan.

“No. You copy me, Pierce,” balas Annabella bersama esakan. Air matanya jatuh satu-persatu. Sejak pertama kali mereka bersua, pertemuan mereka selalu bermula dan berakhir dengan pergaduhan. Pierce mengingati kembali saat mereka berjumpa menambah kesedihan Annabella.

“Jangan tinggalkan aku... Tolonglah,” rayu Annabella. Air mata yang jatuh dibiarkan tidak diseka.

“Kita akan bertemu kembali.”

“Pierce,” gumam Annabella perlahan. Air matanya setia menemani. Kekalutan yang berlaku tidak dihiraukan lagi kerana terlalu sedih tentang keadaan Pierce.

“Ingat asal-usul kau,” kata Pierce sebelum menutup mata.

“Pierce!!!” Annabella menangis sebaik sahaja melihat Pierce menutup mata dan tidak bernafas. Air mata mengalir laju membasahi pipinya.

Semua orang yang berada di situ termasuk Ancient Beast yang lain turut bersedih atas kejadian yang menimpa naga tersebut. Musuh yang ada belum berjaya dikalahkan. Waktu mula menjelang senja mula menambah kekuatan yang ada kerana kekuatan Ancient Demons terletak pada kegelapan.

“Cahaya itu indah,
Seindah hati yang suci,
Jika ia hilang,
matilah jiwa insan nurani.”

Bunyi orang bersenandung bercampur-baur dengan suasana bising di medan perang. Tentera yang masih mempunyai tenaga terus menyerang Ancient Demons tanpa henti. Heroic Knights bersama familiar masing-masing bertarung dengan Ancient Demons tersebut dengan sisa-sisa kekuatan yang ada.
Tiada sinar harapan untuk mereka menang setelah rebahnya The Unsleeping Dragon. Apa yang tinggal hanya kesedihan mengisi ruang hati atas pemergian naga tersebut. Muncul untuk pertama kali, pergi untuk kali terakhir.

Annabella terus bersenandung. Hanya dia sahaja yang memahami maksud di sebalik senandungnya. Sedikit pun tidak berpisah dengan Pierce yang tidak bernyawa. Nafas hangat naga itu telah tiada. Permata merah yang bersinar mula hilang warnanya. Perlahan-lahan naga tersebut hilang membentuk debu-debu emas yang berterbangan di udara.

Doom!!!

Bunyi letupan dan serangan dari rakan-rakannya menyentakkan lamunan Annabella. Senandungnya terhenti. Matanya melihat Heroic Knights dan familiar masing-masing serta tentera yang ada tidak berhenti menyerang musuh. Apabila jatuh, mereka bangun. Apabila tercedera, mereka tidak pedulikan malah terus menyerang tanpa erti putus asa.
Sedangkan dia... Belum jatuh, belum cedera, dia telah kecundang. Kalah tanpa berusaha. Layakkah dia jadi keturunan Fryswellendine dan Silent Knight jika semangat juangnya tiada? Dia tidak boleh bersedih begini. Rakan seperjuangannya memerlukan bantuan.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now