Bab 22: Sapphire String

17.4K 1.2K 94
                                    

“AWALNYA kau datang hari ni?” perli Wilda. Dia melihat Annabella sudah berada di tempat duduknya di belakang sekali di dalam kelas. Dia duduk di sebelah gadis berambut emas itu.

“Kau pun apa kurangnya. Awal datang hari ni. Kenapa?” tanya Annabella. Tangannya sedang menongkat dagu seperti orang termenung.

“Aku tanya kau, kau tanya aku balik. Apa yang merasuk kau datang awal ke kelas hari ni?”

“Ini semua angkara Eidan yang tak guna tu!” kata Annabella dengan nada marah. Sebaik sahaja berlawan dan meminta Karyle menyembuh luka di pipinya, dia terus ke kelas. Tidak sanggup berada lama-lama di situ.

“Kau selalu sangat cari gaduh dengan Putera Eidan tu, kenapa? Kau mahu dihukum sebab tidak hormatkan dia sebagai golongan diraja? Atau... Kau sengaja cari pasal dengan Putera Eidan sebab mahu menarik perhatian dia?” teka Wilda.

“Mulut kau... Tidak ada makna aku mahu menarik perhatian dia. Bagi percuma pun aku tidak mahu. Perangai mengalahkan puaka begitu mahu aku aku hormat dia sebagai putera raja? Memang taklah! Dia yang cari pasal dengan aku dulu,” nafi Annabella.

“Tidak mustahil. Dia kacak malah digilai ramai gadis biarpun Putera Eidan tidak pernah pedulikan mereka.”

“Muka seperti kau kata kacak? Jika nak dibandingkan dengan buku lebih baik buku dari muka dia. Sekurang-kurangnya buku boleh dibaca dan boleh buat aku gelak. Dia? Menyakitkan hati adalah.”

“Kalau jatuh hati, jangan mengadu kat aku sudah.”

“Aku tidak akan mengadu pada kau. Sudahlah bercakap pasal dia buat aku menyampah. Oh, ya! Hujung minggu ini aku akan pergi ke Eatherland,” bagitahu Annabella.

“Buat apa di negara bunian tu?” Wilda berkerut dahi.

“Kau tahu pasal Nytve Unarith?”

“Air terjun yang boleh meramal masa depan kita. Satu-satunya kolam yang berada di dunia ini dan ia hanya terletak di Eatherland. Kau buat apa di sana?”

“Aku dan Heroic Knight yang lain akan ke sana untuk meramal masa depan kami. Sama ada kami sesuai lagi atau tidak menjadi Heroic Knight pada masa akan datang. Sebelum aku pergi, aku mahu bagi kau benda ni.” Annabella menyerahkan satu utas gelang kepada Wilda.
Gelang kayu yang diukir cantik diambil oleh Wilda. Ukiran pada gelang tersebut sangat halus, kemas dan cantik.

“Kau ambil di mana?”

“Aku minta Serena yang buatkan. Dia meruapakan pengguna kuasa tanah. Jadi, kuasa alam semula jadi juga dia mampu kuasai. Aku pun ada jugak,” kata Annabella. Dia mengangkat sebelah tangannya untuk menunjukkan gelang yang sama dipakai olehnya.

Wilda mengangguk faham. Pengguna kuasa tanah juga mampu menguasai kuasa alam semula jadi.

“Kenapa kau bagi pada aku?”

“Anggap sahajalah ini hadiah terakhir dari aku. Bila kau ingatkan aku, kau tengok gelang tu.”

“Kau cakap seperti kita tidak akan jumpa lagi. Kau hanya pergi ke Eatherland. Selepas itu, kau akan kembali ke sini juga.”

“Betul juga apa yang kau cakap. Aku yang beremosi melampau sehingga hadiahkan kau gelang ini. Anggap saja gelang ini tanda persahabatan kita.”

Wilda mengangguk setuju. Dia memakai gelang kayu tersebut. Dia tidak akan menanggalkan gelang ni. Janjinya pada diri sendiri. Mereka menamatkan perbualan mereka setelah pengajar pada masa tersebut masuk.

ANNABELLA mengemaskan baju ke dalam begnya. Beberapa helai baju dia masukkan ke dalam beg tersebut. Dia terlihat gambarnya dan ayahnya yang diambil ketika dia berumur sepuluh tahun. Hari ini genap empat tahun ayahnya pergi meninggalkan dirinya. Keluhan berat dilepaskan. Dadanya terasa ketat apabila teringatkan kata-kata terakhir ayahnya.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now