Bab 3:Serigala Jadian

20.7K 1.3K 42
                                    

“SAYA dah balik,” kata Annabella. Dia melangkah masuk ke dalam rumahnya. Walaupun tiada orang yang tinggal di rumahnya, dia pasti akan berkata sebegitu.

Beg sandang diletakkan di atas kitchen island. Kakinya melangkah ke peti sejuk. Tidak ada makanan. Dia mengeluh seketika. Kalau Puan Flynn ada, pasti dia akan menerima makanan dari wanita itu. Kadang-kadang Puan Flynn beri dia pai, pastri, kek dan macam-macam lagi tetapi Puan Flynn dan keluarganya sudah dua hari bercuti.

“Masa untuk membeli-belah. Yippie!” Katanya tanpa perasaan.

Kalau gadis muda lain sudah tentu seronok keluar membeli-belah tetapi tidak bagi Annabella. Baginya, membeli belah akan menghabiskan duit dan membuang masanya.

“Sekali-sekala Anna... Apa salahnya? Lagipun, kau ada bonus gaji bulan lepas. Boleh guna untuk beli barang dapur.” Annabella kata pada diri sendiri.

Dia mengangguk dengan kata-katanya sendiri. Lagipun, sudah lama dapur rumahnya tidak berasap. Tanpa melengahkan masa, dia terus masuk ke dalam bilik membersihkan diri dan bersiap-siap untuk keluar. Bukan keluar jalan-jalan tetapi keluar beli barang dapur. Blaus putih, seluar hitam dan berkasut serta topi untuk melindungi rambutnya berwarna kuning keemasan. Kalau terkena pancaran matahari, rambutnya akan bersinar seperti emas. Sebab itu dia memakai topi untuk mengelak menarik perhatian ramai.

Langkahnya diatur menuju ke pasar raya yang berdekatan. Awan yang mendung dan hitam sudah memenuhi ruang angkasa. Takkan mahu hujan? Langkahnya dipercepatkan. Sebaik sahaja sampai di pasar raya, hujan mula membasahi bumi. Fuh, nasib baik sempat! Kalau tidak, habis bajunya akan basah. Dia membeli barang yang diperlukannya. Nasib menyebelahinya kerana ada promosi barang yang dijual. Jadi, dia boleh berjimat cermat. Duit yang lebih boleh guna untuk minggu depan.

Setelah dia selesai membeli barangan keperluan, hujan telah pun reda. Lebat bukan main tetapi hanya sebentar sahaja hujan. Namun, hari semakin senja. Kanak-kanak yang bermain skateboard sudah pulang ke rumah masing-masing.

Dia melalui lorong yang agak gelap kerana itu adalah salah satu jalan pintas untuk sampai ke kawasan perumahannya. Dengan berbekalkan dengan semangat yang kuat, dia melalui kawasan tersebut. Dia teringat kembali cerita jirannya yang pernah melihat makhluk aneh yang menggerunkan.

KRAKK!

Annabella menoleh ke belakang apabila apabila terdengar bunyi ranting patah yang dipijak oleh sesuatu. Dia menelan air liurnya dengan payah. Bulu romanya sudah berdiri tegak. Dia mempercepatkan langkahnya.

BAMM!

Dia menoleh ke belakang sekali lagi. Kali ini dia terdengar sesuatu yang berat jatuh pada tempat yang tinggi. Dahinya sudah berpeluh.

“Siapa tu?” Annabella memberanikan diri bersuara walaupun tangannya sudah menggigil ketakutan.
Soalannya tidak disahut. Mungkin kucing yang bertengkar kerana seekor ikan. Dia menyedapkan hati sendiri. Langkah diatur kembali. Namun langkahnya terhenti dengan tiba-tiba. Seluruh badannya menggigil ketakutan. Plastik yang berada dalam genggamannya terlepas dari tangan. Barang yang terdapat di dalam beg plastik berterabur di atas lantai.

Matanya terbuntang luas melihat makhluk yang berada di hadapannya. Cerita jirannya tentang makhluk aneh itu benar. Makhluk itu seperti serigala jadian. Badannya berbulu hitam lebat. Mata makhluk itu hitam pekat merenung Annabella bagaikan mangsa. Serigala jadian itu menyeringai menampakkan taringnya yang panjang dan tajam. Dia boleh melihat darah menitis dari taring tersebut dengan bantuan cahaya lampu jalan.

Serigala jadian tersebut mendekati Annabella yang kaku. Epal yang terkeluar dari beg plastik dipijak oleh makhluk tersebut. Annabella melangkah setapak demi setapak ke belakang hingga membuatkan dirinya terjatuh ke atas tanah. Makhluk itu mendekatinya manakala Annabella mengesot ke belakang dengan wajah ketakutan.

Makhluk tersebut mahu menerkam tetapi gadis itu sempat mengelak. Dia bangun untuk melarikan diri daripada menjadi mangsa makhluk yang menyerupai serigala jadian tersebut. Annabella berlari sekuat hati untuk menyelamatkan diri tetapi makhluk itu tetap mengejarnya dari belakang. Dia berlari masuk ke kawasan pembinaan yang masih baru diusahakan untuk menyembunyikan diri. Dadanya berdegup kencang. Nafasnya pula tersekat-sekat kerana terlalu pantas berlari. Dia mencapai besi yang berada di atas lantai sebagai senjata untuk mempertahankan diri.

Annabella menyembunyikan diri di sebalik tiang apabila makhluk tersebut mendekatinya. Nafasnya ditahan akan tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Batang besi dipegang kejap. Dia mengintai mahu memastikan yang serigala jadian itu tidak mengekorinya. Annabella keluar dari tempat persembunyiannya setelah memastikan yang serigala jadian itu tiada.

Tanpa sebarang bunyi, Annabella berlari keluar dari kawasan pembinaan tersebut. Malangnya, kakinya tersadung batu lalu terjatuh. Batang besi yang berada di tangannya terlepas dari tangan dan mengeluarkan bunyi dentingan yang kuat. Annabella membuka matanya. Makhluk tersebut sudah berada di hadapannya dengan air liur bercampur dengan darah yang meleleh keluar.

Annabella mahu bangun tetapi rasa sakit di kaki menghalangnya kerana terseliuh. Badannya menggeletar ketakutan. Dia mengesot ke belakang untuk mencapai besi yang berada tidak jauh darinya. Makhluk tersebut mendekatinya dengan sengihan yang menggerunkan. Tanpa ragu-ragu, makhluk tersebut mencengkam kakinya.

“Arghh!!!” jerit Annabella.
Dia dapat rasa kuku serigala jadian tersebut menembusi kulit. Tetapi tidak mematahkan semangatnya untuk mencapai besi.

Sikit lagi... Sikit lagi...

Akhirnya, dia berjaya mengambil batang besi. Dengan kekuatan yang ada, Annabella menghayunkan besi tersebut ke arah serigala jadian itu dengan sekuat hati. Kaki yang dicengkam terlepas manakala makhluk tersebut sudah jauh darinya. Darah mengalir keluar dari cengkaman tadi mengundang rasa sakit dan pedih.

Namun, tindakannya mengundang kemarahan serigala jadian tersebut. Makhluk tersebut terus menyerang Annabella. Dia hanya merelakan diri kerana sudah tidak mampu mempertahankan dirinya lagi. Lagipun, sudah tiada guna dia hidup lagi kerana ayahnya sudah tiada di sisi walaupun bukan ini caranya dia ingin meninggalkan dunia ini. Makhluk itu ingin menyerang Anna tetapi dihalang oleh seseorang.

"You're having party without me."

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now