Bab 54: Sweet Dream

17K 1K 143
                                    

Sebulan selepas Perang Lvanians-Demons II berakhir...


Kemenangan Lvanians dalam peperangan diraikan oleh seluruh penduduk Sylvania. Namun, identiti Annabella sebagai penyelamat Sylvania dirahsiakan atas kehendak Annabella sendiri tetapi dia dikenali sebagai Golden Princess. Apa yang berlaku di medan perang tidak diceritakan sepenuhnya kepada rakyat Sylvania atas sebab-sebab tertentu. Keadaan kembali seperti biasa. The Circle of Heroic Knight kembali ke akademi tetapi selepas mendapat hukuman dari Pengetua Erald kerana menyertai peperangan tanpa pengetahuannya.

“Nemean the Two-tailed Lion!” seru Haziel. Tidak lama kemudian, muncul singa berekor dua. Seperti biasa apabila diseru oleh Haziel dia akan tidur.

“Kacau aku nak rehat. Kau tidak tahu ke aku penat berperang bulan lepas?” kata sang singa.

“Penat apanya? Kau hanya serius pada saat akhir,” balas Haziel dengan geram. Masa perang hari tu, Nemean hanya serius apabila Pierce hilang.

“Ada aku kisah?”

“Nemean! Bangunlah! Aku nak berlatih ni!” jerit Haziel.

“Kau berlatih seorang diri,” balas Nemean. Dia mengalihkan posisinya dengan membelakangkan Haziel. Dua kaki di hadapannya ditekup pada telinga. Mata dipejam untuk tidur.

“Nemean! Bangunlah! Apa salah aku boleh familiar macam kau? Familiar orang lain tida ada perangai seperti kau. Kau sahaja familiar yang pelik,” bebel Haziel seorang diri kerana Nemean telah pun tidur. Dia mengejutkan singa itu tetapi sia-sia.

“Kenapa dengan kembar kau, Hariel?" tanya Freya apabila melihat Haziel bercakap dengan Nemean yang sedang tidur.

“Biasalah... Masalah dengan Nemean lagi. Macam la kau tidak tahu,” balas Hariel.

“Tak habis-habis...”

“Now, that’s what The Circle look alike before this, right?” celah Karyle.

“Haah, kan? Sebelum Anna muncul, sebelum perang berlaku,” balas Haziel apabila teringatkan kembali pada saat dulu.

“Bercakap pasal Anna... Di mana dia sekarang?” tanya Serena.

“Aku, kau tak nak tanya?” usik Hariel.

“Buat apa? Kau sudah berada di sini.”

“Prihatinnya juga kau pada aku,” usik Hariel lagi. Dia dapat melihat pipi Serena berona merah.

“Sikit pun tak,” balas Serena.

“Something never change a bit,” ujar Karyle.

“Anna sepatutnya sambung belajar di akademi, kan? Tapi kenapa dia tak ada? Bayang-bayang pun tak nampak,” kata Freya.

“Aku pun mahu tahu perkara yang sama. Kau tahu, Eidan?” kata Karyle.

“I’m not her babysitter,” balas Eidan.

“Oh, Sylvania! Kau berdua bergaduh? Patutlah Annabella tidak datang ke sini! Rupanya kau berdua gaduh!” kata Haziel yang sudah malas mengejut si singa yang lena tidur.

“You’re exaggerate his word,” kata Clara.

“In her current situation, she doesn’t need to study. Her power is already become her knowledge. There’s no need to have a lesson,” kata Frielan yang berdiam diri dari tadi. Cermin mata ditolak sedikit menggunakan jari telunjuk. Matanya fokus merenung skrin Ipad.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now