Bab 44: Cemburu!

17K 1.1K 75
                                    

MAJLIS perkahwinan kerabat diraja Eatherland disambut dengan meriah dengan kehadiran rakyat jelata Eatherland yang rata-ratanya terdiri daripada bunian. Hanya sepuluh peratus sahaja yang terdiri daripada kalangan Lvanians biasa. Bukan itu sahaja golongan kerabat diraja dan golongan bangsawan dari kerajaan lain turut dijemput hadir.

Orang yang paling gembira dengan perkahwinan ini mestilah pengantin baru sendiri iaitu Andrew dan Erena. Mereka sudah lama menaruh perasaan terhadap antara satu sama lain tetapi tidak terluah kerana takut perasaan mereka ditolak. Raja Mytlehel dan Puteri Alyana juga gembira melihat anakanda mereka bersatu juga.

Dewan tari-menari dihias indah untuk mengadakan majlis tarian beradat pengantin yang akan berlangsung tidak lama lagi. Tetamu yang hadir awal akan berkumpul di taman diraja dan dilayani dengan pelbagai juadah makanan dan minuman sebelum memulakan majlis.

Annabella pula sibuk melakukan kerja-kerja menghias dewan tari. Kalau bukan atas permintaan abangnya yang ingin menambah kilauan cahaya pada dewan, sampai bila-bila dia tidak mahu melakukannya. Di samping itu, Andrew ingin melakukan satu kejutan untuk Erena jadi Annabella ikutkan sahaja kemahuan abangnya.
Dia hampir terjerit apabila sepasang tangan melingkar di pinggangnya tetapi sempat ditekup oleh seseorang dengan tangan yang sama. Annabella menjeling tajam ke arah orang yang mengganggu kerjanya.

“Apa kau buat di sini?” tanya Annabella.

“Bosan berada di taman. Rimas gadis-gadis bunian asyik tenung muka aku yang kacak ni,” kata Eidan. Tangannya bermain rambut Annabella yang panjang.

Annabella menepis tangan Eidan yang bermain rambutnya. Agaknya racun Arae meninggalkan kesan sampingan sebab itulah Eidan semakin perasan dan semakin gatal. Dia tidak menghiraukan Eidan yang asyik merenungnya dari tadi. Bukan... Dari minggu lepas lagi. Mula-mula dia kekok, lama-kelamaan dia jadi rimas. Annabella meneruskan kerjanya.

“Kau buat apa tu?”

“Main gitar...”

“Pandai kau buat lawak.”

"Kenapa tak ketawa?”

"Sebab tak kelakar. Jadi, kau buat apa?” Eidan tanya soalan yang sama. Sengaja mahu mengundang kemarahan Annabella. Dia lebih suka tengok muka Annabella yang marah.

“Tengah hias dengan kilatan cahaya emas, sayang,” balas Annabella dengan nada kegeraman.

“Apa kau cakap tadi?” Eidan sudah tersenyum.

“Ayam,” balas Annabella. Dia menahan senyum melihat wajah Eidan yang sudah berubah.

“Kau selalu sakitkan hati aku. Mujur kau boleh teman lelaki yang tidak mudah merajuk macam aku. Kalau kau boleh teman lelaki yang sensitif, jenuh kau mahu memujuk.”

“Kau merajuklah seorang diri.” Annabella mencebik. Bila entah dia mengaku Eidan merupakan teman lelakinya.

“Ingat tau... Pakai baju yang aku bagi pada kau semalam. Kalau tidak, seminggu aku buat-buat tidak mengenali kau,” pesan Eidan bersama ugutan.

“Seminggu saja?”

“Sebulan! Ingat tu... Masa tu kau datang buat muka comel sekali pun aku tidak akan terpedaya. Faham?”

“Faham,” balas Annabella malas.

“Annabella...” seru Eidan.

“Hmmm?”

Eidan mengenyitkan mata sebelum berlalu pergi. Annabella hanya menggelengkan kepala sahaja apabila melihat gelagat Eidan.

BUNYI letupan meriam sebanyak tiga kali menandakan seorang daripada kerabat diraja sampai. Sebuah kereta kuda yang besar dan cantik berhenti di hadapan istana. Semua kerabat diraja dan golongan bangsawan sudah beratur sambil menundukkan kepala sebagai tanda hormat. Raja Mytlehel berada di hadapan sekali untuk menyambut kedatangan tetamu yang sudah lama di nanti kehadirannya.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now