Bonus: The New Heir of The Unsleeping Dragon

18K 1.1K 109
                                    

EMPAT tahun kemudian...

Rambutnya yang panjang disanggul kemas dan meninggalkan juntaian rambut di tepi telinga kiri dan kanan. Setelah itu, cekak rambut yang bercorak flora dengan hiasan batu permata, kristal dan debu emas menjadi perhiasan. Veil yang panjang berwarna putih di sambung ke belakang bersambung dengan sepit rambut. Seutas rantai dipakai sebagai menambah seri.

“Oh my Freya! You’re so beautiful!” jerit Annabella. Dia melihat gadis itu cantik memakai gaun berwarna putih diserikan lagi dengan veil. Seri pengantin!

“Biasa sajalah,” sanggah Freya yang agak malu-malu.

“Biasa apa? You’re damn damn damn beautiful,” puji Annabella.

“Thank you.”

“Apa perasaan kau?” tanya Annabella.

“Gementar! Aku takutlah, Anna...
Kalau aku tersadung veil ni, mesti aku malu.” Freya mula memikirkan perkara-perkara yang memalukan semasa majlis berlangsung.

“Taklah! Kau jalan macam biasa.”

“Kalau orang tengok macam mana?”

“Mestilah orang tengok. Inikan majlis perkahwinan kau.” Annabella tergelak.

“Kau dulu tidak gementar?”

“Tak! Teruja lagi ada!” balas Annabella sambil tersengih. Dia teringat kembali hari bahagianya saat disatukan dengan Eidan dua tahun yang lalu. Memang tidak boleh dilupakan sampai bila-bila. Tamat sahaja pembelajaran di Seraglio Akademi, Eidan terus melamarnya. Cara Eidan melamarnya sangat tidak romantik. Apa yang Eidan cakap hanya ini.

“Bulan depan kita kahwin.”

Selepas mengungkapkan kata-kata itu, Eidan terus pergi meninggalkan dirinya dalam keadaan yang terkejut. Tidak romantik langsung! Tapi dia sabarkan hati sebab sudah terlalu menyayangi lelaki itu.

Majlis perkahwinannya disambut meriah di istana Eatherland dan Astland. Tapi upacara menyatukan dua jiwa diadakan di Gaeth Lenora kerana semua bangsa bunian wajib melakukannya di sana. Dia yang mempunyai darah bunian-Lvanian juga diadakan di sana.

Gelang yang berada di pergelangan tangannya diusap. Tertera nama Eidan de la Ralynne. Penduduk Sylvania yang memakai gelang mempunyai nama pasangan masing-masing menandakan seseorang itu sudah berkahwin. Apabila pasangan tersebut mati atau bercerai, gelang yang dipakai akan hilang kerana gelang tersebut diperbuat daripada cahaya cinta mereka.

“Anna... Kau senyum-senyum ni kenapa?” tanya Freya.

“Teringatkan kenangan dua tahun lepas.”

“Mengaku sajalah rindukan Eidan!”

“Nanti kau akan dapat rasa apa yang aku rasa sekarang.”

“Mana yang lain? Takkan kau seorang saja yang datang.”

“Mungkin sibuk.”

“Sibuk apanya? Serena hanya duduk jaga anak di rumah. Takkanlah si Hariel tidak mengizinkan Serena keluar hadiri hari perkahwinan sahabat sendiri? Kejam betullah!” bebel Freya.

Annabella ketawa perlahan. Apabila sebut tentang Serena dan Hariel teringat pula yang dulu mereka berdua asyik bergaduh. Alih-alih hantar undangan mahu berkahwin. Tapi mereka kahwin lagi awal darinya kerana gesaan dari General Orwell yang tidak mahu anak terunanya buat hal. Kembarnya Haziel pula... Yang ni lagi mengejutkan.

“Freya! Tahniah!” ucap seseorang.

“Kenapa kau datang lambat?” marah Freya.

“Ada perkara yang perlu diselesaikan. Hai, Anna! Semakin sihat kau sekarang,” usik Clara. Dia nampak lebih ceria berbanding dulu.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now