Bab 17: Annabella's Wrath

17.2K 1.2K 38
                                    

DUA bilah pedang yang berada di kedua-dua belah tangannya diseret di atas tanah menyebabkan rumput yang melata terpotong tanpa sengaja. Langkahnya terhenti apabila berada di hadapan sebuah pokok rendang.
Matanya dipejam untuk merasai angin malam yang menyapa wajahnya. Tempat ini memberi ketenangan kepadanya. Ia merupakan tempat latihan bagi Heroic Knight.

Sudah seminggu dia berada di bahagian utara akademi ini. Pelbagai perkara yang berlaku kepadanya. Ahli Heroic Knight banyak menyusahkan hidupnya dengan menyuruhnya melakukan kerja-kerja rumah. Contohnya, menyuruhnya mengemas rumah, membasuh baju, menyusun buku yang mereka sepahkan di ruang tamu, mengambil buku yang berada di perpustakaan di bahagian selatan akademi dan banyak lagilah.

Pedang diangkat setinggi-tingginya.
Langkah dibuka untuk menyerang pokok yang kaku. Kedua-dua pedangnya dilibas pada batang pokok seakan-akan dia menyerang musuh. Pelbagai teknik digunakan yang diajar oleh ayahnya dulu dipraktiskan kembali. Ayahnya memanggil teknik tersebut adalah Teknik Menari Pedang Berkembar. Ia merupakan teknik peperangan sukar dipelajari. Dia dapat menguasai teknik itu dalam masa yang singkat sahaja.

Teknik itu memerlukan seseorang yang mahir menggunakan pedang dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Untuk menguasainya, ia memerlukan kelembutan dan kesantunan seseorang. Gaya teknik ini seperti sedang menari dengan lemah gemalai tetapi langkahnya sangat membahayakan. Namun, Annabella telah mengubahsuai gerakan teknik ini supaya lebih kemas, cekap dan pantas tetapi tidak boleh meninggalkan kelembutannya.

Kedua-dua pedang dihayun pada batang pokok tersebut. Serangannya semakin lama semakin ganas apabila memikirkan semua perkarayang berlaku pada dirinya. Apa yang ayah sorokkan daripada Anna? Kalau Anna manusia biasa, kenapa Anna mampu melihat Demon? Apa yang ayah rahsiakan dari Anna?

“Arghh!!!” jerit Annabella.

Disebabkan tidak dapat menahan amarah yang menggunung dalam diri, dahan pokok habis dipotong dengan menggunakan pedang yang dipegang. Satu-persatu dahan pokok itu jatuh dek kemarahan Annabella.
Dia terbaring di atas rumput setelah kepenatan. Mata birunya merenung langit yang diterangi bintang yang mempunyai pelbagai warna. Satu pemandangan yang sangat menenangkan hati dan jiwanya. Matanya dipejam erat untuk melepaskan lelah.

Annabella teringat kembali mimpinya tadi. Seorang lelaki dewasa memakai baju perang. Mantel berwarna merah berkibaran megah di belakangnya. Pada bahu kiri lelaki itu terdapat satu gencana berbentuk bulat yang mempunyai simbol seekor naga bersambung ke bahu kanannya. Lelaki itu memegang dua bilah pedang di kedua-dua belah tangan yang berlumuran dengan darah. Pedang itu berbentuk seperti ekor naga.

Wajahnya tidak kelihatan kerana memakai penutup muka. Hanya mata birunya dibiarkan terdedah. Tidak lama kemudian, lelaki itu membuka penutup mukanya. Saat itulah dia terjaga dari tidur kerana terkejut melihat wajah sebenar lelaki itu. Lelaki itu ayahnya.

Bunyi rumput yang basah dek embun pagi dipijak memaksa Annabella membuka matanya. Dia bangun daripada pembaringan. Salah satu pedang yang terdampar di atas rumput dibaling pada pokok yang sudah tidak mempunyai dahan. Dia terdengar ada orang menangkap pedang yang dibaling olehnya. Perlahan-perlahan memunculkan diri di sebalik pokok itu bersama pedang tadi.

“Kau curi pedang aku,” kata seseorang.

“Lain kali kau letaklah pedang kau diruang tamu,” balas Annabella.

“Kau tetap mencuri pedang aku.”

“Aku pinjam. Bukan aku tidak pulangkan kepada kau kembali. Kedekut!” kata Annabella dengan geram.

“Perengus!”

“Apa yang kau buat di sini?” Annabella cuba mengalih topik kerana malas bergaduh dengan lelaki itu.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now