Bab 48: Strategi Peperangan

15.8K 996 82
                                    

RIBUAN askar sudah berkumpul untuk menghadapi peperangan yang kedua dalam sejarah Sylvania. Kali terakhir berlaku pada 8000 tahun dahulu di mana buat pertama kalinya Sylvania diperintah oleh seorang raja berketurunan Dragneel de la Dragwellestyn. Namun, Perang Lvanians-Demons II akan berlaku tidak lama lagi.

Enam buah negara bersatu untuk memberi bantuan angkatan tentera demi menjaga keamanan Sylvania. Di samping itu, raja daripada enam buah negara tersebut akan menyertai peperangan kali ini. Mereka akan berdiri sebaris dengan Raja Kflon yang akan mengetuai peperangan nanti.

Khemah-khemah juga telah didirikan untuk bersiap sedia jika mereka diserang hendap oleh pihak musuh. Sebahagian tentera diarahkan menjaga keselamatan tapak perkhemahan mereka. Sebahagian pula diarahkan menjaga keselamatan Raja Sylvania dan raja-raja dari enam buah negara. Ada yang ditugaskan penjadi pemerhati, pelapor maklumat tentang pihak musuh dan sebagainya.

Dalam sebuah khemah yang agak jauh dari khemah yang lain, terdapat seseorang yang sedang mengasah pedangnya. Walaupun pedang miliknya tidak pernah tumpul, dia mahu bunuh semua Demons hanya sekali libasan sahaja.

“Anna, kau pasti mahu sertai peperangan ini?” tanya Pierce melalui minda Annabella.

“Kenapa tidak? Kita hanya memerlukan Chimera. Aku yakin yang Nemesis akan menggunakan Chimera dalam peperangan ini,” balas Annabella.

“Kau perlu berhati-hati. Bukan Chimera sahaja yang digunakan oleh Nemesis.”

“Maksud kau Nemesis akan menyeru Ancient Demon yang lain? Sebab itu aku perlu berada di sini untuk membantu mereka.”

Kau macam Ardenaur yang tidak pernah mengaku kalah.”

“Dia moyang aku.”

Annabella meneliti ketajaman mata pedangnya.

Pedang aku tidak akan pernah tumpul. Kenapa kau mahu asah lagi?” ujar Pierce.

“Supaya aku boleh penggal kepala Nemesis dengan sekali libasan saja.”
Annabella menoleh ke belakang. Seekor naga berwarna biru putih sedang berehat dengan selesa di atas tilam yang empuk sambil menjilat kuku. Ekornya bergerak-gerak sedikit untuk menyelesakan diri. Pierce menggolekkan badannya di atas katil untuk mencari posisi yang sesuai untuk tidur.

“Itu tempat tidur aku, Pierce,” kata Annabella. Tangannya sudah mencekak pinggang. Dia sudah tidak menggunakan telepati.

Ia sudah jadi milik aku,” kata Pierce. Dia tidur dengan mengerekotkan badan seperti tenggiling. Sayapnya yang besar dijadikan selimut untuknya.

Annabella menggelengkan kepala. Dia mengambil pedang yang baru diasah. Pedang itu dicucuk pada punggung Pierce. Naga itu terus bangun kerana terkejut. Dia menghembuskan nafasnya sehingga menyebabkan unggun api menjadi beku. Annabella ketawa melihat telatah Pierce. Sangat comel.

Anna...” Pierce menderam kegeraman.

“Show me what you have cute little dragon.”

Kau cabar aku?” Pierce sudah mendengus kegeraman.

“Well... If you say so...”

Baiklah.” Pierce terbang turun dari katil. Badannya perlahan-lahan bercahaya. Kakinya yang bersisik dan berkuku tajam perlahan-lahan menjadi sepasang kaki. Sayapnya mula menghilang. Tangannya yang bersisik bertukar menjadi sepasang tangan manusia. Badannya pula berubah menjadi susuk tubuh seorang lelaki. Wajahnya pula bertukar rupa. Hanya anak mana sahaja yang tidak berubah.

“Kenapa Raja Kflon yang kau pilih untuk menyamar? Nanti orang nampak akan salah faham!” marah Annabella. Dia melihat Pierce bertukar menyerupai Kflon.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now