Bab 11: Lawan jadi Kawan

18.5K 1.2K 50
                                    

TASIK yang cantik terbentang luas di hadapan matanya. Airnya berwarna biru sebiru matanya. Annabella mendekati tasik tersebut untuk membasuh mukanya. Tindakannya terhenti apabila melihat air tasik yang tenang beralun membentuk ombak kecil. Dia mengecilkan mata apabila ternampak sesuatu di dalam air. Tiba-tiba sepasang mata merenung tajam ke arahnya...

"Arghh!!!" Annabella tersedar dari lena. Tangannya meraup wajahnya. Degupan jantungnya laju. Mimpi itu menghantuinya lagi. Sepasang mata tajam yang pasti bukan milik manusia. Ia menyerupai sepasang mata seperti seekor ular tetapi lebih besar.

"Kamu sudah sedar?" tegur seorang wanita yang berambut hijau pucuk pisang. Senyuman tidak lengkang dari bibirnya.

"Saya berada di mana?" tanya Annabella.

"House of Healing. Jika di Bumi, mungkin dipanggil hospital."

"Apa yang telah terjadi pada saya?"

"Kamu tidak ingat?" soal wanita itu kembali. Dia mendekati Annabella, luka pada badan Annabella diperiksa. Sudah hampir sembuh.

"Saya ingat yang saya masih berlawan... Eh? Saya menang atau kalah? Bagaimana perlawanan tu?" tanya Annabella cemas. Kalau kalah, dia akan dihukum mati. Dia tidak mahu mati muda!

"Luka kamu akan sembuh dalam dua hari lagi," beritahu wanita itu.

"Oh... Terima kasih, Cik..."

"Ricia. Panggil Ricia." Ricia memperkenalkan dirinya.

"Terima kasih, Ricia sudi merawat budak ni." Andrew bersuara apabila melangkah masuk ke bilik pesakit bersama Erena.

"Sama-sama. Dia tidak seteruk seperti kamu dulu," ucap Ricia dengan senyuman.

"Apa yang jadi pada dia dulu?" tanya Annabella dengan penuh minat.

"Pertarungan pertamanya... Badannya penuh dengan lebam dan luka-luka. Teruk!" jawab Erena dengan ketawa kecil.

"Saya pergi dulu." Ricia berlalu meminta diri untuk keluar.

KUK!

"Aduh!" jerit Annabella. Kepalanya digosok kerana sakit diketuk dengan sarung pedang Andrew.

"Apa ni? Buat salah kena ketuk, tak buat salah kena ketuk. Ingat kepala saya tong dram ke?"

"Kamu sudah menipu saya." Andrew geram.

"Bila saya menipu awak?" Remaja perempuan itu kelihatan bingung.

"Pretending that you don't know how to fight."

"Ayah tidak benarkan saya menggunakan kelebihan saya mencederakan orang. Dia tidak mahu saya terjebak dalam keganasan. Dia juga tidak mahu saya bermain dengan benda tajam."

"Masa berlawan tadi tu apa?" soal Andrew.

"Ayah cakap bila tiba masanya saya boleh gunakannya. Ia masa yang tepat untuk menggunakannya. If not, that big girl gonna burn my ass." Annabella mempertahankan dirinya yang tidak bersalah.

"Eh, budak ni!" Andrew ketap gigi geram.

"How did you learn that move?" tanya Erena.

"Ayah yang ajar."

"Sejak bila?"

"Saya mahir menggunakan senjata dan semua teknik pertahankan diri semasa umur tujuh tahun. Saya seorang yang cepat belajar," balas Annabella.

Erena dan Andrew kaku sebentar mendengar pengakuan jujur Annabella.

"Ayah kamu kerja apa?" tanya Erena lagi.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now