Bab 19: We're Sorry, Anna!

16.8K 1.5K 59
                                    

Mare de la princesa del son, (Tidurlah puteri bonda)

Mare estimada princesa,
(Puteri kesayangan bonda)

Bell somni només,
(Mimpikan yang indah sahaja)

Vas a dormir,
( Kau akan lena)

Sempre i quan no és amb la mare,
(Selagi bonda ada bersama)

el fill no li faria mal...
(anakanda takkan terluka)

Seorang wanita anggun sedang menyanyikan lagu untuk mendodoikan anaknya yang masih bayi. Rambut anaknya dibelai penuh kasih sayang. Disebabkan bilik itu hanya diterangi cahaya bulan, dia tidak dapat melihat wajah wanita dan anaknya. Dia asyik mendengar lagu yang didodoikan oleh wanita itu.
Hatinya terasa tenang dan selamat.

Dia ingin mendekati wanita tersebut dengan anaknya untuk melihat wajah mereka dengan lebih dekat tetapi langkahnya terhenti apabila terdengar bunyi letupan. Keadaan rumah tersebut menjadi huru-hara dalam sekelip mata. Wanita tersebut mendakap anaknya yang masih kecil sambil menyanyikan lagu tadi berulang kali untuk menenangkan si anak yang tidak tahu apa-apa. Satu lagi bunyi letupan yang kuat kedengaran menyentakkan wanita tersebut. Anaknya menangis dalam dakapannya.

“Annabella!!!” jerit seseorang.

“Argh!!! Huff... Huff...” Annabella terjaga dari tidurnya yang panjang. Nafasnya tercungap-cungap seolah-olah sedang berlari dalam acara maraton. Dia mengurut dadanya yang berdegup kencang. Dadanya naik turun untuk mengatur nafasnya supaya teratur seperti biasa. Tangannya meraup wajahnya untuk mengelap peluh yang membasahi dahi.

“Nak kena jerit baru kau bangun?” perli Wilda. Dia sudah lengkap memakai uniform Underlevel iaitu jaket berwarna hijau putih.

“Kalau tidak menjerit nama aku, agaknya tidak lengkap hidup kau.”

“Sudah dua minggu aku tidak menjerit nama kau.”

“Kau memang kawan tak guna. Suka jerit nama aku di tepi telinga. Kalau gegendang telinga aku pecah bagaimana?”

“Kau akan jadi pekak.” Wilda ketawa.

“Huh!” rengus Annabella.

“Sejak kau jadi Heroic Knight, kau sudah berubah jadi seorang yang panas baran.”

“Jangan kau tanya kenapa!” ugut Annabella.

“Jangan kaitkan aku dengan Heroic Knight! Aku tidak suka.”

“Kenapa dengan kau ni? Kau cari gaduh dengan mereka?”

“Heroic Knight yang kau dan orang lain sanjung dan kagum tidak seperti yang kau bayangkan. Mereka tidak segah namanya. Mereka sangat menjengkelkan, menyusahkan, membebankan, menyakitkan hati orang dan suka mengambil kesempatan terhadap orang yang lemah. Itu kau kata pelindung?” Suara Annabella kedengaran sinis.

“Apa yang sudah terjadi?” tanya Wilda.

“Sepanjang dua minggu aku tinggal dengan mereka, aku dilayan seperti pembantu rumah. Mentang-mentang aku hanya manusia biasa yang lemah dan tidak ada kuasa. Mereka arah aku sesuka hati mereka! Sudahlah meminta pertolongan aku tanpa persetujuan aku. Bila aku siap lakukan kerja mereka, ucap terima kasih pun tidak!”

“Sebab itu kau tidur di sini? Kenapa tidak balik ke sana?”

“Aku tak nak! Aku menyampah tengok muka mereka. Aku mahu pulang ke tempat asal aku, Wilda. Ini bukan dunia aku.”

“Kalau itu yang kau mahu, aku tidak boleh halang. Kau tidak mahu tahu siapa diri kau?”

“Kalau aku tahu, apa yang boleh aku buat? Aku tidak ada siapa-siapa di dunia ni.”

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now