Bab 49: Perang Darah Muda

13.9K 1K 70
                                    

WARNA pekat darah ada di mana-mana sahaja. Bau tengik darah memenuhi ruang udara. Tubuh yang tidak bernyawa bergelimpangan di merata-rata tempat. Ada yang masih sempurna sifatnya, ada yang tiada kepala, kaki, tangan malah separuh badan lenyap. Ngauman raksasa bergema di setiap ruang. Tentera yang tinggal masih berjuang menentang musuh tetapi tetap berakhir dengan kematian. Heroic Knight tetap teguh berdiri menentang musuh. Mereka menggunakan kekuatan yang ada untuk menewaskan beberapa raksasa.

Ancient Beast menentang Ancient Demon. Satu persatu Ancient Beast kalah yang tinggal hanya seekor naga melawan semua Ancient Demon. Namun, nasib tidak menyebelahi sang naga itu apabila seekor raksasa menikam badan sang naga dengan ekornya yang tajam bagai mata pedang yang baru diasah. Sang naga yang gagah itu akhirnya rebah menyembah tanah.

“Pierce!!!”  jerit Annabella. Dia terjaga akibat mimpi tadi. Nafasnya kencang dan jantungnya berdegup laju. Peluh membasahi dahinya dikesat menggunakan belakang tapak tangan.

Dia bangun dengan berhati-hati agar tidak mengejutkan Serena dan Freya yang tidur dengannya akibat kekurangan khemah manakala Clara tidur di khemah negaranya. Dia menyarung baju yang agak tebal. Pedang yang tersandar pada tiang khemah disisipkan pada pinggang. Dia melangkah keluar dari khemah untuk mengambil angin malam. Mimpi tadi menghantuinya. Tidak mungkin itu yang akan terjadi. Ini kali pertama dia mengalami mimpi sengeri itu. Mimpi hanya mainan tidur. Namun, setiap mimpi yang dia alami betul-betul terjadi.

“Anna? Apa yang kamu buat tengah-tengah malam begini?” tegur seseorang.

Annabella menoleh ke belakang apabila ditegur oleh seseorang.

“Terjaga dari tidur dan tidak boleh melelapkan mata.”

“Mimpi buruk?” teka Andrew.

“Lebih kurang.”

“Jom kita berborak sambil minum kopi. Malam ini abang bertugas jadi abang perlukan kawan untuk berbual.”

Mereka duduk di atas pangkin yang dibina berhampiran dengan menara pemerhati. Satu muk kopi berada di tangan masing-masing. Mereka juga menyajikan kopi untuk tentera yang bertugas pada malam ini.

“Kamu mimpikan apa?” tanya Andrew.

“Everything. Future and past.”

“You can share with me if you want.”

“Masa depan atau masa lampau?”

“Masa depan?”

“Congratulation! You gonna be a father soon and I’m gonna be an aunt,” beritahu Annabella dengan senyuman.

Purrr!!!

Andrew yang sedang menghirup kopi panas tersembur kerana erkejut dengan kata-kata Annabella tadi.
“Betul ke? Abang akan jadi ayah?”

“Berdasarkan mimpi saya, Erena sudah mengandung dua bulan sekarang ini.”

“Apa? Sudah dua bulan? Kenapa Erena tidak bagitahu abang?”

“Dia pun tidak tahu lagi... Selepas peperangan ini, jaga Erena dengan baik ya?”

“Mestilah!” kata Andrew dengan gembira. Nasib baik dia tidak izinkan Erena sertai peperangan ini. Kalau dia benarkan, entah apalah yang terjadi pada anak mereka.

“Apa lagi yang kamu mimpikan?”

“About the upcoming war. There are a lot of dead bodies of Lvanians. Just a few of us alive. King Kflon itself terribly wound. And... Pierce...”

“Apa yang terjadi pada Pierce?"

“Saya nampak dia terbaring lemah. Badannya dilumuri dengan darah. Kalau Pierce mati, bagaimana dengan masa depan?”

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now