Bab 20: Jalan Rahsia, Tersingkap Sejarah

16.9K 1.2K 62
                                    

BILIK perjumpaan rahsia bagi The Circle of Heroic Knight sangat luas. Setiap sudut bilik tersebut terdapat sembilan potret yang tidak diketahui nama. Pada bahagian bawah setiap potret tersebut terdapat potret haiwan yang pelik di pandangan mata Annabella. Tidak ada apa-apa di dalam bilik tersebut kecuali potret, rak buku dan sebuah meja bulat yang diduduki oleh lapan Heroic Knight, Pengetua Erald dan Prof Lordes yang sudah kering bajunya dengan menggunakan kuasa angin yang dimiliki.

“The Circle of Heroic Knight adalah penjaga kepada Rapturous Sword milik Raja Rowan yang diwarisi oleh warisnya sekarang ini. Sebagai penjaga, kamu semua hendaklah ditilik takdir masing-masing sama ada kamu layak atau tidak menjaga pedang berkuasa tersebut pada masa akan datang. Oleh itu, minggu depan kamu semua akan pergi ke Kerajaan Eatherland di mana tempat tinggal bangsa bunian. Di sana terdapat Nytve Unarith. Ia akan menentukan perjalanan hidup kamu sebagai Heroic Knight.” Pengetua Erald bersuara.

“Saya sudah lakukannya sebelum ini. Saya perlu lalui juga kali ini?” tanya Freya yang nampak tidak suka.

“Ya... Itu adalah perkara wajib. Ianya dilakukan setiap tahun. Ada sesiapa ada soalan?” tanya Pengetua Erald. Dia melihat satu-persatu wajah Heroic Knight.

“Who are they?” tanya Annabella.

“Which one, Anna?”

“All of them.”

Matanya tertancap pada satu potret yang sangat menarik perhatiannya. Potret seorang lelaki berambut merah dan mempunyai sepasang mata berwarna biru. Di bawah potret lelaki tersebut merupakan potret seekor haiwan yang agak mengerikan. Matanya terbuka luas.

“Is that a dragon?” tanya Annabella yang agak terkejut melihat potret haiwan tersebut.

“Nampaknya saya terpaksa terangkan semula. Anna, kamu pernah kata yang naga itu wujud, kan? Naga sememang wujud sejak 10000 tahun dahulu di mana sebelum Pemerintah Sylvania dilantik,” terang Prof. Lordes.

“Tapi Prof cakap...”

“Ya... Saya tahu... Dengar apa yang saya akan bagitahu kamu semua. Sembilan potret orang yang kamu nampak adalah Lvanians yang pertama digelar The Circle of Heroic Knight. Ia ditubuhkan oleh Fryswellendine dan Dragwellestyn. Mereka merupakan kawan baik yang suka menolong orang yang lemah, ditindas dan dianiaya sudah tentu menentang kejahatan. Fryswellendine dilantik menjadi ketua The Circle of Heroic Knight. Kemudian, barulah disertai oleh Ralynne, Wyslicenus, Dainelan, Neliant, Dalylla, Sellavian and Wallenstein,” kata Prof. Lordes mengikut gambar yang tersusun di dinding.

Annabella memerhati satu persatu potret yang tergantung di dinding mengikut apa yang disebut oleh Prof Lordes. Matanya merenung lama potret satu-satunya seorang wanita cantik yang berambut kuning keemasan dan mempunyai sepasang mata berwarna biru. Ada sesuatu yang menariknya untuk merenung gambar tersebut.

“Ianya sembilan orang? Bukan lapan?” tanya Annabella.

“Ya, Anna. Mereka merupakan Heroic Knight yang pertama. Haiwan yang berada di bawah mereka adalah Ancient Beast yang telah lama hidup. Mereka melihat kesungguhan Heroic Knight menentang kejahatan. Sembilan Ancient Beast membantu mereka dengan menjadi familiar mereka."

“Familiar di sini adalah bermaksud kuasa kedua Lvanian. Lvanian asal mempunyai kuasa asas seperti api, air, angin, kilat, semangat dan tanah. Apabila seorang Lvanian mengikat perjanjian darah dengan Celestial Beast atau Ancient Beast, kuasa yang dimiliki oleh Lvanian akan bertambah kuat. Lvanian juga dapat menggunakan kuasa yang dimiliki oleh Celestial Beast dan Ancient Beast.

Heroic Knight yang pertama adalah Lvanian yang pertama mengikat perjanjian darah dengan Ancient Beast. Disebabkan Ancient Beast merupakan Guardian of Sylvania, mereka menganugerahkan senjata berkuasa sebagai tanda kesetiaan dan kepercayaan mereka kepada Heroic Knight,” terang Prof. Lordes panjang lebar. Dia mengurut dada kerana semput.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now