Bab 47: The Council

16.5K 979 47
                                    

PEDANG dihayunkan mengikut rentak. Pelbagai gerakan dipelajarinya untuk meningkatkan lagi kemahirannya menggunakan pedang. Kekalahan dulu mengajarnya untuk berusaha lebih lagi. Sekarang ini dia perlu berlatih dengan gigih lagi untuk mengatasi seseorang.

Kling!!!

Bunyi pedang berlaga agak mengejutkan dirinya yang sedang berlatih. Apabila melihat orang yang menyerangnya, Clara tersenyum sinis.

"I need a warm up," kata Annabella.

"So, let's fight." Clara bersetuju.
Mereka bertarung untuk kali kedua selepas perlawanan mereka pada tiga tahun dahulu. Cuma bezanya pertarungan mereka kali ini bukan untuk merebut tempat Heroic Knight Keempat.

"You're too slow," kritik Annabella.

"Sekarang kau sudah berani mengkritik aku?" Clara tersenyum sinis.

"Bukan itu sahaja."

Clara mula mempercepatkan pergerakannya membuatkan pihak lawannya tercari-cari akan kedudukan sebenarnya. Apabila dia menyerang, ternyata pihak lawan dapat menangkis serangannya. Dia cuba menyerang sekali lagi tetapi pihak lawannya tetap mampu menepis serangannya dengan mudah. Serangan terakhir juga dapat dielak sehingga dia kelelahan.

"I can defeat you once again," tutur Annabella. Dia merebahkan badan di atas rumput untuk melepaskan lelah kerana tidak berhenti menyerang pihak lawannya.

"Mesti kau orang yang paling gembira apabila mendapat tahu aku sudah nyawa-nyawa ikan, kan?" soal Annabella.

"Sebenarnya tidak," nafi Clara.

"Itu buat aku terkejut, Clara."
Annabella mengerutkan dahi.

"Jangan salah faham. Kalau kau mati, tujuan aku berlatih selama ini hanya sia-sia."

"Hmmm?"

"Aku mahu mengatasi kau, Anna. Aku ingin jadi lebih kuat dari kau. Bila kau mati, tujuan itu turut hilang. Tiada lagi orang yang mampu buat aku berlatih bersungguh-sungguh untuk menandingi kau. Matlamat aku sekarang adalah untuk menandingi kau, Anna," akui Clara.

"Karyle ada... Eidan ada... Mereka lebih kuat dari dulu. Kenapa aku?"

"Sebab kau keturunan Fryswellendine dan Dalylla yang terakhir. Pengguna kuasa cahaya yang terakhir. Seribu tahun dulu, pengguna kuasa cahaya adalah Lvanians yang paling hebat di antara pengguna kuasa lain. Sebab mereka mampu menguasai semua jenis kuasa juga. Cahaya Api, Cahaya Tanah, Cahaya Udara, Cahaya Kilat, Cahaya Air, dan Cahaya Semangat merupakan enam kuasa berasal dari kuasa cahaya. Pengguna kuasa cahaya pecahkan enam cahaya tersebut supaya dapat mempelbagaikan lagi penggunaan kuasa di Sylvania," kata Clara panjang lebar.

"Banyak juga yang kau tahu."

"Itu gunanya sejarah. Walaupun disembunyikan dari pengetahuan Lvanian lain, Heroic Knight patut tahu semua itu. Apabila aku lihat kau kalahkan Arae, ia membuatkan aku lebih bersemangat untuk berlatih supaya satu hari nanti aku dapat tandingi kau."

"Hanya sebab itu kau bencikan aku?"

"I don't know why I hate you, Anna. But, your destiny is not fair."

"Macam mana kau tahu?"

"Aku terdengar kau bercakap dengan Eidan sehari sebelum kau ke Wasteland."

"Jangan bersimpati pada aku."

"Aku tidak bersimpati pada kau, aku cuma kesiankan Eidan."

"Kau ada hati dengan Eidan?" teka Annabella.

"Hahaha... Pandai kau buat lawak. Bukan kau sahaja sudah ditentukan dengan siapa kau bersama." Clara ketawa.

"Ini kali pertama aku lihat kau senyum dan ketawa, Clara," ujar Annabella.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now