Bab 15: Good Girl, Bad Girl

16.8K 1.2K 42
                                    

ANNABELLA tersedar dari tidur. Dia menggeliatkan badannya. Sedapnya dapat tidur, gumamnya dalam hati. Dia kembali menutup mata untuk menyambung tidur semula. Tidur untuk dua jam lagi.

Krek!

Bunyi pintu dibuka memaksa Annabella membuka mata untuk melihat siapa yang datang ke biliknya. Eh? Macam kenal.

“Selamat pagi, Annabella!” ucapnya sambil tersenyum manis.

“Selamat pagi. Err... Saya berada House of Healing ke?” Annabella membalas senyumannya.

“Kamu tercedera semasa perlawanan tapi kamu tidak perlu risau luka kamu semakin sembuh,” terang Ricia.

“Patutlah macam kenal tempat ini. Berapa lama saya tidak sedarkan diri?”

“Dua hari.”

“Oo... Hah? Dua hari? Apa yang telah terjadi sebenarnya? Bagaimana dengan perlawanan itu?” tanya Annabella dengan bertubi-tubi kerana sangat terkejut.

“Kamu menggunakan terlalu banyak tenaga semasa perlawanan. Tubuh kamu tidak biasa menggunakan tenaga lebih dari had kamu menyebabkan kamu pengsan,” terang Ricia.

“Patutlah rasa sengal tubuh. Huargh!!! Mengantuknya...”

“Kalau tidak ada apa-apa masalah, saya keluar dulu. Tahniah!” Ricia meninggalkan Annabella yang terkebil-kebil sendiri setelah mengucapkan tahniah.

“Apa maksud dia tadi?” tanya Annabella.

“Maksudnya kamu sudah menang perlawanan tersebut,” balas seseorang.

“Siapa tu? Kalau kau berani, keluar! Kalau kau hantu, aku tidak takut,” kata Annabella. Selimut sudah ditarik rapat pada wajahnya. Tidak takutlah sangat...

Kuk!

Annabella melepaskan selimut yang dipegang erat. Tangannya disilang pada dada. Kepalanya sudah timbul bengkak yang berwarna merah. Orang yang mengetuk kepalanya, tidak lain tidak bukan ialah Andrew.

“How did you do that?” tanya Andrew.

“Buat apa?”

“Masa hari perlawanan kamu dengan Puteri Clara. Bagaimana kamu melakukannya?”

“Saya dilatih menggunakan senjata tajam sejak kecil lagi.”

“Saya tidak persoalan kemahiran kamu menggunakan senjata, Anna. Sebab saya tahu kamu merupakan orang cepat belajar. Apa yang saya mahu tahu bagaimana kamu berjaya mengelak serangan puting beliung Puteri Clara? Bagaimana kamu dapat bangkitkan Killer Instinct?” soal Andrew lagi.

“Saya tidak faham,” kata Annabella dengan wajah yang keliru.

Lapan bilah pisau yang mempunyai corak yang sama dan lengkung yang sama diserahkan kepada Annabella. Dia mengambil pisau tersebut setelah Annabella pengsan secara tiba-tiba semasa mencabut satu pisau pada Clara. Puteri Kerajaan Angin itu tidak mengalami sebarang kecederaan biarpun dirinya hampir terkena pisau dibaling oleh Annabella.

Dalam masa dua hari, dia meneliti pisau tersebut. Setiap bilah pisau tersebut terdapat satu huruf dihujung mata pisau. Antara hurufnya adalah A, D, R, E, dl, N, A dan F. Maksud di sebalik huruf tersebut masih tidak dapat dihuraikan.

“My father gave it to me three years ago. Last birthday present from him.”

“The alphabet. Did you realize it?”

“Saya baru buka hadiah tu pada hari perlawanan saya dengan Clara. Saya baru tahu kipas itu sebenarnya pisau dan saya tidak perasan ada huruf di setiap bilah pisau tersebut.”

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now