Bab 43: Meet Old Friend

16.2K 1.1K 102
                                    

ANNABELLA berlegar-legar di sekitar kawasan Akademi Seraglio pada waktu malam ketika semua penghuni akademi nyenyak tidur. Dia mengambil keputusan untuk memasang pelindung di seluruh kawasan akademi supaya tiada lagi pencerobohan berlaku. Pedang yang tersisip di pinggang ditarik keluar lalu dipacak pada tanah. Satu gelombang beralun terbentuk sebaik sahaja pedangnya terpacak di tanah.

“Cahaya Perlindungan... Lindungi mereka yang berada di sini. Selamatkan mereka dari kegelapan. Jaga mereka dari kejahatan. Halang mereka dari terjerumus dalam ketakutan,” serunya.

Tiba-tiba sahaja muncul cahaya keemasan mengelilingi akademi. Cahaya tersebut membentuk seperti kubah dan perlahan-lahan hilang dari pandangan mata. Hanya Annabella dan pengguna kuasa cahaya sahaja yang mampu melihat pelindung cahaya berbentuk kubah.

Annabella berlalu pergi setelah selesai tugasnya. Kakinya berhenti melangkah apabila melintasi kawasan barat akademi di mana House of Healing terletak. Fikirannya terus teringatkan Eidan. Bagaimana agaknya keadaan dia sekarang ini? Hatinya berbelah bahagi mahu melawat Eidan atau tidak. Dia tidak bersedia lagi bertemu dengan lelaki itu. Perasaan takut menyelubungi diri jika Eidan menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku.

“Pergi sajalah kalau kau mahu melawatnya,” kata Pierce.

“Aku takut, Pierce,” balas Annabella.

“Kau takut sebab apa? Eidan tidak akan marah kau.”

“Mana kau tahu?”

“Kalau kau pergi, kau tidak akan menyesal. Kalau kau tidak pergi, kau akan menyesal dan Eidan akan marah kau. Kau pilih,” kata Pierce. Dia memberi pilihan kepada Annabella sebelum menghilangkan diri dari minda Annabella.

Annabella termenung memikirkan pilihan yang Pierce bagi. Hatinya pula berbolak-balik. Sekejap sahaja, Anna. Dia memujuk hatinya sendiri. Selepas tengok muka Eidan, dia boleh pergi.
Tidak sampai sepuluh saat pun. Kenapa dengan dia? Ini bukan kali pertama dia bertemu dengan Eidan.
Tidak lama kemudian, Annabella muncul di House of Healing dengan menggunakan medan teleportasi. Dia mencari katil yang dihuni Eidan. Lelaki itu masih tidak dijumpai. Sampai di katil yang paling hujung dekat dengan tingkap akademi, langkahnya terhenti.

Dia dapat melihat sekujur tubuh terbaring di atas katil tanpa menyedari kehadirannya. Dengan langkah yang diatur perlahan tanpa mengeluarkan bunyi, dia mendekati Eidan yang sedang nyenyak tidur atau masih tidak sedarkan diri. Dia tidak pasti. Tapi dia melihat dada lelaki itu turun naik.

“Aku minta maaf...” gumamnya perlahan. Annabella memusingkan badan. Dia mahu beredar dari situ kerana tidak betah melihat Eidan terlantar sakit disebabkannya.

“Akhirnya, kau datang juga.”

Langkah Annabella terhenti apabila terdengar suara yang tidak asing lagi padanya. Dia menoleh ke belakang. Matanya bersambung dengan mata biru Eidan yang sedang menyandarkan badan pada kepala katil.

“Aku ingat kau tidak akan datang melawat aku. Nampaknya kau sangat risaukan aku.” Eidan senyum nakal.

“Aku tidak risaukan kau, aku hanya bersimpati,” nafi gadis itu.

“Kenapa kau datang ke sini? Kalau bukan risaukan aku, habis tu apa?”

“Kebetulan aku lalu sini, jadi aku datanglah.”

“Betul ke?” provok Eidan.

“Betullah! Sudahlah, aku mahu pergi.” Annabella bersungguh-sungguh meyakinkan lelaki itu.

Dia terus menyambung langkah tetapi pergelangan tangannya ditarik oleh Eidan menyebabkan dirinya hilang keseimbangan lalu jatuh dalam pelukan Eidan. Mukanya tersembam pada dada bidang lelaki itu.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Onde as histórias ganham vida. Descobre agora