Bab 53: Endless Smile

14.9K 1K 57
                                    

KEPEKATAN malam mula menguasai alam apabila matahari menghilangkan diri di sebalik kegelapan. Perang yang berlaku masih tiada penghujung. Semakin lama semakin ramai tentera yang terkorban dalam peperangan tersebut tanpa sempat untuk ditangisi kerana mereka perlu berjuang demi keamanan dunia Sylvania.

Badan mereka sudah penat dan letih kerana dua hari perang berlaku tanpa henti. Tetapi semangat juang yang ada dalam diri buat mereka terus bertahan. Setiap kali mereka terjatuh dan tersungkur, mereka tetap bangkit berjuang.

“Tak ada idea ke untuk mengalahkan raksasa ni?” jerit Hariel.

“Frielan! Kau yang paling bijak antara kami bertiga. Tidak ada idea ke yang terlintas dalam fikiran kau?” sahut Haziel.

“Aku tahu,” balas Frielan.

Dia membuka Ipadnya untuk mencari strategi yang mantap untuk mengalahkan Ancient Demons.
Semua strategi yang disimpan tidak akan berkesan ke atas raksasa-raksasa tersebut. Dia membuka nota penting dalam satu aplikasi Memopad. Segala info penting dia catat dalam itu. Apabila dia membaca buku dan menjumpai perkara yang menarik, dia akan catat. Kesimpulannya, Frielan semakin cekap menggunakan Ipad.

“Genius! Cepatlah! Kau mahu aku mati terlebih dahulu?” jerit Haziel yang geram.

“There’s no strategy to defeat that things,” balas Frielan dengan muka tidak bersalah. Dia menyimpan kembali Ipadnya.

“I swear! Before I die, I’m gonna kill you, Frielan!” jerit Haziel.

“Before you kill me, your father gonna kill you first,” balas Frielan bersahaja.

“Budak-budak! Ini bukan masa mahu berbunuhan antara satu sama lain,” celah Andrew dengan nada tegas.

Mereka kembali bertarung dengan Ancient Demons. Setiap serangan yang dilakukan oleh mereka tidak berkesan. Kepenatan yang mereka rasa sudah tidak dapat dibendung lagi. Lenhil terhumban di atas tanah. Walaupun badannya sakit, dia tetap cuba bangun berdiri. Saat itu ada seorang menghulurkan tangan. Senyuman terukir di wajahnya lalu menyambut huluran si gadis. Tangan Freya digenggam erat.

“Semua orang berpegangan tangan,” kata Freya.

Mereka semua berpegangan tangan membentuk bulatan. Tiada apa yang boleh lakukan. Mereka telah lama kalah cuma tidak mahu menerima hakikat. Sekarang ini, mereka hanya pasrah dengan nasib diri. Mati di medan perang adalah satu perhargaan bagi mereka semua. Masing-masing menutup mata bersedia untuk mati.

Take back my life,
My power’s turned on,
Starting right now I’ll be strong,
Losing friends and I’m chasing sleep,
Hmmm... Hmmm...

Bunyi orang bersenandung jelas kedengaran di telinga mereka walaupun senandung itu tenggelam timbul dengan ngauman raksasa-raksasa.

Never never losing dreams,
I’m coming to rising it,
Come my friends come with me,
Hold my hand we’ll get through it,
Hmmm... Hmmm...

Satu lagi bunyi ngauman yang sangat asing di pendengaran mereka. Dentuman dan letupan yang kedengaran di segenap ruang memaksa mereka membuka mata masing-masing. Mata mereka terbuka luas apabila melihat dua ekor raksasa telah rebah tercedera parah tanpa mengetahui puncanya.

“What is going on here?” tanya Annabella.

Bunyi kibasan sayap memaksa mereka mendongak ke atas langit. Mereka nampak sesuatu yang sedang terbang ke arah mereka tetapi tidak dapat melihat dengan jelas kerana terlalu gelap. Namun, mereka dapat lihat satu cahaya yang berwarna-warni seperti sfera keluar dari benda terbang tersebut dan menyerang Ancient Demons. Serangan tersebut berkesan.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now