Bab 21: Your Highness, Prince Eidan!

17K 1.1K 27
                                    

SEPERTI biasa Annabella terjaga dari tidur setelah mengalami mimpi yang pelik. Kali ini dia bermimpikan Fryswellendine dan Dalylla. Segaris senyuman terbit di bibirnya. Dalam mimpinya, Fryswellendine melamar Dalylla untuk menjadi permaisuri hidupnya. Sangat romantik sekali lamarannya. Dalylla yang cantik memakai gaun berwarna biru berada di sebuah taman bunga. Tidak lama kemudian, Fryswellendine datang sambil menunggang kuda putih. Bagaikan seorang putera melamar sang puteri.

"Bertuahnya jadi Dalylla dilamar oleh lelaki kacak bagai putera raja. Kalau boleh aku mahu jadi seperti Dalylla. Berangan kau, Anna..." kata Annabella seorang diri. Dia merenung lukisan yang dilukis berdasarkan mimpinya.

Ini kali pertama dia tidak mengalami mimpi ngeri. Mungkin ini merupakan kesan sampingan apabila tidur selepas membaca kisah percintaan mereka. Prof. Lordes yang memberi buku tentang kisah cinta dua legenda tersebut. Bagi Lvanians yang lain, ia mungkin sebuah kisah cinta yang dikarang oleh penulis berdasarkan imaginasi. Sebenarnya kisah itu benar-benar berlaku.
Di mana mereka setelah menghilangkan diri? Itu sahaja persoalan yang timbul di mindanya sejak tiga hari lepas.

Annabella bangun. Dia membuka almari baju. Baju sejuk miliknya yang selalu dia pakai di Bumi dulu disarung pada badan yang hanya memakai baju t-shirt lengan pendek.
Setelah itu, dia bergerak ke ruang balkoni bilik. Dia memanjat naik di atas pagar balkoni setelah mengagak yang mungkin dia boleh naik ke bumbung akademi. Dia berpaut pada batang besi dan melonjakkan badan ke atas. Sekarang ini dia berada di atas bumbung biliknya.

Annabella berjalan dengan berhati-hati agar tidak terjatuh. Tangannya didepakan untuk mengimbangi badan. Semakin lama semakin jauh dia berjalan dari bumbung biliknya. Cahaya dari menara pemerhati akademi sekali-sekali menyinari bumbung akademi. Sehingga cahaya itu melintasi seseorang.

Gulp! Hantu ke? Sudahlah aku jenis lemah semangat bila tengok hantu. Tapi hantu mana ada di dunia ini! Annabella mengangguk perlahan kerana cuba menerima logiknya sendiri. Dia dapat lihat seseorang sedang berbaring di atas bumbung akademi. Sudah gila ke tidur atas bumbung? Dia pun gila juga naik atas bumbung tanpa alasan kukuh. Badannya disandar pada tiang bendera Akademi Seraglio sambil memerhati seseorang yang tidak jauh darinya. Kita kacau dia!

"Your highness, Prince Eidan... It's very surprise to see you here," kata Annabella dengan nada memerli.
Eidan sedang memejamkan mata kembali membuka matanya. Dia kenal sangat suara sinis tersebut. Dia bangun dari pembaringan. Langkah diatur mendekati Annabella yang mengganggu ketenteraman.

"Tuanku..." Annabella merendahkan sedikit badannya. Kepalanya ditundukkan sebagai tanda hormat seseorang apabila berdepan dengan kerabat diraja.

Eidan pula merasa meluat melihat kelakuan Annabella yang sememangnya suka mengejeknya. Sebelum ini, gadis itu tidak pernah berlaku sopan atau memanggilnya dengan bahasa istana.

"Apa yang kau buat di sini?"

"Cari putera raja patik yang hilang," kata Annabella dengan senyuman nakal.

Eidan pula mendengus apabila mendengar kata-kata Annabella yang berbaur sinis dan mahu mengenakannya.

"Pergi masuk bilik kau sekarang! Macam mana kau boleh ada di sini?"

"Patik tidak akan masuk ke dalam bilik patik selagi patik tidak jumpa putera raja idaman patik. Bagaimana patik berada sini? Itu Rah. Si. A." Annabella mengukir senyuman.

"Lebih baik kau masuk semula bilik kau. Sebelum aku tolak kau sampai jatuh!" ugut Eidan.

"Kalau patik tidak mahu, apa yang tuanku mahu lakukan?" Annabella sengaja mahu membakar hati Eidan dengan menggunakan bahasa istana. Dia menyedari yang lelaki itu, Karyle dan Frielan tidak gunakan bahasa istana biarpun mereka masing-masing putera raja. Putera raja jenis rendah diri.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now