Bab 13: A Duel? Again?

15.7K 1.2K 53
                                    

“KAU tidak ada mata atau kau buta?” marah seorang gadis berambut biru dan mempunyai sepasang mata biru. Dia merenung tajam ke arah Annabella.

“Saya minta maaf...” tutur Annabella.

“Kata maaf itu tidak berguna bagi aku. Baju aku kotor disebabkan kau!” marah gadis itu lagi.

“Saya betul-betul minta maaf,” ucap Annabella.

“Kau fikir ia boleh menghilangkan kesan kotor pada baju aku?” kata gadis itu. Dia menunjukkan bajunya yang berwarna putih dikotori oleh makanan.

“Aku sudah meminta maaf. Apa lagi yang kau mahu?” Kesabaran Annabella mula menepis.

Orang ramai mula mengerumuni kafeteria akademi untuk melihat perbalahan antara dua gadis tersebut. Bulat mata Wilda apabila melihat Annabella mencari gaduh dengan bukan calang-calang orang. Dia terus mendekati Annabella dan menarik sahabatnya untuk pergi dari situ.

“Maafkan dia, Puteri Clara. Dia tidak sengaja,” ucap Wilda bagi pihak Annabella.

“Oh, musuh jadi kawan? Kau berdua memang sesuai jadi kawan sebab dua-dua lemah!”

Wilda mengetap gigi apabila mendengar kata-kata dari gadis itu tetapi dia sabarkan hati. Gadis itu bukan calang-calang orang untuk bergaduh.

“Sudah, Anna. Jom kita pergi dari sini!” ajak Wilda. Dia tidak mahu menimbulkan pergaduhan.
Kesabarannya juga ada batasan.

Annabella hanya mengikut sahaja kehendak Wilda kerana tidak mahu mencetuskan perbalahan yang lebih serius. Kalau ikutkan hati, dia mahu tumbuk muka cantik gadis berambut biru tersebut. Jika dia bertindak begitu, pasti dia tidak dapat berada di sini dengan aman lagi. Mungkin setiap hari dia akan diserang.

“Hei, manusia lemah! Kau lawan dengan orang yang lemah seperti kawan kau memang boleh menang cuba kau lawan dengan orang yang jauh lebih kuat dari kau,” kata gadis itu dengan nada sinis.

Langkah Annabella dan Wilda terhenti apabila mendengar kata-kata sombong dari gadis itu.

“Apa maksud kau?” tanya Annabella. Dia memandang tajam ke arah gadis itu.

Gadis itu mendekati Annabella.

“Kau tidak faham maksud aku? Kau dan aku. Kita bertarung. Jika kau menolak, aku tidak kisah sebab kau tiada tandingan bagi aku.” Setelah mengungkapkan kata-kata tersebut, gadis itu melanggar bahu Annabella dengan sengaja. Annabella sudah mengetap gigi geram.

“Baiklah. Kalau itu yang kau nak, aku sahut cabaran kau.” Annabella sahut cabaran gadis itu tanpa gentar.
Langkah gadis itu terhenti.

“Minggu depan. Pertarungan kita akan berlangsung.”

Wilda sudah tercengang dengan keputusan Annabella.

“GILA! Kau memang gila, Anna! Gila!” kutuk Wilda.

“Kau sebut sekali sudah tidak perlu ulang banyak kali,” kata Annabella.

But yang ditanggalkan diletakkan di tepi dinding. Jaket hijau putih disangkut pada penyakut. Rambutnya yang panjang paras pinggang kekal terikat seperti ekor kuda. Jika seminggu lagi tidak digunting, rambutnya akan panjang mencecah peha. Perbezaan waktu di Sylvania dan Bumi sangat berbeza. Setahun di Bumi bersamaan sepuluh tahun di Sylvania.

“Kau memang gila pun! Kau tahu kau cari pasal dengan siapa?”

“Manalah aku tahu!” Annabella menjongketkan bahu. Dia merebahkan badan di atas tilam.

“Clara de la Dainelan. Puteri Kerajaan Wynterland.” Wilda memberitahu nama gadis yang mencabar kawannya itu.

“Jadi? She just a dumbass nobility and a supercilious princess. Kenapa kau gelabah sangat?” Annabella tayang muka tidak kisah.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang