Bab 18: Manusia atau Lvanians?

16.9K 1.1K 42
                                    

SUASANA menjadi sunyi setelah Annabella melangkah keluar. Masing-masing menyalahkan antara satu sama lain kerana menyebabkan kemarahan Annabella. Mereka berkumpul di ruang tamu untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

“Sekarang ini apa yang perlu kita lakukan?” Karyle bersuara. Dia sebagai Heroic Knight Pertama mempunyai tanggungjawab sebagai ketua kumpulan.

“Perbuatan kamu berempat menyebabkan perkara ini berlaku,” kata Karyle lagi. Ianya dituju kepada Freya, Serena dan pasangan kembar.

“Come on, Karyle! Aku cuma meminta tolong sahaja,” kata Freya tanpa bersalah.

“Tapi ada kau dapatkan persetujuannya untuk melakukan kerja kau?” ujar Karyle.

“Err... Rasa-rasanya... Tak ada,” balas Freya lambat-lambat.

“Kamu semua tidak sepatutnya buat Anna begitu. Dia tidak perlu dilayan seperti pembantu. Ini ke Heroic Knight yang dikagumi?” tutur Karyle. Walaupun suaranya kedengaran lembut tetapi ada ketegasan.

“Pembantu rumah cuti. Siapa yang akan buat kalau bukan Anna?” Serena bersuara.

“Kalau Clara masih ada, adakah kamu menyuruh dia buat kerja kamu semua?” Pertanyaan Karyle mendiamkan mereka berempat. Kepala ditundukkan. Karyle mengeluh perlahan.

“Walaupun dia bukan dari sini, kita tidak sepatutnya melayannya begitu. Seorang Heroic Knight tidak akan mengambil kesempatan terhadap orang yang lemah daripada kita. Kita sepatutnya membantu dan menolong mereka yang lemah.” Karyle agak kecewa dengan sikap ahlinya.

“Apa yang perlu kami lakukan untuk tebus kesalahan kami?” tanya Hariel.

“Minta maaf dengan Anna.”

“Baiklah,” balas Freya, Serena dan pasangan kembar.

“Boleh bersurai.”

Masing-masing masuk ke dalam bilik masing-masing. Tinggal Karyle, Frielan dan Eidan yang berada di situ. Mereka mahu berbincang tentang sesuatu yang sangat penting tetapi tidak boleh dilakukan di situ. Oleh itu, mereka bertiga melangkah masuk ke dalam bilik bacaan dan mengunci pintu tersebut.

“Phoenix the Ancient Beast, bersatu bersamamu, menjagaku yang dipilihmu,” seru Karyle.

Pisau yang berada di pinggangnya diambil lalu menghiris tangannya sehingga setitik darah menitis. Muncul satu cahaya yang menyilaukan pandangan. Setelah itu, muncul seekor burung berwarna merah seperti api yang membara. Sayapnya ada kilauan emas apabila terkena cahaya matahari. Terdapat satu tanda berbentuk permata di dahi burung tersebut. Ia terbang lalu bertenggek di atas palang kerusi.

“Ada apa kau memanggilku, Karyle?” tanya burung tersebut.

“Maaf menganggumu, Elioni. Aku memerlukan pertolonganmu untuk membantu kami,” ujar Karyle.

Sudah menjadi tugasku untuk membantumu. Apa yang perlu aku lakukan?” kata Elioni.

“Tolong lihat keadaan seorang gadis yang berambut emas dan mempunyai sepasang mata berwarna biru?” pinta Karyle.

“Pengguna dua kuasa?”

“Tidak. Dia hanya manusia.”

“Baiklah. Kalau itu yang kamu mahu aku lakukan.” Setelah itu burung tersebut menghilangkan diri.

“Jadi, bagaimana?” soal Frielan sambil membetulkan cermin matanya.

“Elioni bersetuju melihat keadaan, Anna. Kita hanya perlu menunggunya kembali,” balas Karyle.

Apabila seseorang berada di level 2 atau gred 3, mereka akan mencari familiar atau haiwan suci untuk menjadi penjaga dan pelindung masing-masing dan mengikat perjanjian dengan mereka. Tetapi tidak mudah mengikat perjanjian dengan familiar kerana mereka dipilih oleh haiwan suci. Perjanjian mereka adalah darah dengan darah. Untuk menyeru familiar, memerlukan setitik darah. Selain itu, hanya pemilik familiar dan pengguna kuasa semangat sahaja yang dapat berhubung atau berinteraksi dengan familiar.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now