Bab 5: A Film Star Ghost

19.1K 1.3K 90
                                    

HARI yang sangat ceria dan indah untuk memulakan rutin harian. Ceria dan indah bagi orang lain tetapi bukan Annabella. Apabila dia mahu keluar pergi kerja, wajah kacak Andrew Cranel sudah terhidang di ruang mata di hadapan pintu rumahnya. Tak balik rumah lagi mamat psiko ni! Dia fikir Andrew telah pergi.

“Selamat pagi!” sapa Andrew dengan wajah ceria.

Annabella tidak mengendahkan sapaan ceria dari Andrew. Dia terus menyarung stokin, kasut dan melangkah untuk pergi kerja. Oleh sebab kawasan perumahannya dekat dengan bandar, dia hanya berjalan kaki pergi kerja. Nak pergi kerja dengan kereta ayahnya? Lesen pun tiada. Entah boleh gerak atau tidak kereta lama ayahnya.

“Annabella, kamu sudah tidak dapat melihat saya ke? Atau kamu buat-buat tidak nampak saya? Jangan tipulah... Saya boleh tahu orang menipu,” ujar Andrew. Dia mengekori Annabella dari belakang.

Sabar sajalah hati... Orang psiko, kalau dilayan, semakin menjadi-jadi perangainya. Annabella terus melangkah masuk ke dalam Story Cafe apabila sampai di tempat kerjanya. Kakinya melangkah ke bilik rehat untuk menyalin pakaian. Annabella keluar dari bilik persalinan dengan memakai pakaian kerjanya. Baju yang dipakai tadi diletakkan di dalam loker. Pintu loker ditutup dan dikunci. Dia menoleh kiri dan mendapati Andrew sedang bersandar di loker sebelah sambil berpeluk tubuh.

“Apa yang awak mahu dari saya?” tanya Annabella. Dia rimas dengan kehadiran lelaki pelik itu.

“Saya mahu memastikan keselamatan kamu.”

“Dari apa? Werewolf? Oh, a vampire this time?” tanya Annabella dengan nada sindiran.

“Dari Demon... Makhluk yang sangat menakutkan. Tidak mustahil kamu akan diserang sekali lagi oleh Demon sebab kamu boleh melihat mereka.”

“I don’t believe that freaking Demon you say. So, please don't disturb me!” marah Annabella.

“Hei, Anna! Kau bercakap dengan siapa?” tegur Samantha. Dia baru sahaja masuk ke dalam bilik rehat pekerja. Dahinya berkerut apabila mendengar Annabella bercakap seorang diri.

“Dengan lelaki inilah... Kau tak nampak? Lelaki pelik yang berdiri di sini.” Annabella tunjuk ke arah Andrew.

“Lelaki pelik mana? Aku cuma nampak kau seorang sahaja di sini. Kau tak sihat ke?” Samantha menyentuh dahi Annabella.

Annabella tercengang. Dia pandang Andrew yang berada di hadapan matanya. Tidak mungkin dia mempunyai sixth sense. Mungkin Andrew adalah hantu? Dia lihat Samantha melalui tubuh Andrew seakan-akan tiada apa-apa di situ. Matanya semakin membulat.

“Hanya kamu sahaja yang boleh melihat saya dan mendengar suara saya.” Andrew bersuara untuk menerangkan apa yang berlaku.

Oh, tidak! Dia tidak mahu ada kuasa supernatural yang boleh melihat hantu! Dia tidak boleh bayangkan yang hidupnya akan dihantui oleh hantu-hantu yang menakutkan dan hodoh. Tapi... Hantu di hadapan matanya adalah kacak. Ergh, apa dia melalut ni?

“Kau bercakap dengan siapa tadi?” tanya Samantha. Dia telah pun selesai menyalin pakaian kerjanya.

“Err... Kena prank. Sejak kebelangan ini, aku selalu mendapat panggilan dari orang yang tidak dikenali. Kerap pulak tu.” Tipu pun tipulah.

“Aku mahu nasihatkan kau. Kalau kau dapat panggilan macam tu lagi, jangan angkat. Bahaya! Aku ada baca satu blog ni. Kalau jawab panggilan yang tidak dikenali lebih dari sepuluh kali, kau akan mati. Seram!”

Betul ke? Blog apalah yang baca dibaca... Mengarut sungguh.

KERJA yang dilakukan hari ni terasa kekok dan semuanya tidak kena. Ini disebabkan kehadiran Andrew yang asyik memerhati tindak-tanduknya. Semua pekerja di situ termasuklah pelanggan tidak nampak kehadiran Andrew. Hanya Annabella seorang sahaja yang nampak lelaki itu.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now