Bab 40: Arae The Daemon of Curses

16.3K 1K 71
                                    


PELAJAR akademi di level 1 berlatih bersungguh-sungguh untuk menghadapi ujian kelayakan ke level 2 untuk tahun depan. Tidak kira seseorang itu berada di gred berapa. Jika dapat melepasi ujian kelayakan, mereka akan berjaya masuk ke level 2 iaitu peringkat yang membolehkan mereka mengikat perjanjian dengan familiar.

Wilda hanya duduk termenung di kerusi penonton di colosseum. Semangatnya untuk berlatih hilang kerana sejak kebelakangan ini dia asyik bermimpikan Annabella. Jauh di sudut hatinya, dia masih berharap yang Annabella masih hidup. Namun, khabar Annabella dibunuh oleh Ancient Demon agak mustahil Annabella masih hidup. Tiada siapa yang dapat hidup apabila dibunuh oleh Charybdis menurut apa yang dia baca dalam buku. Gelang kayu pemberian Annabella direnung. Tidak sangka ini adalah tanda persahabatan mereka yang pernah terjalin semasa Annabella masih hidup.

"Kau mesti hidup bahagia di sana, kan?" gumam Wilda dengan suara yang perlahan.

Wilda bangun dari tempat duduk dan bersedia untuk berlatih. Dia tidak mahu membazirkan masa kerana dia mahu menunjukkan pada Annabella yang dia kuat dan mampu mencapai kedudukan yang sama dengan Heroic Knight biarpun tidak menjadi salah satu ahli mereka.

Tanpa disedari oleh pelajar akademi, mereka diperhatikan oleh seseorang yang berada di atas tembok akademi dengan senyuman sinis. Matanya berwarna hitam pekat tanda dirinya sudah terjatuh dalam kegelapan beratus tahun dahulu. Rambutnya yang hitam berkilat ditiup lembut oleh angin.

"Kau jangan bertindak melulu..." Satu suara menerjah mindanya.

"Rugilah kalau tidak dapat bermain dengan mereka." Ketawa sinis terlepas dari bibirnya yang merah merekah.

"Perhatikan mereka. Jangan kau bertindak melulu!"

"You're so boring. Let me have some fun. Aku bosan asyik perhatikan mereka sahaja. Aku mahu berseronok. Lagipun, aku mahu jumpa 'kawan lama' aku."

Dia melompat turun dari tembok akademi dengan mudah. Larangan dari suara yang menerjah mindanya tidak dihiraukan. Dia melangkah menuju ke kolosseum dengan senyuman yang menakutkan.

"Hai," sapanya.

Pelajar akademi yang asyik berlatih terkejut dengan kehadirannya. Seorang perempuan cantik berambut hitam dan terdapat dua tanduk berwarna merah di atas kepalanya. Ekornya bergerak ke kiri dan ke kanan. Lengan dan betis perempuan itu bersisik merah. Senyuman yang menyeramkan masih terukir di wajahnya.

"Siapa kau, hah?" jerit salah satu pelajar tersebut.

"Kau tidak mengenali aku siapa? Kecewanya aku bila kau tidak tahu nama sebenar aku. Nampaknya aku tidak terkenal seperti Nemesis dan yang lain-lain. Aku perlukan melakukan sesuatu untuk buat kau semua kenal aku." Perempuan itu menunjukkan reaksi sedih.

Tapak tangan dihalakan pada pelajar akademi tersebut. Perlahan-lahan muncul bebola hitam yang lama-kelamaan membesar.

Boom!!!

Satu letupan kedengaran sehingga menggegarkan tanah. Pelajar akademi yang berdekatan dengan perempuan itu terkena serangan tersebut. Kebanyakan pelajar akademi mengalami cedera parah, ada yang melarikan diri, dan ada yang cuba membantu rakan yang lain. Hanya beberapa orang sahaja yang masih teguh berdiri.

"Hmmm? Ada lagi yang masih boleh berdiri?"

Boom!!!

Satu lagi serangan yang sama dilepaskan oleh perempuan tersebut. Kali ini letupan itu semakin kuat kedengaran. Asap tebal berkepul-kepul memenuhi colosseum tiba-tiba sahaja semakin menghilang. Perempuan itu menyengetkan sedikit kepalanya. Tidak menyangka serangannya kali ini masih ada lagi yang masih berdiri. Seorang gadis berambut merah sedang merenung tajam ke arahnya.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now