Bab 6: Ke Dunia Baru

17.2K 1.3K 47
                                    

SETENGAH jam sebelum ni, Annabella rasa rugi sebab tidak beli popcorn. Makan popcorn sambil melihat Andrew bertarung dengan arnab yang bertukar yang menjadi makhluk paling hodoh atau lebih dikenali sebagai Demon menurut apa yang dikatakan oleh Andrew tadi. Rasa macam berada di dalam set pembikinan filem fantasi paling epik.

Setelah setengah jam berlalu, Annabella pula yang menjadi mangsa serangan oleh arnab jadian tersebut. Nasib baik ada Andrew yang melindunginya dengan pedang yang nampak berkuasa serta aura biru yang menyelubunyi lelaki itu. Sekali lagi kesan visual yang sangat baik!

“Kamu tahu macam mana untuk pegang pedang?” tanya Andrew yang bersusah payah menangkis serangan arnab jadian.

“Huh?”

“Jawab soalan saya!”

“Saya...”

“Lambat!” celah Andrew. Dia berhenti sebentar untuk mengatur nafas. Pedang yang dipegang dipacak pada tanah. Aura biru yang menyelubunyi lelaki itu semakin membesar seperti api yang sedang marak menjulang tinggi.

“I open Gate of Weapon War Realm! Berikanku pedang yang paling ringan untuk menghapuskan Demon!” seru Andrew.

Tidak lama kemudian, muncul satu lohong besar yang berwarna biru di langit. Sesuatu yang jatuh dari lohong itu. Perlahan-lahan lohong itu mengecil dan menutup. Andrew menangkap benda yang jatuh itu dengan sebelah tangan tanpa berganjak sedikit pun. Pedang sudah dicabut dari tanah.

Annabella pula sudah ternganga melihat ‘silap mata’ yang dilakukan oleh Andrew di hadapan matanya. Perkara yang mustahil difikir oleh logik akal sedang berlaku di hadapan matanya. Apakah?

“Tangkap!” Andrew melemparkan pedang yang jatuh dari langit tadi ke arah Annabella.

Serba salah Annabella mahu menangkapnya. Takut terbelah dua badannya jika terkena pedang yang dilemparkan oleh Andrew tadi. Pedang itu terjatuh di atas tanah. Dia berlari untuk mengambil pedang tersebut. Hulu pedang dipegang. Dia cuba untuk menghunus pedang itu tetapi...

“Erghhh...” Bersusah payah Annabella mengangkat pedang tersebut tetapi tidak berjaya. Berat mengalahkan gajah!

“Apa yang kamu buat, Annabella?” jerit Andrew. Dia sedang berusaha berlawan dengan tiga arnab jadian.

“Pedang ini berat! Macam angkat gajah tahu tak? Erghh!!!” jerit Annabella.

“Saya lupa kamu hanya manusia. Tapi saya sudah menyeru pedang yang paling ringan. Fikir yang pedang tu ringan. Mesti boleh angkat."

“Macam. Mana. Saya. Nak. Fikir. Pedang. Ni. Ringan. Sedangkan. Ianya. Berat? Arghh!!!”

Annabella terduduk di atas tanah. Penat berperang dengan pedang yang terbaring di tanah. Buang tenaga sahaja cuba mengangkat pedang tersebut. Nampak sahaja nipis tapi beratnya... Ya, ampun...

“Annabella, hati-hati!” jerit Andrew.

Apabila salah satu arnab jadian terlepas dari pandangannya yang meluru untuk menyerang Annabella.
Dalam sekelip mata sahaja, Annabella sudah terbaring di atas tanah dengan luka yang parah akibat terkena kuku arnab jadian yang tajam. Bajunya di bahagian perut terkoyak akibat cakaran makhluk tersebut.

“Annabella!!!” jerit Andrew apabila melihat Annabella sudah terbaring lemah di atas tanah. Amarah menguasai dirinya. Tanpa berfikir panjang, dia terus menyerang salah satu arnab jadian tu. Dia melompat ke atas badan arnab jadian tersebut lalu membelah makhluk tersebut menjadi dua.

Annabella mengerutkan muka. Rasa ngilu dan pedih menjalar di seluruh badannya. Pandangannya sudah kabur kerana tidak dapat menahan sakit yang menggunung. Dia dapat lihat arnab jadian yang menyerangnya tadi mendekatinya. Ayah... Sebelum dia menutup mata, satu figura muncul di hadapan matanya. Gelap.

“Kau milik aku sekarang!"

Andrew yang sedang bermati-matian melawan seekor lagi makhluk jadian itu sempat menoleh. Apa dia buat di sini?

“Erena? Apa yang kau buat di sini?”

“Sibuk!” Sepatah sahaja dibalas oleh wanita itu. “Macam mana kau tidak boleh lawan Demon jenis ni?”

“Ianya kuat tanpa aku sangka!”

“Tch!”

Tidak lama kemudian, mereka berdua dapat mengalahkan makhluk jadian tersebut. Andrew menyimpan pedangnya di dalam sarung  yang terletak di pinggangnya.

“Kenapa kau ada di sini?”

“Cari kaulah.. Siapa lagi?”

“Huh? Aku? Kenapa?” tanya Andrew keliru.

“Majlis Perwakilan ingat kau mati semasa menjalankan misi menghapuskan Demon yang terlepas dari Sylvania. Mana tahu kau sedang mereput di Bumi ni.”

“Macam mana aku boleh mati? Aku adalah Kesatria Elit Sylvania,” kata Andrew dengan bangga.

“Tch! Macam mana dengan budak perempuan ni?”

Andrew tepuk dahi. Dia hampir terlupa sekejap tentang Annabella. Kakinya melangkah mendekati Annabella yang terbaring di atas tanah dengan tidak sedarkan diri. Nadi gadis muda itu diperiksa. Masih berdenyut tetapi lemah!

“Kita mesti membawanya ke House of Healing!”

“Andrew Cranel! Kalau kau bawa budak itu ke House of Healing yang berada di Sylvania, dia tidak akan selamat. Manusia biasa seperti dia tidak dapat bertahan lama di Sylvania. Tekanan tenaga di Sylvania terlalu kuat. Badannya tidak mampu bertahan. Kau pun tahu tentang itu.”

“Aku perlu selamatkan dia, Erena. Budak ni dalam bahaya. Rantai Sapphire boleh melindungi dia untuk mengatasi tekanan kuasa di Sylvania.”

“Macam mana dengan Majlis Perwakilan? Kalau Majlis Perwakilan tahu tentang dia, budak ni akan mati juga walaupun dia pakai Rantai Sapphire.”

“Aku sanggup terima risiko dan aku akan lindungi dia walau apa pun yang akan terjadi.”

“Kau bodoh,” gumam Erena.

“Dia boleh rasa Demonic Spirit.”

“Apa?”

“Dia boleh nampak kita. Dia boleh merasai Demonic Spirit. Ada sesuatu yang tidak kena tentang dia.” Satu rantai biru yang bercahaya terang dikeluarkan dari poket seluar. Dia memakaikan rantai itu pada leher Annabella.

“Bagaimana dia boleh melihat kita dan rasa kehadiran Demon?”

“Aku tidak tahu.” Tubuh Annabella yang tidak sedarkan diri diangkat.

Satu cahaya muncul di hadapan mereka. Mereka mendekati cahaya tersebut. Kemudian, mereka hilang begitu sahaja untuk merentasi ke dunia lain yang dipanggil Sylvania.

Book 1: Annabella Valiant [✓]Where stories live. Discover now